Pernah tak anda menonton filem konflik takhta diluar negara? Konflik takhta yang berlaku di luar negara seperti perebutan kuasa dan tuntutan takhta yang sangat sengit antara kuasa pembesar dan Raja. Hal ini juga sebenarnya turut berlaku di kerajaan kerajaan Melayu seperti kerajaan Johor-Riau. Konflik ini telah mengakibatkan perubahan dan konflik dalaman Kerajaan Johor yang berpanjangan sehingga 2 dekad lamanya.
Segalanya bermula pada tahun 1699 Masihi. Sultan Mahmud II telah bertindak membunuh isterinya Laksamana Megat Seri Rama. Pada ketika itu, Laksamana Megat Seri Rama telah ditugaskan untuk mengamankan perairan Kerajaan Johor-Riau. Dalam masa yang sama, telah berlaku “daulah terpendam” dalam kalangan Pembesar dan Sultan. Hal ini menyebabkan Pembesar melihat ini satu peluangnya untuk menjatuhkan Sultan dengan cara mengapi apikan Laksamana Megat Seri Rama atas kematian isterinya.
Laksamana Megat Seri Rama pulang dari ekspedisinya dan mendapati Isterinya, Dang Anum telah dibunuh oleh Sultan Mahmud II. Bendahara Tun Abdul Jalil telah menggunakan peluang ini untuk mengapi apikan Laksamana Megat Seri Rama. Akhirnya, sebuah keputusan yang telah diambil oleh Laksamana Megat Seri Rama yang belum pernah dibuat dalam Sejarah Melayu. Megat Seri Rama telah membunuh Sultan Mahmud II dalam keadaan dijulang untuk menunaikan Solat Jumaat.
Pembunuhan Sultan Mahmud II telah membuatkan rakyat jelata terpinga pinga akan kematian sultan secara dibunuh. Belum pernah dalam Sejarah Melayu sebelumnya rakyat amuk akan membunuh Sultan. Kematian Sultan Mahmud II telah mencetuskan konflik pelantikan kuasa setelahnya. Hal ini kerana, Sultan Mahmud II tidak meninggalkan Zuriat. Justeru itu, Bendahara Tun Abdul Jalil telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan bagi menggantikan Sultan Mahmud II dengan menggunakan gelar Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.
Pemerintahan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV mendapat tentangan hebat dari rakyat terutamanya dari kalangan orang Laut. Orang Laut merupakan sebuah bangsa yang telah bersetia dengan darah bukit Siguntang sedari kedatangan Parameswara ke Melaka lagi. Justeru itu, orang Laut menyimpan ketidakpuasan hati mereka dan mengharapkan akan adanya keturunan dari jurai Sultan Mahmud II bagi menuntut takhta Kerajaan Johor Riau ini.
Tahun berlalu sehingga 1718 Masihi. Pada ketika ini, seorang pemuda dari Pagar Ruyung telah mengisytiharkan dirinya sebagai pewaris takhta yang sah bagi kerajaan Johor-Riau. Ibunya, Che’ Pung telah “menelan mani” Sultan Mahmud II dan dirinya merupakan zuriat dari Sultan Mahmud II ini.Pemuda tersebut ialah Raja Kechil dari Siak. Menurut Hikayat Siak, usai pembunuhan Sultan Mahmud II, ibunya telah dibawa lari ke Pagar Ruyong dan dijaga oleh Puteri Janilan. Di sinilah Raja Kechil ini kemudiannya membesar.
Raja Kechil kemudiannya mengisytiharkan bahawa dirinya pewaris zuriat Kerajaan Johor-Riau. Pengisytiharannya ini mendapat sokongan Orang Laut dan mereka bersetuju untuk membantunya untuk mendapatkan takhta untuk Raja Kechil. Raja Kechil kemudiannya menaklukkan kerajaan Johor-Riau. Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV telah dimakzulkan jawatannya menjadi Bendahara semula oleh Raja Kechil. Raja Kechil kemudiannya menggunakan gelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah.
Bendahara Abdul Jalil menyimpan hasrat dan dendam yang tidak sudah kepada Raja Kechil. Namun, dirinya telah “alah” oleh Raja Kechil kerana kedudukannya telah dikuasai oleh Raja Kechil. Raja Sulaiman, anakanda Bendahara Abdul Jalil telah melakukan persekutuan dengan pihak yang berani menumpaskan Raja Kechil iaitu Bugis.
Bagi mengukuhkan hubungan Raja Sulaiman dengan Bugis, beliau telah menikahkan adindanya, Tengku Kamariah dengan Daeng Paarani. Bugis Bersaudara ini kemudiannya bersama keturunan Bendahara telah bersatu bagi menumpaskan Raja Kechil.
Pada tahun 1721, Raja Kechil ditumpaskan oleh Raja Sulaiman dengan bantuan Bugis Bersaudara. Raja Sulaiman kemudiannya menggunakan gelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan menduduki takhta Kerajaan Johor-Riau. Bagi menghargai persekutuan Bugis di Johor-Riau, Sultan Sulaiman telah mengurniakan sebuah jawatan yang sangat berkuasa di Johor iaitu Yamtuan Muda. Yamtuan Muda ini berperanan menggantikan Sultan dan kuasanya terhad untuk keturunan Bugis sahaja. Yamtuan Muda pertama telah disandang oleh Daeng Merewah atas kurniaan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.
Usai pertabalan Sultan Sulaiman ini, kerajaan Johor mulai menemui zaman kestabilannya. Pada tahun tahun setelah ini, Kerajaan Johor telah mulai mencabar kuasa Eropah seperti Belanda dalam Pertempuran Teluk Ketapang yang dipimpin oleh Raja Haji Fisabilillah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih