Fatimah Al-Fihri merupakan seorang tokoh wanita Islam yang terkenal dengan pembinaan sebuah universiti yang terkenal iaitu Universiti Al-Qarawiyyin. Universiti ini merupakan sebuah universiti yang telah diperakui oleh UNESCO sebagai salah satu universiti yang tertua di dunia.

Fatimah Al-Fihri merupakan berasal dari sebuah keluarga yang bangsawan dari Tunisia. Kekayaan yang ada pada Fatimah Al-Fihri ini kemudiannya dimanfaatkan oleh Fatimah Al-Fihri untuk membangunkan universitinya yang tersendiri. Pembangunan Universiti ini merupakan langkah awal bagi Fatimah Al-Fihri untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi masyarakat Islam pada waktu itu untuk mendapat pendidikan mereka.

Universiti yang ditubuhkan oleh Fatimah Al-Fihri ini kemudiannya menjadi sebuah universiti yang ternama dan terkemuka dunia pada waktu itu. Pelbagai cendiakawan dan ilmuan telah bertandang dan menuntut ilmu di sini antaranya Ibn Sina, Gerard of Cremona dan pelbagai lagi tokoh tokoh yang lain.

Universiti Qarawiyyin juga mengajar subjek matematik, perubatan, astronomi, falsafah, dan fiqh. Kesemua subjek ini kemudiannya melahirkan lebih ramai ilmuan dan saintis Islam bagi merancakkan bidang Ilmu Dunia Islam. Kejayaan Fatimah Al-Fihri membangunkan universiti ini akhirnya meletakkan nama Universiti ini setanding dengan universiti agung yang lainnya seperti Universiti Al-Azhar.

Universiti ini juga menyimpan khazanah khazanah ilmu yang berharga didalam perpustakaannya dan antara khazanah yang langka dapat ditemui di Universiti ini adalah perpustakaan Universiti ini menyimpan karya Ibn Sina dan Ibn Rushd. Dua karya ini telah menjadi kayu pengukur bagi kejayaan Universiti ini bagi menyerlahkan keintelektualan mereka dalam bidang Akademik.

Kesimpulannya, biarpun Fatimah Al-Fihri seorang wanita namun ia bukan penghalang untuk dirinya menjadi seorang pelopor dan seorang yang mempunyai jasanya yang tersendiri dalam pembangunan akademik dan bidang keilmuan di Afrika Utara dan Eropah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.