Fahreddin Pasha, yang digelar sebagai “Harimau Gurun” adalah salah seorang tokoh terpenting dalam sejarah Empayar Uthmaniyah dan Turki umumnya, ia berikutan kisah kepahlawanannya dalam pertem.puran mempertahankan kota Madinah.
Selepas Sharif Mekah, Hussein bin Ali mula bersedia untuk melancarkan pemberon.takan, Fahreddin Pasha telah dikerahkan ke Madinah pada 28 Mei 1916. Fahreddin Pasha tiba di Madinah sebelum pemberon.tak dan segera mempersiapkan barisan pertahanan di sana.
Hussein bin Ali memus.nahkan laluan kereta api dan talian telegraf di sekitar Madinah pada 3 Jun kemudian dia menyer.ang pos-pos kawalan sempadan Madinah pada 5-6 Jun, namun ser.angan itu berjaya dipatahkan tentera Uthmaniyah.
Ketika Fahreddin Pasha mempertahankan Madinah, salah satu langkah terpenting yang diambilnya ialah mengumpul dan menghantar barang-barang relik peninggalan nabi di kota itu dan beberapa manuskrip sejarah ke Istanbul supaya tidak jatuh ke tangan mu.suh.
Tindakan ini telah menyebabkan beliau menjadi mang.sa fitnah yang menuduhnya sebagai pencuri barang peninggalan nabi sedangkan tindakan itu adalah bagi mengelakkan ia dimanipulasi oleh pihak mu.suh.
Kebanyakan manuskrip ini telah pun dihantar oleh pentadbir Uthmaniyah di Madinah, kira-kira sebanyak 500 manuskrip kini selamat disimpan di Perpustakaan Madinah di Istana Topkapı.
Semasa berada di Madinah, Fahreddin Pasha menjalin hubungan rapat dengan orang Arab di rantau itu dan menyerap ramai dari kalangan pemuda berkhidmat di bawahnya.
Bagaimanapun, kota Mekah telah dita.wan akibat pemberon.takan yang semakin memuncak kerana ketidakcekapan gabenornya, Galib Pasha. Lebih-lebih lagi pemberon.tak telah menduduki bandar-bandar di luar Madinah dalam masa yang singkat. Fahreddin Pasha pula nekad mahu terus mempertahankan kota itu walaupun kemampuannya terhad.
Kubu Madinah telah dikep.ung selepas pemberon.tak merampas Stesen Keretapi Hijaz Mudawwara berhampiran Mekah. Maka, Fahreddin Pasha mula mempertahankan kubu yang terputus hubungan luar di tengah padang pasir.
Oleh kerana mereka tidak dapat menerima bantuan, mereka mula menderita kelaparan, dahaga dan dijangkiti penyakit. Berikutan situasi terdesak ini, Fahreddin Pasha mengumumkan resolusinya pada 7 Jun 1918 :
“Apa yang membezakan antara burung pipit dengan belalang? Belalang tidak ada bulu, tetapi ia mempunyai sayap seperti burung dan boleh terbang, ia memakan tumbuhan, makan benda yang bersih dan segar, dan nikmatnya sama saja seperti tembakau dan limau. Makanan orang Arab Badwi ialah belalang, dan mereka tetap sihat dan cergas berkat belalang yang mereka makan.”
Fahreddin Pasha dilaporkan meminta doktor menganalisis khasiat belalang, dia menyifatkan hidangan belalang disediakan dalam empat cara berbeza selepas dia menjelaskan ciri-ciri makhluk itu.
Sementara itu, Empayar Uthmaniyah yang menyerah kalah telah menandatangani Gencatan Senjata Mudros pada 30 Oktober 1918. Berdasarkan keadaannya, Fahreddin Pasha yang diminta menyerahkan Madinah tidak menerimanya.
Dia mempertahankan Madinah selama 72 hari lagi selepas perjanjian Mudros dan tidak mahu menyerah kalah. Kemudian Istanbul memindahkan dan menggantikannya dengan Kolonel Ali Najib yang menyertai rundingan mengenai penyerahan. Bagaimanapun, British dan pemberon.tak Arab menuntut Fahreddin Pasha diserahkan.
Kemudian, Ali Najib bersetuju dengan British untuk menyerahkan Fahreddin Pasha. Ali Najib dan rombongannya pergi menemui Fahreddin Pasha yang belum menyerah diri di suatu tempat berhampiran makam Nabi Muhammad S.A.W.
Fahreddin Pasha menyangka mereka datang untuk bertanya khabar atau membawa pasukan sokongan, tetapi sebaliknya mereka menahan dan mengikat tangannya lalu diserahkan kepada British pada 10 Januari 1919. Kejadian ini adalah hari yang paling menyakitkan dalam hidup menurut kenyataan peribadinya.
Pembela Madinah, Fahreddin Pasha, atau nama penuhnya, Ömer Fahreddin, dilahirkan pada tahun 1868 di Ruse, Bulgaria moden. Selepas menamatkan pengajian dari sekolah tentera pada tahun 1891, beliau menyertai tentera Uthmaniyah sebagai kapten staf.
Beliau berkhidmat di pelbagai perbatasan semasa Per.ang Balkan dan Per.ang Dunia I. Disebabkan tekad dan semangatnya mempertahankan kota Madinah, beliau digelar sebagai “Harimau Gurun.”
Pada 27 Jan 1919, Fahreddin Pasha dibawa ke Mesir sebagai ta.wanan per.ang. Pada 5 Ogos 1919, dia dibuang negeri ke Malta dan ditahan selama dua tahun 33 hari.
Walaupun dipaksa pihak British, dia enggan menanggalkan seragam tentera Uthmaniyahnya dengan berkias: “Aku tak pernah menanggalkan pakaian seragam ini sejak aku tamat pengajian dari sekolah tentera.”
Semasa hidup dalam buangan, dia bersama-sama Mustafa Kemal Pasha (Ataturk) serta beberapa lagi tokoh pejuang yang lain telah dijatuhi hu.kuman ma.ti dalam perbicaraan secara absentia oleh tribunal per.ang di bawah Nemrut Mustafa, yang ditubuhkan oleh pasukan pendudukan.
Dia dibebaskan hasil usaha kerajaan di Ankara yang baru diasaskan pada 8 April 1921. Selepas berkhidmat di Rusia untuk seketika, dia kemudian kembali ke Anatolia.
Pada 9 November 1921, beliau telah dilantik sebagai Kedutaan Turki di Afghanistan dan menjalin hubungan persahabatan Afghanistan-Turki semasa perkhidmatannya.
Dia kembali ke Turki pada 12 Mei 1926, dan bekerja di Mahkamah Rayuan Tentera. Pada 5 Februari 1936, beliau bersara sebagai mejar jeneral dan meninggal dunia akibat ser.angan jantung pada 22 November 1948. Jenaz.ahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Aşiyan.
Sebelum pengep.ungan Kubu Madinah bermula, pihak Istanbul meminta Fahreddin Pasha mengosongkan kubu, tetapi Fahreddin Pasha dilaporkan membalas: “Aku tak akan pernah menurunkan bendera bulan sabit bintang dari kubu di Madinah dengan tangan aku sendiri. Jika kalian mahu kubu ini ditinggalkan, lebih baik bawa komander lain ke sini.”
Semasa pengep.ungan, Fahreddin Pasha dikatakan sentiasa berselawat ke atas nabi di makam baginda. Dia sering didengarkan berkata: “Bangunlah, bangkitlah wahai Muhammad. Bangkitlah wahai nabi Allah! Dan lihatlah orang-orang yang beriman dan berper.ang dengan namamu. Bawalah bantuan Allah kepada kami.”
Pada 2 April 1918, Fahreddin Pasha menyampaikan khutbah Jumaat dengan tongkat yang dibalut dengan bendera Uthmaniyah dan sambil menunjuk ke makam Muhammad, dia menyebut “Wahai utusan Allah, aku tidak akan pernah meninggalkan mu.”
Pada tahun 2018, Majlis Perbandaran Ankara di Turki bertindak menukarkan dua nama jalan yang menempatkan Pejabat Kedutaan UAE di Turki dari nama Jalan 613 dan Jalan 609 kepada Jalan Fahreddin Pasha dan Jalan Pembela Madinah (Fahreddin Paşa Sokağı dan Mëdine Müdafii Caddesi).
Tindakan itu dianggap sebagai simbol memprotes tindakan menteri luar UAE ketika itu yang membuat hantaran retweet di akaun Twitter dengan memfitnah Fahreddin Pasha sebagai “pencuri barang peninggalan nabi”.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih