Sesuatu yang ramai orang tak tahu, walaupun K-pop berasal dari Korea Selatan, terdapat banyak elemen K-pop yang diilhamkan oleh muzik Afrika-Amerika. Dari memakai tocang, hip hop, rapping dan rentak muzik Afrika-Amerika dalam K-Pop yang sangat kuat.

 

Walaupun ramai orang Afrika-Amerika yang lahir dan tinggal di Korea, hampir tak ada pun wakil orang kulit hitam dalam K-Drama dan K-Pop kecuali yang satu ni.

 

Baru-baru ni, Fatou Samba yang dilahirkan di Senegal diumumkan sebagai ahli terbaru kumpulan Blackswan, yang diuruskan oleh DR Music.

 

Walaupun Fatou sebenarnya ialah wanita kedua berketurunan Afrika yang menyertai kumpulan K-pop, pendahulunya Alexandra Reid tak bertahan lama dan keluar daripada kumpulannya pada 2017 untuk meneruskan kerjaya bukan K-Pop.

 

Kehadiran Fatou di dalam industri sangat terdedah kepada kritikan dan buli. Walaupun kemunculannya disambut dengan rasa ingin tahu semua orang, ramai netizen Korea percaya yang Fatou tak sepatutnya menjadi sebahagian daripada kumpulan K-Pop.

 

Ada yang berpendapat bahawa K-Pop hanya untuk orang Korea, tetapi sebenarnya terdapat ramai je ahli lain dalam beberapa kumpulan K-pop paling berjaya yang bukan orang Korea. Contohnya Lisa daripada Blackpink yang berasal daripada Thailand serta Sana, Momo dan Mina daripada kumpulan TWICE yang berasal dari Jepun.

 

Orang-orang berketurunan campuran Asia dan kulit putih dialu-alukan tetapi apabila muncul seorang wanita kulit hitam, kehadirannya diperdebat dan mendapat kebencian daripada industri.

 

Walaubagaimanapun, kehadiran Fatou dalam K-pop mempamerkan kepelbagaian dari aspek Afrika-Amerika dalam muzik K-Pop serta mewakili berjuta-juta peminat K-Pop yang berketurunan Afrika-Amerika.

 

Hari ini, bila seorang gadis kulit hitam mendengar nama Blackswan, mesti dia terus mengenali idola yang membawa budaya dan bangsanya iaitu Fatou Samba.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Takkanlah K-Pop ni je budaya Korea yang femes? Banyak lagi budaya Korea yang tak muat nak letak di trivia pendek ni seperti mitos Goblin Dokkaebi dan Gumiho yang terkenal dalam K-Drama! Tahu lebih lanjut berkenaan budaya Korea bersama KITAB TAMADUN KOREA!

https://bit.ly/tamadunkorea


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply