Sherlock Holmes versi tayangan BBC di United Kingdom adalah watak yang menarik dan disukai ramai. Tetapi dia kekurangan fakulti asas pada otaknya yang kita lihat sebagai otak yang sihat. Sherlock mampu ingat beratus-ratus dan beribu fakta dalam memorinya yang dipanggil sebagai ‘Mind Palace’. Dia mampu melihat sesuatu yang kita terlepas dalam tempoh beberapa saat.
Sherlock tidak tahu macam mana nak berinteraksi dengan manusia dan tidak berminat dengan pengetahuan yang tidak mepunyai sebarang kaitan dengan kes yang dihadapi. Sherlock juga menunjukkan raut muka yang obsesif terhadap sesuatu.
Sherlock menyatakan dia seorang ‘high-functioning sociopath’ (HFS). Menurut ahli psikologi, dia mungkin bukan apa yang dia sangka.
Perbezaan antara sociopath dan psycopath selalu tertukar antara satu sama lain. Sekiranya Sherlok merupakan salah satu daripadanya, ia bermaksud Sherlock tidak mempunyai rasa empati terhadap manusia lain. Bermaksud dia tak mampu menjiwai emosinya sendiri. Dia sanggup menggunakan kecerdikannya untuk manipulasi orang lain. Kedua-dua gangguan mental ini mempunyai minat terhadap kuasa kedudukan, serta tertarik dengan ganjaran dan peluang.
Selalunya, apabila kita menggelar seseorang sebagai psychopath, kita selalu melihat tindakannya haruslah berbentuk jenayah, walaupun sebenarnya ia bukanlah syarat untuk menjadi seorang psychopath.
Psychopath cenderung untuk melanggar undang-undang, dan selalunya mempunyai kesulitan untuk membezakan antara realiti dan fantasi.
Sekiranya Sherlock seorang sociopath, ini bermaksud moral kompasnya sangat lemah. Dia sentiasa bergelut untuk memahami emosi manusia. Dia tidak kisah sama ada apa yang dia buat betul atau salah. Baik ataupun buruk secara moralnya, asalkan dia dapat apa yang dia mahukan engan memanipulasi manusia.
Walau bagamanpun, kalau kita melihat Sherlock dalam versi lain, kita akan dapati Sherlock sangat menjiwai emosi manusia dan selalu menggunakan pemahaman emosi ini dalam deduksinya. Tetapi seperti biasa, versi lain juga Sherlock sangat kurang bersosial.
Dengan gangguan mental ini, Sherlock masih mampu berasa tekanan emosi dan pernah berada dalam keadaan dingin. Hal ini menunjukkan dia pernah juga ekspres emosinya untuk menyelesaikan jenayah.
Boleh jadi juga Sherlock merupakan seorang Aspergic. Sindrom Aspergik adalah kondisi dalam spektrum autistic. Simptomnya termasukklah obsesi, kurang pemahaman ke atas emosi, dan kurang empati. Aspergi ini banyak jenis, antara yang macam Mr. Bean tak pandai bercakap, tetapi persamaan keduanya, mereka tidak pandai bersosial dan mempunyai intelek yang agak tinggi.
Disebabkan mereka kurang pemahaman ke atas emosi, mereka akan cenderung untuk memahami emosi dengan membentuk perlakuan yang kompleks. Inilah yang menyebabkan perlakuan Sherlock yang agak kompleks dan pelik.
Tidak seperti sociopath yang normal, pesakit Aspergik mampu membentuk hubungan yang kuat dengan orang yang rapat dengannya. Dapat kita lihat hubungan yang rapat antara Sherlock dan Dr. Watson.
Kemahiran Sherlock dengan intelek dan pemerhatiannya dapat dijelaskan dengan dia mengalami ‘autistic savant’, iaitu individu autism yang mempunyai kemahiran luar biasa yang tidak dipunyai oleh manusia normal.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
1 Comment
Adakah ini fakta..? ?