Acap kali kita mendengar fenomena alam seperti tornado yang terjadi di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Eropah Utara, Australia, Jepun dan lain-lain. Akan tetapi pernahkan anda mendengar fenomena tornado api? Tornado api boleh di kelaskan sebagai fenomena yang agak jarang berlaku melainkan jika ia berkait dengan haba yang panas seperti pembakaran hutan yang berlarutan, ‘firebombing’,letusan gunung berapi atau gempa bumi yang ekstrem.
Tornado berapi atau puting beliung berapi juga ada dirakamkan dalam Al-Quran pada Surah Al Baqarah ayat ke 266.
”Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar)”. (Surah Al-Baqarah : 266)
Tornado api terhasil ketika udara panas & kering di daratan naik ke atmosfera dan mewujudkan rangkaian tiang udara tinggi yang sangat panas. Udara panas ini akan berkumpul lalu membentuk ribut api yang dipanggil sebagai awan pyrocumulonimbus yang membawa maksud timbunan api dalam Bahasa Latin.
Ketika ini, pusaran api akan terbentuk secara menegak kesan daripada lajur udara yang menarik udara yang lebih panas. Seperti tornado, semakin tinggi dan besar lajur udaranya, semakin kuat dan pantas kuasa destruktifnya.
Suhu tornado api boleh mencecah sehingga 1090 darjah Celsius. Ia akan bergerak pantas membawa bersama-sama partikel-partikel debu dan bara api dan mampu memusnahkan apa sahaja disekelilinginya termasuk mencairkan tiang lampu,kereta dan juga jalan raya bertar.
Bertitik tolak daripada info di atas, inilah situasi yang telah berlaku kira-kira 98 tahun yang lalu di Bandar Tokyo dan Yokohama, Jepun. Tornado api ini terjadi kesan daripada peristiwa Gempa Bumi Terbesar Kanto 1923 pada 1 September jam 11:58 tengahari apabila ramai di kalangan suri rumah sedang sibuk memasak untuk makan tengahari dengan akses dapur api terbuka yang terbalik dan sumber gas pecah akibat dari gempa bumi tersebut.
Suasana huru hara gempa bumi dan tornado api ini telah digambarkan dalam filem animasi Hayao Miyazaki ‘The Wind Rises’ pada minit 15:40 – 23:00.
Dikenali sebagai ‘Fire swirl Japan 1923’, ia adalah tornado api yang paling ekstrem dalam sejarah dunia. Tornado api ini diklasifikasikan pada tahap 3 dalam kategori ‘fire swirl’.
Berketinggian 650 kaki dan hampir seratus kaki saiz melintang, ‘the dragon twister’ ini berputar dengan pantas membersih kawasan sekeliling dengan kelajuan 200 kilometer per jam.
Kesan daripada tornado api gergasi tersebut, seramai 38 000 orang m.ati dalam hanya 15 minit. Kehilangan nyawa yang terbanyak ini adalah mereka yang berlindung di Rikugun Honjo Hifukusho (sebelumnya Depot Pakaian Tentera Darat) di Pusat Tokyo dan di anggarkan total kem.atian seramai 142 800 termasuk 40 000 hilang.
Gempa Bumi Terbesar Kanto 1923 ini juga adalah antara yang terkuat dengan Skala Keamatan Mercalli Terubahsuai XI (Ekstrem) dan juga terjadinya tsunami setinggi 12 meter di Atami,Shizuoka Tokai.
RUJUKAN:
– Smithsonian Channel. (2014, Disember 19). This Pnenomenon Kil.led Thousands in Minutes. [Video].Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=4b3cql8QsIY
– Duginski, P. (2020, November 19). The fire that devastated a Sierra town created a pyrocumulus cloud.What does that mean? Dimuat turun daripada https://www.latimes.com/california/story/2020-11-19/what-are-pyrocumulus-clouds-california-wildfire-analysis
– Rose, S. (2014, Mei 11). Firenado: a spectacular mix of fire and a tornado. Dimuat turun daripada https://www.theguardian.com/world/shortcuts/2014/may/11/firenado-fire-tornado-firenadoes
– Silmi Nurul Utami. (2021, April 4). Apa itu tornado api? Serafica Gischa (Ed). Dimuat turun daripada https://www.kompas.com/skola/read/2021/04/04/170000469/apa-itu-tornado-api-
– Hammer, J. (2011, Mei). The Great Japan Earthquake of 1923. Dimuat turun daripada https://www.smithsonianmag.com/history/the-great-japan-earthquake-of-1923-1764539/
– https://rarehistoricalphotos.com/the-great-kanto-earthquake-1923/
Artikel dikirimkan oleh Farah Ho untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih