Sebagai seorang yang meminati sejarah, aku suka memerhatikan tarikh-tarikh dan peristiwa yang berlaku. Apa jua jenis sejarah, sama ada sejarah politik, perang, ekonomi, pop culture, makanan, cuaca – semuanya aku layan.

Buku ini bukanlah buku sejarah, tetapi buku mengkaji generasi. Seperti yang korang perasan ketagihan aku bercerita tentang generasi (GI, Babyboomers, X, Millennials, Z), aku melihat apa yang berlaku ketika generasi ini lahir, membesar dan menjadi dewasa.

Dalam buku ini kedua-dua penulis, Neil Howe dan William Strauss (NHWS) telah mengemukakan hujah bahawa sejarah manusia ni sebenarnya ada musim.

Seperti juga alam, sejarah juga beredar mengelilingi masa. Kalau alam ada musim panas, sejuk, bunga, luruh, sejarah pun begitu juga.

Secara ringkasnya, NHWS telah membahagikan kesemua generasi-generasi yang ada pada sejarah Anglo-Amerika (kerana mereka Anglo-Amerika) sejak War of the Roses sekitar 1470 sehinggalah sekarang dan menjangkakan trend berulang sampai Transformasi 2050, dimana Khairy Jamaluddin berangan jadi Perdana Menteri pada masa itu.

NHWS membahagikan generasi kepada 4 kelompok orang iaitu Prophet, Nomad, Hero dan Artist.

Dan setiap generasi akan melalui 4 musim sejarah iaitu High, Awakening, Unraveling dan Crisis.

Sebelum aku terangkan musim sejarah, eloklah aku terangkan jenis kelompok generasi ni. Menurut NHWS, “setiap generasi dipengaruhi sejarah, untuk mempengaruhi sejarah.”

Dalam erti kata lain, generasi membesar dalam era yang macam mana, akan mempengaruhi cara dia memimpin era bila sudah dewasa nanti.

Prophet ialah mereka yang suka berfalsafah. Kelompok ini lahir semasa High, menjadi remaja ketika Awakening, menjadi dewasa ketika Unraveling, dan memimpin ketika Crisis. Mereka ini sering bertelagah dan bercanggah pendapat. Pada ketika ini, pemenang pada perang ini akan membawa sejarah ke High. Contoh kelompok ini ialah Babyboomers yang lahir dari 1946-1961. Sebab tu generasi yang lahir masa ni suka dengar lagu deep macam Pink Floyd atau Kopratasa.

Nomad pula mereka yang skeptik semua perkara, menolak semua fahaman, dan bergerak sendirian. Rebel, tak suka terima arahan serta ranggi, generasi ini lahir ketika Awakening, menjadi remaja ketika Unraveling, menjadi dewasa ketika Crisis dan memimpin ketika High. Contoh group ini ialah Generasi X (1961-1981). Golongan macam ni tak suka mengikut sistem, sebab tu muzik yang naik pada masa ni ialah muzik melawan macam Rage Against The Machine atau Tupac.

Hero ialah mereka yang bergerak secara berkumpulan, dan mereka akan menyerang bak stan K-Pop BTS apabila musuh cuba melawan. Suka bergerak secara rejimen, sama rata dan attitude suka ke depan. Suka ikut orang dan skema (terpulang kepada konotasi kau nak fikir). Generasi ini lahir ketika Unraveling, menjadi remaja ketika Crisis, menjadi dewasa ketika high, dan memimpin ketika Awakening.

Contoh generasi macam ni seperti millennials (1982-2000) dan GI Generation (1901-1925).

Artist pula ialah orang yang suka memerhati, menikmati keindahan, dan berjiwa-jiwa. Golongan ini lahir ketika Crisis, menjadi remaja ketika High, menjadi dewasa ketika Awakening, dan memimpin ketika Unraveling. Contoh generasi ini ialah Silent (1925-1941) dan Generasi Z (kat US dipanggil Homeland Generation) (2000-2020). Sebab tu generasi yang macam ni (P.Ramlee, The Beatles, Buddy Holly, Elvis Presley etc.) semua jenis jiwang-jiwang.

Lepas aku dah cakap pasal generasi, aku cerita pasal musim sejarah pula.

High ialah apabila ekonomi aman, masyarakat bersatu padu, dan kedudukan kerajaan stabil. Ideologi yang stabil untuk semua masyarakat. Contohnya dari lepas Perang Dunia Kedua sampai pembunuhan John F Kennedy (1945-1963). Pada musim ‘high’, konservatif akan menguasai politik kerana kepentingan masyarakat lebih penting daripada kepentingan individu.

Awakening ialah apabila ekonomi mulai perlahan, masyarakat mula meragui dan mula bertengkar, kedudukan kerajaan mulai goyang. Ideologi mula dipertikai. Contohnya zaman hippies dan The Beatles yang ditubuhkan pada tahun 1963 sampai Ronald Reagan jadi Presiden Amerika tahun 1982.

Unraveling pula ialah ekonomi kembali kuat, tetapi masyarakat mulai jadi individualistik, sombong, kedudukan kerajaan semakin luntur di hati masyarakat, dan semua orang dengan ideologi masing-masing.

Contohnya dari zaman album Michael Jackson Thriller terjual 60 juta unit sampailah Krisis Ekonomi 2008. Pada masa ini kepentingan individu lebih penting daripada kepentingan masyarakat. Sebab tu pada zaman 90an dulu ada trend individualistik seperti “I like it my own way” atau “my life my rules”.

Crisis pula ialah ekonomi merudum jahanam teruk, dan masyarakat mula rasa mahu bersatu untuk memulihkan kembali nilai, dan semua orang tidak mempedulikan ideologi dan bersatu demi bangsa dan negara. Contohnya, sejak 2008 sampai sekarang. Pemenang kepada perang nilai dan ideologi akan pegang kuasa sampai seluruh musim berpusing kembali.

Sebab tu kiri sedang kuat lawan kanan, liberal sedang lawan kuat dengan konservatif, fasis lawan anarkis. Siapa menang dia la tentukan orde dunia. Kalau bangsa tu tak melawan masa Crisis, kena jajah la lagi satu round. Kalau berjaya melawan ketika krisis, maka mereka akan mula memasuki zaman Pax semula.

Setiap musim ni antara 20-25 tahun, dan satu kali pusingan memakan masa 80-100 tahun, dipanggil saeculum. Sebab tu perhatikan tarikh-tarikh ketika membaca buku sejarah, muzik dan pop culture. Musim moral. Semua ni bermusim.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.