Ada seorang pegawai kerajaan ni bagitau pasal perkara yang menarik ni dalam emel. Dia orang Cina, tapi ‘jatuh cinta’ dengan buku-buku saya dan seorang pembaca laman web The Patriots selepas mengikuti artikel-artikel saya di sana.

Perkara itu adalah: Adakah Benua Sunda adalah ‘Eden of the East’ ?

Ini berdasarkan dua ciri penting:

1) Megafauna (haiwan besar)
2) Kawasan hutan

Apa yang menariknya, Benua Sunda mempunyai kawasan hutan yang terbesar ketika Zaman Air Batu. Kalau bukan disebabkan aktiviti manusia dan kenaikan paras air laut, Asia Tenggara cenderung merupakan kawasan hutan yang terbesar pada hari ini.

Sebab itu topik Zaman Air Batu itu amatlah penting dan ia telah ada dalam Unit 5 halaman 58 pada buku teks sejarah Tahun 4 Semakan 2017 yang saya dok pertahankan tahun lepas.

Beliau juga menyentuh bahawa Benua Sunda mempunyai kadar kepupusan megafauna di Bumi yang paling rendah selepas Benua Afrika pada sekitar 4,000 tahun dahulu, di mana sejak 4,000 tahun yang lalu:

– Amerika Selatan telah kehilangan 54% megafaunanya
– Amerika Utara telah kehilangan 66%
– Australasia telah kehilangan 67%
– Eurasia telah kehilangan 23%
– Benua Sunda telah kehilangan 8.2%
– Afrika telah kehilangan 5.1%

Maka bangkit persoalan: Bukankah kadar kepupusan megafauna yang rendah juga menunjukkan penduduk asal di Benua Sunda adalah lebih awal sampai ke timur (Asia) berbanding dengan penduduk asal di Benua Eurasia?

Sebenarnya soalan ini sudah dijawab oleh disiplin sains yang lain: KAJIAN GENETIK.

Bukti DNA menunjukkan orang di Benua Sunda lebih dahulu sampai ke Asia Timur mengikut teori manusia terawal.

Dari kajian begini, kita boleh mengkaji tabiat dan aktiviti manusia pada zaman purba, berdasarkan kesan ke atas haiwan dan alam semulajadi.

Kesimpulannya Benua Sunda (Sundaland):

1) Kadar kepupusan megafauna yang rendah
2) Kawasan hutan terbesar di Zaman Air Batu

Dengan iklim panas sepanjang tahun, hutan hujan yang terbesar, mungkinkah keturunan Adam & Hawa memang menuju ke arah ‘Garden of Eden’ ini? Ini ngam pulak dengan Teori Out-Of-Sundaland yang antara yang mengemukakannya ialah Prof. Stephen Oppeinheimer dari Oxford.

Dalam teori asal-usul Melayu dari Benua Sunda, telah dijelaskan laluan manusia terawal dari Afrika terus ke Benua Sunda dan kemudian menyebar ke tempat-tempat lain. Orang yang tinggal menetap di Benua Sunda ini adalah nenek moyang orang Melayu dan serumpunnya, telah membina peradaban dan kebudayaan yang tinggi sehinggalah Zaman Air Batu berakhir menyebabkan kenaikan paras air laut dan semua induk tadi berpecah: melahirkan lagi pelbagai suku.

~ Srikandi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.