Kalau ada yang perasan bila kita berjalan masuk ke pasaraya bertingkat, bangunan hospital bertingkat ataupun bangunan pejabat kita sendiri, kita akan jumpa tanda seperti dibawah.

Apa yang perlu kita buat sekiranya berlaku kecemasan dan kita perlu keluar dari bangunan?

Ikut anak panah, ianya akan membawa ke laluan kecemasan. Turun tangga yang disediakan dan berkumpul di tempat perhimpunan.

Papan tanda ini menunjukkan ke arah tangga atau pintu untuk keluar dari bangunan sekiranya berlakunya kecemasan. Papan tanda untuk menunjukkan laluan kecemasan semestinya berwarna hijau fluorescent dan mempunyai lampu yang akan menyala ketika kecemasan, dibekalkan dengan tenaga yang berasingan dengan tenaga elektrik untuk kegunaan harian.

Ada juga pengeluar papan ini yang mereka bentuk papan tanda ini dengan bahan yang boleh bercahaya sendiri walaupun dalam gelap, hasil dari simpanan cahaya semasa tenaga elektrik dalam bangunan masih ada. Papan tanda yang bercahaya ini penting untuk memudahkan pergerakan semasa keluar dari bangunan dan juga kegunaan anggota bomba dan penyelamat untuk masuk ketika berlakunya kecemasan.

Ini semua tertakluk dibawah Undang-Undang Bangunan Bersepadu.

Seksyen  172 (1)

Pintu keluar tingkat dan akses kepada pintu keluar tersebut hendaklah ditanda dengan tanda-tanda yang dapat dilihat dengan mudah dan hendaklah tidak dilindungi oleh apa-apa perhiasan, perabot atau kelengkapan lain..

Seksyen 172 (2)

Satu tanda bacaan ‘KELUAR’ dengan anak panah menunjukkan arah, hendaklah diletakkan di tiap-tiap tempat di mana arah perjalanan menuju ke pintu keluar terdekat sekali tidak kelihatan dengan serta merta.

Seksyen 172 (3)

Tiap-tiap tanda keluar hendaklah mempunyai perkataan  ‘KELUAR’ tidak kurang daripada 150 mm tinggi dan garis utama huruf-hurufnya tidak kurang daripada 18 mm lebar

*Contoh papan tanda menunjukkan arah ke laluan kecemasan.

Kebanyakkan bangunan di negara kita ni diperbuat dari struktur konkrit, jadi kebanyakkan bangunan menggunakan tangga di dalam bangunan sebagai laluan kecemasan. Dinding konkrit pada bahagian tangga direka bentuk untuk menjadi perintang api buat sementara waktu, memberi peluang kepada penghuni bangunan melarikan diri keluar dari bangunan. Ada juga bangunan yang direka dengan laluan tangga kecemasan diluar bangunan tapi tidak begitu banyak.

*contoh bangunan di New York dengan tangga kecemasan diluar bangunan.
*contoh bangunan di Ethiopia dengan tangga kecemasan diluar bangunan.

Berbeza dengan Malaysia, tangga yang digunakan untuk laluan kecemasan berada didalam bangunan sama ada sisi atau tengah bangunan. Bukan semua tangga boleh dikategorikan sebagai tangga kecemasan.

Ada dua jenis tangga iaitu tangga terbuka dan tangga tertutup. Tangga terbuka seperti contoh dibawah tidak dikategorikan sebagai tangga kecemasan.

*contoh tangga terbuka disebuah hotel.
* Sumber tripadvisor

Tangga tertutup yang digunakan sebagai laluan kecemasan perlu mempunyai dinding pemetakan (compartment wall) setebal 115cm (saiz panjang sebiji bata). Dinding pemetakan ni mesti dibina dari bawah sehingga paras bawah bumbung/lantai atas. Sekiranya bangunan ini melebihi ketinggian 30 meter, tangga kecemasan mestilah berterusan dari atas sehinggalah ke bawah.

Dinding yang dibina disekeliling tangga ini mempunyai keupayaan untuk menahan api lebih dari sejam (standard global requirement/BOMBA Malaysia). Dengan kemajuan teknologi hari ni, dinding di laluan kecemasan ini mampu bertahan dengan suhu sepanas 1200 darjah celcius. Dinding ini perlu dibina dengan betul untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik semasa kebakaran, iaitu menghalang api daripada merebak dengan cepat.

*contoh tangga terbuka disebuah hotel.
* Sumber tripadvisor

*Tangga terbuka masih boleh digunakan didalam keadaan kecemasan sekiranya laluan itu lebih dekat untuk kita keluar dari bangunan.

Pintu pada laluan kecemasan ialah pintu perintang api. Pintu ini perlu direka untuk ditutup secara sendiri selepas dibuka, menggunakan penutup hidraulik.

Pintu rintangan api juga perlu ditutup setiap masa dan tidak ada apa-apa yang diletakkan menghalang laluan. Pintu ni perlu direka untuk ditolak dari dalam bangunan ke tangga, untuk memudahkan pergerakan semasa kecemasan.

Pintu rintangan api ni direka khas untuk menahan api dan asap supaya tidak merebak masuk ke laluan kecemasan. Ada lebih kurang 25 syarikat pengeluar pintu ni dekat Malaysia. Setiap produk akan diuji keberkesanannya sebelum dipasarkan. Sampel pintu ni akan dimasukkan kedalam alat khas dan dibakar sehingga suhu 800 darjah celcius untuk menguji ketahanan pintu.

Akhir kata, sekiranya berlakunya kecemasan semasa dalam bangunan. Jangan panik dan bertindak dengan pantas, cari tanda arah laluan kecemasan dan keluar dari bangunan. Berkumpul di padang perhimpunan untuk melakukan pemeriksaan. Ini memudahkan kerja anggota penyelamat untuk mengenalpasti mangsa yang masih tertinggal atau terperangkap didalam bangunan.

RUJUKAN:

  1. Akta Bangunan Seragam 1984
  2. Akta Perkhidmatan Bomba 1988
  3. MS 2558:2014 Spesifikasi Penggunaan Tanda Amaran Keselamatan Dan Kesihatan di Tempat Kerja
  4. Gopal Mishra, Requirements of Fire Resistant Buildings, The Constructor Website.
    https://theconstructor.org/building/fire-resistant-buildings-requirements/8553/

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.