Ketika ini, gelombang haba sedang melanda India. Situasi ini bukan saja mengakibatkan masalah kekurangan bekalan air dan tenaga kepada penduduk. Tetapi ia juga menjadi pencetus kebakaran mengejut gunung sampah di New Delhi enam hari lepas.

Kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah Bhalswa di utara Delhi mengejutkan penduduk. Bagi membantu para pembaca memahami skala kebakaran ini, bayangkan gunung sampah dengan ketinggian melebihi bangunan 17 tingkat dan lebih luas daripada 50 padang bola sepak.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Jika ditukar dalam bentuk ukuran, sampah yang menggunung di Bhalswa itu mencecah ketinggian 73 meter. Dengan keluasan melebihi 4,572 meter, kebakaran yang melanda tapak pelupusan sampah itu mengakibatkan asap toksik naik ke udara dan memberi kesan kepada penduduk. Kebakaran sama turut mendorong pengguna jalan raya untuk berhenti dan melihat apa yang berlaku.

Pengguna jalan raya berhenti di tepi jalan bagi melihat kebakaran yang berlaku di Bhalswa. Sumber: PTI

Bekas ketua pengurusan sampah Delhi, Pradeep Khandelwal percaya kebakaran gunung sampah ini berlaku akibat terlalu banyak gas metana di tapak berkenaan. Ini terjadi akibat suhu panas yang mempercepat penguraian sampah organik di Bhalswa. Apabila gas metana mencapai takat tertentu, ia boleh saja mencetuskan kebakaran tanpa sebarang amaran.

Gas metana bukan saja terhasil akibat penguraian bahan organik. Ia juga wujud secara semulajadi dalam ruang bawah tanah. Contoh paling mudah, kisah pintu neraka Turkmenistan yang pernah disiarkan tidak lama dahulu.

Dengan melihat skala sampah yang melambak di Bhalswa dan reaksi penduduk tempatan, kebakaran sebegini bukan satu perkara baru. Bagi pekerja tapak tidak formal Bhairo Raj, 31, kebakaran kerap berlaku di Bhalswa setiap tahun. Dia yang menetap bersebelahan tapak berkenaan turut mengakui tidak mempunyai wang untuk berpindah ke lokasi baru sekalipun sedar ia berpotensi mengancam keselamatan keluarganya.

Selain Bhalswa, tiga lagi tapak pelupusan sampah sekitar New Delhi turut dilaporkan mengalami kebakaran. Mengikut perancangan, Bhalswa sepatutnya ditutup lebih sedekad yang lalu. Bagaimanapun, itu tidak berlaku dengan tapak pelupusan sampah berkenaan terus menerima 2,300 tan sampah domestik setiap hari.

Hal ini mengundang kritikan ramai pihak termasuk ahli-ahli politik terhadap pengurusan sampah Delhi yang dianggap lapuk dan bermasalah. Selain dilabel bermasalah, sesetengah syarikat yang diupah merupakan kroni kepada parti pemerintah BJP. Ini sekaligus mengundang persoalan berkenaan kelayakan syarikat yang diupah dan tuduhan rasuah terhadap pengurusan sampah Delhi.

.Kebakaran gunung sampah Bhalswa sebenarnya hanyalah sekelumit daripada kesan perubahan iklim yang membelenggu India ketika ini. Gelombang haba telah membunuh lebih 6,500 orang di India sejak 2010. Dan para saintis memberi amaran gelombang haba yang dialami ketika ini boleh menjadi lebih buruk dan lebih kerap di Asia Selatan terutama India.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Perdana Menteri India, Narendra Modi turut mengakui isu ini telah mencetuskan siri kebakaran di seluruh negara sejak seminggu lepas. Ia bukan saja berlaku di kawasan hutan dan rizab semulajadi tetapi di kemudahan awam seperti hospital dan petempatan orang awam. Hal ini dijangka menjadi duri dalam daging kepada New Delhi yang dilihat tiada kesungguhan dalam menangani isu perubahan iklim.

Gelombang haba yang dialami India ketika ini sebelum ini dilaporkan berlaku sekali dalam tempoh 50 tahun. Tetapi menurut Mariam Zachariah dari Institut Grantham, Imperial College London percaya ia akan lebih kerap berlaku dengan kekerapan sekali dalam tempoh empat tahun. Selagi mana sasaran pengurangan karbon yang ditetapkan gagal dicapai oleh negara-negara dunia, gelombang haba akan terus membelenggu India selama bertahun-tahun.

RUJUKAN

AFP. (2022, 28 April). Extreme heatwave in India and Pakistan causes power and water shortages. The Guardian.

Ghosal, A. (2022, 27 April). Indian capital engulfed in smoke after landfill catches fire. ABC.

Specktor, B. (2022, 30 April). 17-story-tall ‘mountain’ of garbage spontaneously combusts during Indian heatwave. Live Science.

Singh, P. (2022, 26 April). Massive fire at Bhalswa landfill in north Delhi, 4th landfill fire in a month. Hindustan Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply