Cuba fikir sejenak. Kucing ada bulu. Tikus juga ada bulu. Tetapi bulu badan manusia tidak sebanyak mereka. Beleklah di benua mana sekalipun. Manusia tetap kalah pada haiwan dalam pertandingan bulu. Kenapa agaknya?

Nak faham benda ni kena belek sisi genetik. Tak perlu susah payah nak selongkar sendiri sebab saintis daripada University of Utah Health dah buat kerja untuk kita semua. Mereka membelek kod genetik 62 haiwan terlebih dahulu nak faham macam mana sesuatu kehidupan (baca: manusia) hilang bulu.

Kalau ikut genetik, badan manusia sepatutnya berbulu tebal. Kita memang lengkap ada bahan genetik untuk “tumbuh dan kawal” bulu. Jadi sepatutnya, manusia kelihatan seperti haiwan dengan lapisan bulu tebal yang berbeza ikut lokasi. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang “menutup suis” genetik ini (Kowalczyk, et al., 2022).

Ciri-ciri ini tidak unik pada manusia semata-mata. Saintis di universiti tersebut belek genetik badak sumbu dan tikus mondok. Kedua-dua haiwan ini mempunyai ciri-ciri “penutupan suis” pada genetik yang sepatutnya berbulu lebat.

Pengaruh genetik sekarang sekadar menentukan warna bulu sedia ada sahaja.

Persoalannya, kenapa?

Keperluan Yang Sangat Mendesak

Ada banyak sebab kenapa manusia menjadi spesis paling hebat di Bumi. Salah satunya adalah kerana ciri-ciri manusia itu sendiri. Tanpa bulu yang lebat, manusia tidak perlu runsing dengan kutu – dan manusia juga boleh menerokai mana-mana tempat, baik panas atau sejuk (Warner, 2003).

Semua haiwan didapati terikat pada zon masing-masing. Beruk takkan masuk kawasan ungka. Kucing pula takkan panjat gunung sesuka hati. Gajah Afrika takkan keluar daripada kawasan geografinya dan menyemak di tempat Gajah Asia (walaupun sama gajah). Ini adalah hukum alam bagi haiwan, yang ibaratkan terpagar untuk hidup dan mati mengikut fitrah kawasan masing-masing.

Tetapi manusia selamba saja pergi ke mana-mana sahaja. Kalau tiada istilah permit dan pasport, silap-silap penduduk iklim ini selamba hidup negara iklim itu. Begitulah yang terjadi pada zaman terdahulu, apabila manusia prasejarah bermigrasi mencari peluang lagi sedap.

Sekarang cuba bayangkan kalau manusia berbulu lebat macam beruk. Ingat senang nak terokai iklim-iklim panas dengan bulu sedemikian rupa? Tak mungkin. Namun oleh kerana manusia prasejarah bermigrasi sejak zaman dahulu, hukum evolusi ibaratkan “menutup suis” genetik yang mengizinkan bulu lebat.

Evolusi Adalah Segala-Galanya

Orang ramai sering salah faham dengan definisi “evolusi”. Memang susah nak lenturkan buluh yang sudah tepu dengan pemikiran “evolusi adalah manusia berasal dari beruk”. Itu bukan evolusi masalahnya. Setiap saat semua kehidupan berevolusi – cuma kesannya mengambil masa yang lama nak tengok.

Dr. Mark Pagel dan Dr. Walter Bodmer masing-mnasing daripada Universiti Reading dan Hospital John Radcliffe memperluas segala amalan manusia berkaitan dengan bulu. Bagi mereka, manusia takkan buat sesuatu secara saja-saja. Zaman sekarang, manusia berhempas-pulas bercukur sana sini bukan untuk berfesyen semata-mata… sebaliknya, tabiat ini adalah “gema genetik” diwarisi daripada leluhur lama yang mengambil langkah sedemikian untuk memelihara kebersihan (Wade, 2003).

Cuba buat ujian sendiri. Kalau tengok iklan kecantikan, selera tak kalau tengok lelaki atau wanita berbulu lebat? Benar, sesetengah wanita suka lelaki berbulu. Tetapi wanita yang suka lelaki berbulu takkan sesekali suka lelaki yang berbulu macam beruk. Kenapa ada limit pula? Kan bulu tu sendiri kelihatan indah? Oh, nak ada bulu tapi jangan banyak sangat?

Nampak. Ini adalah contoh yang dihadapi manusia prasejarah, menurut Dr. Pagel dan Dr. Bodmer. Subject to sexual selection yang mana kulit licin tanpa bulu adalah lebih baik. Kerana orang yang suka orang berbulu juga ada had sebanyak mana bulu patut ada.


Kalau korang berminat nak tahu lagi mendalam pasal manusia, jemput baca buku GENESIS II. Link: https://bit.ly/3e1Er20

RUJUKAN:

Kowalczyk, A., et al. (2022). Complementary evolution of coding and noncoding sequence underlies mammalian hairlessness. eLife.

Wade, N. (2003, Ogos 19). Why Humans and Their Fur Parted Ways. The New York Times.

Warner, J. (2003, Jun 11). Why Humans Are Hairless. WebMD.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply