Filistin merupakan negara yang terletak di Tanah Arab. Negara ini terletak di bahagian Barat Daya Negara Mesir kini. Negara ini telah melalui sejarah panjangnya semenjak daripada zaman era awalnya lagi. Sehingga kini, tanah suci Filistin ini masih dalam pergolakan dan perebutan kuasa yang sangat meruncing sehingga membunuh ribuan nyawa dan jiwa. Sejarah negara ini akan kita mulakan penceritaannya dari era awalnya sehingga kini. Terdapat 14 Era yang telah saya gariskan untuk menghuraikan secara ringkas sejarah panjang negara ini.

1) Masyarakat Kanaan (sekitar 2000-1200SM)
Masyarakat Kanaan ini antara masyarakat yang terawal mendiami tanah ini. Masyarakat ini terkenal dengan kemajuan mereka dalam sektor ekonomi yang berkait dengan maritim. Masyarakat ini juga dikenali sebagai masyakat Phonecian yang juga terkenal dalam perekonomian laut dan maritim. Masyarakat ini mempunyai pengaruh budaya dari Mesir dan Babylon.

2) Pendudukan Yahudi (1000-586SM)
Masyarakat Yahudi yang sebelum ini ditindas oleh Firaun di Mesir telah diperintahkan oleh Allah SWT bersama Nabi Musa AS untuk keluar dari bumi Mesir dan menuju ke tanah yang dijanjikan untuk mereka. Namun, mereka menolak dan mengingkari perintah Allah SWT ini dan Allah SWT menarik balik kurniaan ini. Yahudi ini kemudiannya menyesali tindakan mereka dan mereka seterusnya cuba untuk menaklukkan kota ini.

Nabi Yusya Ibn Nun (Joshua) telah memimpin bala tentera Bani Israil untuk menaklukkan tanah ini dan bangsa ini menduduki tanah ini. Kemuncak kepada kerajaan ini adalah ketika era Nabi Daud dan Nabi Sulaiman AS.

3) Pendudukan Asyuria (725SM), Pendudukan Babylon (587SM -539SM)
Selepas pemerintahan Nabi Sulaiman AS, kerajaan Yahudi ini mulai berpecah antara satu sama lain, Kerajaan Judea di Selatan beribu kotakan Jurusalem dan Kerajaan Israil di Utara berpusatkan Samaria.

Kerajaan Israil di Utara terlebih dahulu tumpas dan ditakluk oleh kuasa luar iaitu Asyuria pada tahun 725SM. Pada tahun 587SM, Nebuchadnezzar II dari Babylon telah menaklukkan kedua dua kerajaan Yahudi ini sekaligus dan mengusir Yahudi keluar dari Filistin. Pengusiran Yahudi ini dikenali sebagai pengusiran kali pertama dalam sejarah Yahudi.

4) Penaklukan Parsi (539SM-332SM)
Penaklukan Parsi ini dipimpin oleh Raja Cyrus Agung yang pada waktu itu memimpin Empayar Achaemenid. Penaklukan Raja Cyrus Agung ini telah memberi kebebasan kembali kepada marga Yahudi untuk kembali ke tanah Filistin setelah mereka diusir keluar dari tanah itu pada era Babylon. Bukan sekadar itu, Cyrus Agung juga memberikan kebenaran kepada mereka untuk membangun kembali rumah ibadat mereka yang telah diruntuhkan dalam perang sebelum ini.

5) Penaklukan Yunani dan Pengaruh Yunani (332SM-167SM)
Alexander Agung dari Macedonia telah meluaskan kuasanya di Asia. Alexander Agung telah menakluk hampir sebahagian besar Empayar Parsi termasuklah Jurusalem yang pada waktu itu dibawah jajahan Parsi. Pada tahun 332SSM, Alexander Agung telah menaklukkan kota ini. Menjelang kemangkatannya, Jurusalem beralih tangan ke pemerintah Dinasti Ptolemaic (323-200SM) yang merupakan pengaruh dari Mesir.

Ekoran daripada peluasan kuasa Yunani maka bermulalah penyebaran agama Helenistik Pagan di Filistin. Namun, pada era Ptolemaic, masyarakat Yahudi ini tetap diberi peluang dan kebebasan untuk melaksanakan ibadah mereka tanpa diganggu oleh pemerintah.

Menjelang tahun 200SM, Dinasti Seleucid dari Syria telah menyerbu dinasti Ptolemaic dan merampas takhta dari Ptolemaic. Dinasti Seleucid ini telah memerintah dengan kejam di Filistin. Marga Yahudi sekali lagi ditindas oleh pemerintah. Tempat ibadat Yahudi telah ditukar menjadi tempat ibadat Ajaran Helenistik dan altar tempat ibada Yahudi dijadikan tempat pengorbanan khinzir.

6) Kebangkitan Hasmonean (167SM-63SM)
Kebangkitan Dinasti Hasmonean ini adalah disebabkan tindakan kerajaan Seleucid yang telah menindas Yahudi di Jurusalem. Judas Maccabee telah memimpin gerakan bagi mengusir kerajaan Seleucid keluar dari Jurusalem. Tindakan ini berjaya dan Yahudi sekali lagi dapat mendirikan kerajaan mereka setelah sekian lama ditindas oleh kuasa luar.

7) Penaklukan Rom (63SM), Raja Boneka Yahudi (63SM-6M), Pemerintahan Langsung Rom (6M-132M) dan Pemberontakan Yahudi Kali Pertama (66-70M).
Dalam garis masa ini, ada beberapa peristiwa penting yang perlu kita ketahui. Peristiwa pertama ialah Penaklukan Rom pada tahun 63SM. Penaklukan Rom ini sekaligus menjadi titik awal pendudukan Rom dan Penjajahan Rom di tanah ini. Kerajaan Rom telah melantik Imam yang akan mengetuai kerajaan ini bagi mewakili kerajaan Rom.

Hyrkanus II telah dilantik menjadi ketua kepada kerajaan Yahudi ini. Pemerintahan seterusnya Antigonus Mattathias dan seterusnya Raja Herodes Agung. Menjelang kemangkatan Raja Herodes Agung ini, kerajaan Yahudi terpecah kepada beberapa bahagian dan bahagian Jurusalem ini dikuasai oleh Herodes Archelaus (4M-6M). Namun, kekacauan berlaku dan pemberontakan berlaku.

Hal ini menyebabkan Maharaja Rom telah turun tangan bagi mengatasi masalah ini. Gaius Julius Caesar Augustus telah menjadikan Jurusalem sebagai satu provinsi Rom yang mutlak dan diberi nama Judea. Pemerintahan ini berlangsung sehingga 66M.

Pada tahun 66M, lahir ketidakpuasan hati dalam kalangan penduduk Yahudi di Judea yang dipinggirkan dan dilayan dengan teruk oleh kerajaan Rom. Eleazar bin Simon telah memimpin pasukan Yahudi bagi menggulingkan kerajaan Rom. Pada tahun 70 Masihi, Kerajaan Rom telah menghantar pasukannya untuk menaklukkan kembali Judea.

Setelah pengepungan yang lama, Judea akhirnya ditaklukkan oleh Kerajaan Rom. Kerajaan Rom telah menjarah Yahudi dengan seteruk teruknya. Bait Suci Yahudi telah dihancurkan dan dimusnahkan oleh pasukan Rom. Wilayah Judea ini kemudiannya dinamai dengan nama Palaestina. Pemerintahan Rom ini sehingga tahun 132M sebelum pemberontakan Yahudi kali kedua.

8) Pemberontakan Bar Kokhba (132M-135M)
Pemberontakan Bar Kokhba ini merupakan kebangkitan marga Yahudi atas tindakan kejam kerajaan Rom sepanjang pemerintahan mereka di Palaestina. Pemberontakan Bar Kokhba ini menjadi titik akhir kekuasaan Yahudi di Palaestina sebelum mereka ditakluk semula oleh Kerajaan Rom.

9) Penaklukan Rom Kali Kedua (135M-638M)
Penaklukan Rom kali kedua telah menghancurkan seluruh marga Yahudi di Palaestina. Bahkan, marga Yahudi diharamkan untuk menjejaki semula ke tanah ini. Penaklukan Rom ini berkekalan sehingga berlakunya perang Rom-Parsi (602-628M). Parsi telah menaklukkan Palaestina pada sekitar tahun 614M.

Heraclius telah menebus kembali kekalahannya pada tahun 622M-627M dan merampas semula Palaestina dari kekuasaan Parsi dan Kerajaan Rom terus kekal berkuasa di sana sehingga tahun 628M.

10) Penaklukan Khalifah Umar Al-Khattab dan Kerajaan Islam. (628M-1099M)
Penaklukan Syam telah dimulakan oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dan kemuncaknya adalah pada ketika pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab dengan peluasan kuasa Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaydah Al-Jarrah. Pasukan Rom telah ditewaskan dalam pertempuran Yarmuk dan ini menjadi kunci awal kemenangan pasukan Islam untuk menakluk Syam dan Palaestin.

