Ya, anda tak salah baca! Warga Amerika Selatan juga percaya kewujudan alam kayangan seperti kita! Tapi, ada satu kaum dari pergunungan mendakwa bahawa mereka berasal dari langit, sehingga wujud kepercayaan alam kayangan dalam kalangan mereka!

Kaum kayangan yang dimaksudkan itu ialah kaum Chachapoya! Kaum Chachapoya ialah kaum asal Amerika yang tinggal di timur Pergunungan Andes, lebih spesifik di utara negara Peru. Kaum ini adalah antara kaum terawal menduduki Pergunungan Andes sebelum ketibaan kaum Inca.

Mereka juga dikenali sebagai ‘Pahlawan-Pahlawan Awan’ kerana mereka tinggal dalam hutan tebal yang penuh dengan kabus. Boleh katakan, kaum Chachapoya ialah bangsa bunian Amerika!

Sejak tahun 800 Masihi, kaum ini mempunyai beberapa kerajaan kecil bernama ‘cacicazgos’. Mereka biasa hidup secara bertani dan berdagang dengan kaum-kaum dari hutan Amazon dan Pergunungan Andes.

Tidak banyak fakta yang jelas tentang kehidupan seharian dan budaya kaum Chachapoya ni. Hanya rekod dari empayar Inca dan penjajah Sepanyol saja ada catatan tentang kaum ini, termasuklah dua tapak arkeologi yang terkenal: makam Sarcophagi of Carajía dan kota kuno Kuélap.

Makam Sarcophagi of Carajía yang terletak di kaki Lembah Utcubamba dengan setinggi 2.5 kilometer (km) dari paras laut mampu menjelaskan tentang status sosial kaum Chachapoya. Terdapat lapan buah makam batu yang dipahat dan isi makam tersebut ialah mayat yang dipakaikan kain putih bercorakkan motif burung.

Rakyat Peru memanggil mereka berlapan yang dimakamkan itu ialah ‘lapan orang bijaksana’. Ini menunjukkan bahawa lapan orang tersebut ialah mereka yang berada di hierarki tinggi dalam masyarakat Chachapoya (berkemungkinan besar pendeta), kemudian dimakamkan ke lokasi yang tinggi sebagai penghormatan terakhir.

Satu lagi tapak arkeologi yang pernah rekodkan kewujudan kaum Chachapoya ialah kota kuno Kuélap. Kota kuno ini terletak di Lembah Utcubamba dengan ketinggian di 3,000 meter tinggi dari paras laut ini dan telah dibina sekitar tahun 900 Masihi.

Kota ini juga mempunyai 420 buah bangunan batu kapur yang dipahat dan bumbungnya berbentuk kon yang diperbuat dari rumput jerami. Menurut pengkaji yang menyelidik kota tersebut, tidak ada kaum asal yang berupaya memahat batu kapur di kawasan pergunungan sampailah terbinanya kota Kuélap ini. Hanya kaum Chachapoya saja berupaya buat macam ni!

Dengan penemuan kedua-dua tapak arkeologi ini, ternyata kaum Chachapoya ialah kaum yang biasa tinggal di pergunungan dan hutan tebal, sehinggalah dunia mengenali mereka sebagai kaum kayangan dari Amerika Selatan.

Sehinggalah masuk era empayar Inca pada abad ke-15 Masihi, balantentera Inca berjaya menakluk penempatan orang Chachapoya. Ramai pahlawan Chachapoya melawan demi mempertahankan tanah air mereka sehinggalah ketibaan penjajah Sepanyol pada tahun 1530-an.

Pernah pahlawan Chachapoya cuba berkomplot dengan penjajah Sepanyol untuk jatuhkan empayar Inca tapi tidak menjadi akibat tersebarnya wabak cacar dari penjajah menyerang bangsa kayangan ini.

Sejak dari situlah ramai orang Chachapoya berasimilasi sebagai orang Inca dan dah tak wujud kaum kayangan Amerika ini. Hanya kubur dan kota purba saja yang kekal menyimpan sejarah bangsa ‘bunian Amerika’!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.