Biasanya festival atau perayaan yang melibatkan raja, sultan, atau maharaja adalah majlis pertabalan dan keputeraan. Majlis biasanya diadakan dengan penuh beradab, penuh dengan budaya, dan diuruskan dengan sempurna untuk penghormatan kepada pemerintah yang sekian lama memimpin rakyat dan negara selama berzaman-zaman.
Namun, percayakah anda bahawa terdapat festival yang dilaksanakan dengan penuh adab juga namun anehnya rajanya harus ditampar dahulu? Ya, festival sebegini sebenarnya wujud dalam tamadun Mesopotamia. Nama festival ini ialah Festival Akitu.
Festival Akitu adalah salah satu perayaan tertua tamadun Mesopotamia, pertama kali diadakan pada pertengahan 3,000 SM. Festival ini juga dikenali sebagai festival tahun baru Mesopotamia. Ia diadakan selama 12 hari, bermula dari hari Bulan Baru pertama ketika matahari berada di kedudukan equator pada bulan Mac atau April.
Festival Akitu dilaksanakan untuk menghormati raja dan memberikan peringatan kepada raja akan perlantikannya atas kehendak dewa Marduk supaya raja itu sentiasa berkhidmat untuk rakyatnya. Ketua paderi akan menanggalkan pakaian rasmi raja dan menampar muka baginda. Mengikut tradisi, tamparan ketua paderi haruslah kuat untuk pastikan raja mengalirkan air mata. Jika keluar air mata baginda, dewa Marduk melanjutkan tempoh raja memerintah selama setahun.
Pernah laman web akademik bernama The Jerusalem Post menerbitkan artikel berkenaan festival ini dan menyatakan bahawa adalah menarik jika benar festival ini wujud. Kisahnya menarik jika raja Nebuchadnezzar II (605-562 SM) yang menggelar dirinya sebagai Raja Segala Raja pernah mengadakan festival Akitu dan terpaksa serahkan pipinya untuk ditampar ketua paderi.
Walau bagaimanapun, festival ini penting untuk melihat ketabahan raja sebagai pemimpin teguh serta menguatkan ikatan rohani antara raja yang mewakili rakyat dan para dewa-dewi.
Festival Akitu didedikasikan kepada kelahiran dewa Marduk sebagai antara ketua dewa-dewi mengikuti mitologi Babylonia, yang bertugas melahirkan dunia dari kekacauan. Asal-usulnya bermula pada awal abad ke-19 SM, Babylon menjadi negara-kota persendirian dan mula bangkit pada abad ke-18 SM sejak pengaruh penyembah dewa Marduk semakin berleluasa.
Kemudian empayar Babylonia kuasai Mesopotamia dan jadikan dewa Marduk sebagai ketua dewa-dewi baru. Bagi mengelakkan sebarang huru-hara akan datang, upacara Tahun Baru diadakan bagi memperingati kejayaan dewa Marduk melawan kuasa kegelapan. Festival ini dimulakan dengan perarakan beramai-ramai termasuklah raja, kerabat diraja, paderi, dan patung dewa-dewi melintasi Pintu Gerbang Ishtar ke kuil Akitu iaitu kuil sembahan Marduk.
Pada hari keempat festival, raja akan menghadapi ujiannya. Ketua paderi memberikan salam dahulu sebelum menanggalkan mahkota dan pakaian rasmi raja, kemudian telinga baginda ditarik sehingga ke patung Bel. Raja harus melutut patung tersebut dan berdoa meminta keampunan dan berjanji supaya tidak mensia-siakan tugasnya.
Air mata raja amat diperlukan untuk mendapatkan kepercayaan paderi dan rakyat bahawa rajanya layak memerintah selama setahun. Raja itu juga harus beringat bahawa lantikan baginda hanyalah atas restu dewa-dewi, bukan atas dasar kekuasaan dirinya. Sebab itulah tamparan kuat harus diberikan demi menyedarkan pemerintah.
Festival Akitu bertahan sehingga fasa Rom menduduki Mesopotamia. Maharaja Rom bernama Elagabalus (218-222) memperkenalkan festival ini di Itali, kemudian tradisi menyambut tahun baru pada bulan Mac berleluasa di Timur Dekat. Setelah kejatuhan tamadun Mesopotamia, festival menampar raja semakin pudar. Walau bagaimanapun, festival ini begitu berkesan dalam menyedarkan pemerintah akan tugasnya sebagai pemimpin untuk rakyatnya.
RUJUKAN:
Gillan, Joanna. 1 January 2022. Mesopotamian Kings Were Slapped in the Face in the Ancient Akitu Festival. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih