Sebelum bangkitnya Chelsea, Leicester City dan Manchester City bangkit menjadi juara daripada kosong, Liga Perdana Inggeris pernah diwarnai sebuah pasukan bernama Leeds United.

Hanya pengikut-pengikut bolasepak paling lewat pun 2005 saja yang pernah melihat mereka berpencak di persada tertinggi bolasepak British.

Dalam bilik piala Elland Road, Leeds United membuktikan dunia bahawa mereka pernah menjuarai:

  • Liga Inggeris (pra-Premier League)
  • Piala FA
  • Piala Liga
  • Community Shields
  • Piala Inter-Cities Fairs

Jika rekod-rekod lain disertakan, Leeds United juga boleh bermegahan kerana tiba di pusingan akhir bagi Piala Eropah 1975 dimana mereka ditewaskan 2-0 pada tangan Bayern Munich.

Kemuncak kuasa mereka berada pada tangan David O’Leary.

Namun dibawah pengerusi Peter Ridsdale, Leeds United berjaya memohon pinjaman hutang besar melebihi kadar kebolehuntungan hak televisyen dan perolehan tajaan melalui kelayakan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Peter Ridsdale

Alaf baharu menandakan terbunyinya semboyan bagi zaman kegelapan Leeds. Dalam musim 2000-2001, Liverpool mendapat satu mata lebih dan mengambil tempat ketiga untuk memasuki pusingan kelayakan UCL.

Pada masa itu hanya tiga pasukan saja boleh menyertai UCL. Musim seterusnya pula Leeds kalah lapan kali dan sekali lagi terlepas peluang ke UCL.

Maka kelab tidak mempunyai perolehan mencukupi untuk pembayaran hutang.

Disebabkan itu Ridsdale terpaksa menjual Rio Ferdinand pada harga £30 juta (£47.79 juta nilai sekarang) kepada Manchester United (The Telegraph, 2002).

Penjualan ini menaikkan berang O’Leary yang keluar terus daripada Leeds untuk digantikan dengan Terry Venables (The Guardian, 2002).

Dibawah Venables, kualiti permainan pun merosot disebabkan kehilangan semangat. Beberapa pemain penting dijual, termasuk Jonathan Woodgate yang Ridsdale janji takkan jual.

Dan Venables pun dipecat dan digantikan dengan Peter Reid; kemudiannya Ridsdale meletakkan jawatan.

Kalau bukan kerana jaringan minit akhir Mark Viduka yang memberikan Leeds kemenangan dramatik 3-2 di Highbury (belasah Arsenal lah, siapa lagi), Leeds akan kecundang ke liga bawahan pada musim itu.

Namun dalam musim 2003-2004, Leeds United tersungkur juga selepas 14 tahun di persada tertinggi.

Walhal tiga tahun sebelumnya, Leeds mara ke pusingan separuh akhir UCL. Kelab tersebut dijual kepada Ken Bates hanya pada harga £10 juta (BBC Sport, 2005).

Kerosakan tidak terhenti sampai lagenda Dennis Wise pun tidak mampu menghalang Leeds daripada kecundang ke League One (divisyen kedua dibawah Premier League).

Dan pada 4 Mei 2007, Leeds membuat permohonan muflis (BBC Sport, 2007).

Membina Daripada Bawah

Leeds United dikenakan denda 15 mata, yang mana Dennis Wise dan pembantunya Gus Poyet berjaya membawa kelab ke tangga kelima.

Jika tiada denda, Leeds tentu sekali mendapat 91 mata, membolehkan untuk kembali ke Divisyen Championship.

Layak ke pusingan kelayakan untuk ke liga atas, Leeds ditimpa musibah lagi. Wise meninggalkan kelab demi Newcastle United.

Poyet pula menyertai Tottenham Hotspurs. Dan Leeds ditewaskan Doncaster Rovers, yang mana musim seterusnya menyaksikan mendapan prestasi.

Menyertai Leicester City dan Peterborough United ialah Scunthorpe United pula, bukannya Leeds. Hanya dalam musim 2009-10 saja Leeds layak ke Championship.

Leeds akan bertukar-tukar tangan buat beberapa kali sehinggalah 23 Mei 2017 apabila Andrea Radrizzani membeli Leeds United daripada Massimo Cellino.

Berkat Liga Perdana Inggeris akhirnya menyinari Elland Road apabila Marcelo Bielsa dibawa masuk sebagai pengurus tetap kelab.

Musim pertama Bielsa saja, Leeds mendominasi liga dari awal – tetapi terlepas di penghujung pada tangan Sheffield United.

Hanya pada 17 Julai 2020 barulah Leeds mendapat anugerah yang dinanti-nantikan.

Selepas 16 tahun terpinggir dan diterajang, Leeds United kembali ke Liga Perdana Inggeris apabila mendapat 90 mata sekaligus menjuarai Championship.

Rujukan:

BBC Sport. (2005, Januari 21). Bates completes takeover of Leeds. Retrieved from http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/teams/l/leeds_united/4191871.stm

BBC Sport. (2007, Mei 4). Relegated Leeds in administration. Retrieved from http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/teams/l/leeds_united/6625751.stm

The Guardian. (2002, Julai 8). Tel moves in at Elland Road. Retrieved from https://www.theguardian.com/football/2002/jul/08/newsstory.leedsunited1

The Telegraph. (2002, Julai 22). United unveil £30m Ferdinand. Retrieved from https://www.telegraph.co.uk/sport/football/competitions/premier-league/3031461/United-unveil-30m-Ferdinand.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.