Pada tahun 628M, Palaestin dikenali sebagai Al-Quds telah ditaklukkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab dan pemerintahan ini berlanjutan sehingga era Umayyah, Abbasiyyah, Seljuk dan Fatimiyyah. Pada era Khalifah Umar inilah juga, masyarakat Yahudi dibenarkan untuk kembali ke Jurusalem setelah sekian lama mereka diusir dari tanah ini dan mereka juga dibenarkan untuk membangun komuniti mereka bersama agama Kristian dan Islam. Penguasaan Islam ini brakhir pada tahun 1099M apabila datangnya bala dari Eropah untuk tujuan perang Suci mereka.

11) Penaklukan Salib (1099M-1187M)
Pope Urban II telah mengisytiharkan Perang Salib Pertama ekoran daripada pemerintah Rom Byzantine meminta bantuan dari Gereja Katolik untuk membantuk mereka menghadapi pasukan Seljuk. Rom Byzantine telah tewas semenjak 1071M lagi setelah tewasnya mereka dalam Pertempuran Manzikert.

Raja Raja Eropah telah menghantar tentera mereka sebagai satu perjuangan suci bagi menentang kerajaan Islam di Timur dan menaklukkan Al-Quds dari kekuasaan Islam. Pasukan Salib kemudiannya berjaya menaklukkan Al-Quds dan menjarah orang orang Islam di sana sehingga ribuan korban telah dibunuh di Masjid Al-Aqsa.

Masjid Qibli telah dijadikan Bangunan Kediaman Diraja Kerajaan Salib dan Masjid Buraq dijadikan sebagai tambatan kuda pasukan Salib. Masjid Qubbat Shahkrah pula diubah menjadi gereja. Penguasaan pasukan Salib ini bertahan sehingga tahun 1187M.

12) Penaklukan Kerajaan Islam dan Pemerintahan Kerajaan Islam (1187M-1917M)
Pendudukan Salib di Al-Quds telah menyebabkan umat Islam duduk diam dan memerhatikan sahaja. Imaduddin Zanki merupakan raja Islam yang pertama menggerakkan gerakan menakluk Al-Quds kembali dari kekuasaan Salib. Legasinya ini diteruskan oleh anakandanya, Sultan Nuruddin Mahmud Zanki yang menaklukkan Aleppo, Damsyik dan sekitarnya dari kekuasaan Salib.

Salahuddin Ayyubi yang merupakan anak murid kepada Nuruddin Mahmud Zanki ini kemudiannya menjawat sebagai Sultan Mesir setelah mendapat perkenan dari Sultan Nuruddin Zanki. Dari Mesir, bermulalah penaklukannya ke atas pasukan Salib. Kemuncak kekuasaan Salahuddin Ayyubi apabila beliau menyatukan Mesir, Syam, dan sekitarnya dibawah kekuasaannya.

Persatuan ini membantunya untuk menaklukkan Al-Quds pada tahun 1187M dan menumpaskan Raja Guy Lusignan. Pemerintahan Islam di Al-Quds ini berlanjutan dari era Kerajaan Ayyubiyyah, Mamluk dan berakhir pada era Kerajaan Uthmaniyyah. Peralihan kuasa ini kemudiannya beralih kepada British pada tahun 1917M.

13) Mandat British (1917M-1948M)
Kekalahan Uthmaniyyah pada Perang Dunia Pertama telah menyebabkan British menduduki tanah Filistin ini. British telah menguasai tanah ini dan kemudiannya membenarkan Yahudi untuk memiliki tanah mereka sedikit di Al-Quds/Filistin. Tindakan ini adalah tuntutan mereka sebelum ini yang tidak mereka peroleh dari penguasa Uthmaniyyah.

Permohonan mereka ini diluluskan dan mereka dibenarkan membangun bahagian mereka seperti yang dimaktubkan oleh British. Pada era inilah, Yahudi dari Eropah telah berlayar dari Eropah untuk mendapat tanah mereka di Filistin.

14) Penguasaan Kerajaan Haram Israil (1948-kini)
Usai keluarnya British dari Tanah ini, Israil telah memulakan agresi ketenteraannya dan mengusir marga Arab Filistin keluar dari tanah mereka. Tindakan mereka ini adalah amat tidak wajar kerana tindakan mereka ini telah melanggar hak dan kedaulatan kerajaan Arab yang pada waktu itu telah ada di Filistin.

Bukan sekadar itu, mereka telah mengilhak tanah ini dan mengisytiharkan pemerintahan mereka di Tanah yang mereka rampas. Hasilnya, ribuan masyarakat Arab terpaksa menjadi pelarian di tanah mereka sendiri dan menjadi sebuah peristiwa yang diingati hingga kini iaitu Peristiwa Nakba.

Pendudukan Israil ini berlaku sehingga kini dan kini kawasan penduduk Filistin hanya tinggal Ghazzah dan Tebing Barat sahaja.

 

Lampiran: Rajah Garis Masa Panjang Sejarah Palestin dari tahun sekitar 2000 SM – kini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.