Suatu masa dahulu, bumi pernah dihuni oleh mawas terbesar di dunia iaitu Gigantopithecus. Ia dikatakan saudara jauh orang utan dengan ketinggian melebihi tiga meter dan berat sehingga 270 kg. Dan ada mendakwa ia masih wujud sebagai inspirasi haiwan kriptozoologi bernama Bigfoot.

Tidak banyak maklumat yang wujud tentang mawas misteri ini. Petunjuk pertama tentang Gigantopithecus muncul pada 1935 selepas seorang ahli paleontologi Jerman bernama Gustav von Koenigswald menemui gigi haiwan tersebut di sebuah kedai ubat tradisional China.

Gustav von Koenigswald

Apabila beliau menanyakan gigi itu milik haiwan apa, penduduk tempatan menggelar gigi mawas berkenaan sebagai gigi naga. Kononnya, gigi ini mempunyai khasiat tinggi dan berupaya merawat beberapa jenis penyakit.

Sejak itu, ia merupakan satu-satunya petunjuk kewujudan mawas gergasi itu. Tetapi bertahun-tahun selepas itu, puluhan gigi dan sebahagian rahang ditemui pengkaji arkeologi di selatan China, Vietnam dan India.

Tetapi bagi ahli paleontologi Hervé Bocherens, komuniti saintifik berharap pada satu masa kelak, mereka dapat menemui tengkorak mawas berkenaan. Sekiranya itu ditemui, ia dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang Gigantopithecus termasuk saiz otak yang dimiliki haiwan berkenaan.

Berdasarkan koleksi fosil yang ditemui, saintis percaya Gigantopithecus wujud sekurang-kurangnya sejuta tahun di Asia Tenggara sebelum pupus pada akhir era Pleistocene. Morfologinya mencadangkan ia lebih hampir kepada orang utan. Ini bermakna spesies mawas lain seperti chimpanzi lebih berhubung kait dengan manusia berbanding Gigantopithecus.

Disebabkan tidak banyak fosil yang ditemui, saintis hanya mampu membentuk teori tentang cara hidup, habitat dan tabiat pemakanan mawas misteri ini. Namun begitu, berdasarkan pemeriksaan pada gigi, saintis percaya Gigantopithecus suka makan buluh, buah-buahan, daun dan akar.

Ini turut memberi petunjuk tentang jenis habitat yang pernah dihuni Gigantopithecus: savana dan hutan. Ini menunjukkan pada satu ketika, Asia Tenggara dan sebahagian Asia Timur terdiri daripada campuran savana dan kawasan hutan belantara. Tetapi ia juga turut mendedahkan punca kepupusannya sekitar 100,000 tahun lalu.

Pergunungan Dinghu di China dianggap contoh analogi kawasan habitat Gigantopithecus.

Dengan melihat dietnya itu, ini menunjukkan Gigantopithecus memerlukan kuantiti makanan yang banyak bagi memenuhi keperluan badannya yang besar. Tetapi apabila kawasan hutan mula berkurangan akibat perubahan iklim semasa era Pleistocene, ia secara tidak langsung membunuh habitat dan peluangnya untuk terus hidup.

Pengambilan makanan yang banyak turut menjelaskan keperluan metabolisme yang tinggi. Bagi Gigantopithecus, itu merupakan satu cara menukar tenaga yang banyak ini kepada haba. Tidak seperti dinosaur yang pernah menghuni dunia satu masa lalu, ia merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk. Tetapi itu merupakan keperluan yang perlu diisi untuk mamalia besar seperti Gigantopithecus.

Bagi saintis komputer dari Universiti Boulder, Aaron Clauset, saiz badan yang besar turut mengundang masalah lain kepada Gigantopithecus: ia tidak berupaya menghasilkan zuriat yang banyak. Lantas, ini menjadikan populasi haiwan itu lebih kecil dan lebih terdedah kepada perubahan drastik seperti perubahan iklim.

Jadi, apa kaitannya Gigantopithecus ini dengan Bigfoot, yeti atau spesies mawas kriptozoologi yang sejenis dengannya? Dengan saiz badan yang besar, satu-satunya haiwan yang paling hampir dengan semua makhluk mamalia kriptozoologi ini ialah mawas berkenaan.

Apakah ini membuktikan mawas gergasi ini masih wujud? Buat masa ini, ia masih lagi pupus mengikut pengelasan buku sejarah dan sains. Tetapi dengan penemuan spesies baru haiwan selama bertahun-tahun, tiada yang mustahil.

Menariknya, Gigantopithecus telah muncul di layar perak menerusi filem The Jungle Book (2016). Peranan Gigantopithecus bernama King Louie itu digalas oleh pelakon legenda Christopher Walken.

Gigantopithecus bernama King Louie yang muncul dalam filem The Jungle Book. Sumber: Disney.

Bagaimanapun, sedikit kekecewaan timbul apabila pengarah Jon Favreau menggambarkan rupa mawas berkenaan menyerupai orang utan Borneo – lari daripada rupa asal mawas berkenaan. Alangkah elok sekiranya Gigantopithecus digambarkan mengikut rupa sebenarnya. Dengan The Jungle Book 2 sedang dalam pembikinan, mungkin ini peluang buat pengarah Iron Man itu memperbetulkan kesilapannya itu.


Kalau anda berminat dengan haiwan-haiwan spesis pra-sejarah seperti ini, kami nak cadangkan buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747, mengisahkan survivor para penumpang pesawat yang terpaksa berhadapan dengan haiwan pra-sejarah seperti Gigantopithechus untuk kekal hidup. Beli di: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

RUJUKAN

Strauss, M. (2016, 6 Januari). The Largest Ape That Ever Lived Was Doomed By Its Size. National Geographic.

Ghose, T. (2016, 11 Januari). Why Earth’s Largest Ape Went Extinct. Live Science.

Sumber gambar: Walt Disney Co./Courtesy Evere/REX/Shutterstock


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply