Jikalau anda sudah membeli novel bersiri Harry Potter, hanya ada satu novel yang paling menyerlah. Iaitu Harry Potter and Order Of Phoenix. Novel tebal ini memuatkan beratus muka surat dan isi utamanya ialah tentang seorang profesor yang menggantikan Profesor Remus Lupin setelah dibuang kerja.

Tidak tahulah apa masalah dia ni, sama ada dia obses dengan Kementerian atau sangat bertanggungjawab apabila melibatkan kerja (penulis selalu syak dia ada skandal dengan Pak Menteri), dia menjadi watak yang paling tidak disukai, lebih dari Voldemort itu sendiri.

Penulis ingin menyatakan beberapa fakta yang anda tidak tahu tentang makhluk pink yang sangat menyakitkan hati ini. Umbridge merupakan seorang Half-Blood. Ayahnya, Orford Umbridge ialah seorang ahli sihir manakala ibunya, Ellen Cracknell ialah seorang Muggle.

  • Mempunyai seorang abang Squib

Disebabkan abang dan ibunya tidak mempunyai kuasa sihir, mereka dianggap hina di mata Dolores Umbridge sendiri membuatkan abang dan ibunya berpindah dan hidup di dunia Muggle. Umbridge hidup bersama ayahnya sehingga dewasa.

  • Alam Persekolahan Hogwart

Umbridge dimasukkan ke dalam rumah Slytherin. Ketua rumahnya pada ketika itu ialah Profesor Horace Slughorn. Dia tidak pernah dapat jawatan, dan kurang disenangi oleh Profesor Horace Slughorn sendiri (kecik-kecik dah ada orang tak suka kau).

  • Memasuki Alam Pekerjaan

Umbridge mula menginjak ke alam pekerjaan dengan menjadi seorang intern di ‘Improper Use Of Magic Office’. Dia juga menjadi Head Office apabila memasuki umur 30 tahun.

  • Umbridge Si Anak Derhaka

Apabila menjadi seorang penjawat yang tinggi jawatannya, dia mula bongkak dan memandang rendah ayahnya yang hanya menjadi pekerja biasa yang rendah kredibilitinya sebagai pekerja di bawah Department Of Magical Maintenance.

Oleh hal yang demikian, dia meminta ayahnya berhenti dan berjanji memberikan sedikit elaun pada ayahnya. Sebaik sahaja dia berhenti, dia mengumumkan bahawa dia seorang Pure-Blood dan bukanlah Half-Blood.

  • Menjadi Seorang Penting Dalam Kementerian

Umbridge akhirnya dilantik sebagai Pegawai Kanan kepada Cornelius Fudge, Rufus Scrimgeour dan Pius Thicknesse (semasa zaman Umbridge, Menteri Magik ditukar sebanyak tiga kali)

  • Dilantik sebagai Profesor

Setelah ketiadaan Profesor Lupin, Cornelius Fudge yang mahu campur tangan dalam urusan Hogwart meminta Dolores Umbrige menggantikan Lupin. Dia mengajar subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam dan baginya, teori dan logikal adalah lebih penting berbanding praktikal kerana dia menitikberatkan soal O.W.L.

Hubungan Umbridge Dan Profesor Hogwart Yang Lain

Umbridge juga seorang guru yang suka memerhati guru lainnya. Paling menyakitkan hati, dia memandang rendah kredibiliti Sybill Trelawney sebagai profesor Peramalan dan mempersoalkan ketinggian Profesor Flitwick.

Namun, apabila melibatkan Profesor McGonagall, dia akan cuba memalukan McGonagall, mengganggu kelasnya dan menghasilkan bunyi batuk palsu. Namun, McGonagall buat endah tak endah sahaja.

  • Dipenjarakan

Umbridge kemudian dipenjarakan selepas perbuatan jahatnya pada Muggle-borns oleh Kingsley Shacklebolt dan tinggal di Azkaban buat selama-lamanya.

Di dalam Harry Potter and Curse Child, dia kembali semula dengan penampilan yang lebih menyakitkan hati. Kalau ada masa, penulis akan cuba buat pula apa yang terjadi sebenarnya dan apa kaitannya dengan Albus Potter dan Scorpius Malfoy.

Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.