Sebaik saja Hannibal berjaya menyeberangi Alps bersama angkatan perangnya pada 218 SM, ia satu pemandangan yang ditakuti tentera Rom. Mana tidaknya, jeneral Carthage yang licik itu tiba bersama gajah-gajah perangnya walaupun sebahagiannya mati semasa perjalanan. Dalam konteks pertahanan moden, gajah perang ibarat kereta kebal antikuiti untuk tentera darat.

Tidak diketahui bila gajah digunakan sebagai jentera peperangan era antikuiti. Tetapi ramai sejarawan bersetuju ia dikatakan bermula di India dan banyak dipaparkan dua epik India, Ramayana dan Mahabharata.

Setiap pembelian buku di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Setelah itu, ia dikatakan tersebar ke sebelah barat termasuk menjadi unit utama Empayar Parsi semasa berdepan kempen Alexander the Great (Iskandar Agung). Konfrontasi pertama antara baginda dengan gajah perang Parsi berlaku di Gaugamala pada 331 SM.

Dalam pertempuran tersebut, 15 ekor gajah digerakkan tetapi kesemua gajah yang dihantar sudah keletihan selepas berjalan terlalu lama. Ini membolehkan angkatan perang Macedon pimpinan Alexander dapat menewaskan mereka dengan mudah.

Tetapi itu sudah cukup menawan hati baginda untuk menjadikannya sebahagian daripada ketumbukan perang Macedon. Semasa tiba di Sungai Hydaspes, Alexander sekali lagi terpaksa berdepan 85 hingga 100 ekor gajah perang milik Porus, pemerintah Punjab ketika itu. Tetapi tipu helah dan pergerakan pantas membantu angkatan perang Macedon mengakali taktik kereta kebal antikuiti itu.

Gambaran Pertempuran Sungai Hydaspes oleh Andre Castaigne

Namun begitu, semuanya berubah apabila angkatan perang Macedon mara lebih jauh ke sebelah timur. Alexander diberitahu pemerintah Empayar Nanda dan Gangaridai berupaya menggerakkan antara 3,000 hingga 6,000 ekor gajah perang mereka – jauh lebih besar daripada gajah perang yang dimiliki orang Yunani dan Parsi.

Melihat bilangan gajah yang amat banyak, Alexander mengambil keputusan untuk membatalkan perluasan kuasa ke sebelah timur. Jika tidak kerana gajah perang Nanda dan Gangaridai, tidak mustahil lebih banyak kawasan di India dan Asia Tenggara boleh menjadi jajahan takluk Macedon.

Di Mediterranean, penggunaan gajah perang yang paling terkenal sudah pasti ekspedisi perang Hannibal pada 218 SM. Tetapi helah jeneral Carthage itu berjaya diakali pihak Rom terutama di Zama pada 202 SM. Dalam pertempuran tersebut, helah gajah perang Hannibal tidak menjadi kerana legion-legion Rom membenarkannya bergerak terlebih dahulu sebelum mereka menyerang angkatan Carthage.

Gambaran angkatan perang Hannibal termasuk gajah perang beliau.

Rom kemudiannya meniru taktik ini selepas tamat Perang Punic. Ia amat membantu mereka dalam siri pertempuran di Greece seperti Macedonia (199 SM), Cynoscelphalae (197 SM) dan Thermopylae (190 SM). Ia turut membantu mereka menakluk Britannia (Britain moden) tetapi tidak dipastikan sama ada ia berlaku pada era Julius Caesar atau Maharaja Claudius.

Bagi pemerhati sejarah Islam, dua detik gajah perang digunakan ialah serangan Abrahah ke atas Makkah (570 Masihi) dan Pertempuran al-Qadisiyah (636 Masihi). Bagi serangan pertama, ia digagalkan oleh hujan batu dari neraka yang digugurkan burung Ababil ke atas angkatan perang beliau seperti diceritakan dalam Surah al-Fil.

Manakala dalam al-Qadisiyah pula, pertempuran ini tercetus semasa era Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. Parsi yang dipimpin Rustam menggerakkan 33 ekor gajah untuk menghuru-harakan angkatan perang Madinah yang dipimpin Saad bin Abi Waqqas r.a.

Bagaimanapun, serangan tersebut tidak menjadi apabila pihak Madinah memotong kaki ketua gajah perang sekaligus mendorongnya meninggalkan medan al-Qadisiyah. Ini membolehkan pihak Madinah menewaskan bala tentera Parsi dan meneruskan kemaraan ke Madain. Rustam sendiri dilaporkan terbunuh dalam pertempuran berkenaan.

Di sebelah Asia pula, gajah perang menjadi senjata utama Empayar Khmer dari abad kesembilan hingga abad ke-15. Selepas empayar tersebut tumbang, Burma (Myanmar) dan Siam (Thailand) pula meneruskan penggunaan gajah perang di medan perang. Malah, tidak mengejutkan jika angkatan perang Burma yang menyerang Ayutthaya pada pertengahan abad ke-18 menggunakan gajah perang bagi memaksa pihak Siam tunduk.

Ukiran timbul bes gajah perang Khmer di Kuil Bayon berhampiran Angkor Wat.

Jadi, apa fungsi gajah perang? Fungsinya mudah iaitu mencetuskan huru-hara di medan perang. Apabila ia tercetus, tentera yang panik akan terpisah dengan unitnya sekaligus menjadi mangsa mudah tentera infantri dan pemanah seperti yang dimahukan individu seperti Hannibal dan Julius Caesar.

Dalam sesetengah kes, ada jeneral perang menggunakan gajah sebagai cara memerhatikan perkembangan operasi ketenteraan mereka. Ada pula menggunakan gajah sebagai platform untuk pasukan pemanah mensasarkan pihak lawan tanpa perlu bimbang diserang balas.

Setiap pembelian buku di bulan Ramadan akan didermakan kepada Persatuan Cinta Gaza. Beli di: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Tetapi satu kelemahan besar yang dimilik gajah perang ialah ia mudah panik. Ia boleh saja berlaku sama ada ketua gajah mengalami kecederaan parah atau mati (seperti apa berlaku di al-Qadisiyah) atau pengendali gajah mati dibunuh. Ada juga kes di mana gajah terkejut melihat haiwan terbakar – taktik yang digunakan pihak Mongol bagi mengatasi gajah perang Kesultanan Delhi.

Atas sebab itulah, selepas abad ke-18, gajah perang tidak lagi digunakan sebagai jentera perang. Jika masih digunakan sekalipun, ia digunakan untuk membersihkan kawasan hutan atau sebagai alat pengangkutan semasa Perang Dunia Kedua (WWII).

Hari ini, gajah perang hanya boleh disaksikan dalam permainan video tertentu seperti Rome: Total War dan Age of Empires.

RUJUKAN

Pike, T. (2021, 29 September). War elephants: The original heavy armor fought into the 1950s. Sandbox.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply