Mengikut teori saintis, manusia prasejarah bermigrasi ke benua Amerika sekitar 13,000 tahun yang lalu, kemudian menduduki seluruh tanah dari utara ke selatan Amerika dan menjadi nenek moyang kepada kaum-kaum asal Amerika sekarang.

 

Ini yang saintis sana percaya. Tapi, terdapat penemuan yang penting dan mampu mematahkan kepercayaan ini. Di mana terdapatnya fosil manusia yang telah hidup lebih 13,000 tahun lalu!

 

Fosil manusia ini ialah Eve of Naharon yang bermaksud ‘Wanita Naharon’. Fosil ini ditemui dalam rangkaian gua yang ditenggelami oleh air yang terletak di Semenanjung Yucatan, Mexico.

 

Pada tahun 2000, sekumpulan saintis Mexico yang diketuai oleh Octavio del Río mengkaji di sebuah lubang gua bertakung yang dipanggil sebagai cenote yang terletak di barat daya kota Cancun, Mexico.

 

Mereka kemudian menemui fosil manusia dalam ruangan gua paling dalam dan melaporkan kepada institut kajian bernama National Institute of Anthropology and History (INAH).

 

Kemudian, sekumpulan saintis yang diketuai oleh Arturo González, pengarah muzium Desert Museum di Saltillo tiba di cenote itu dan mereka menyelam ke ruangan gua itu. Fosil manusia itu mereka temui dan mengambilnya, kemudian menilai tarikh fosil ini hidup melalui pentarikhan karbon.

 

Rupa-rupanya fosil manusia ini berusia 13,600 tahun lalu! Ini menjadikan fosil ini adalah fosil manusia tertua yang pernah mereka temui! Kerana fosil itu berjantina wanita, mereka memanggil dengan nama ‘Eve of Naharon’. Usia wanita pada waktu itu ialah sekitar 20-25 tahun.

 

Selain fossil manusia, mereka juga menemui bekas unggun api dan beberapa buah artifak. Menurut González, berkemungkinan besar sebelum cenote ditenggelami oleh air glasier, ruangan gua itu ialah tempat pengebumian.

 

González percaya gua itu tempat Eve dikebumikan kerana keadaan Eve ketika ditemui, di mana kakinya melipat dan bertemu dengan dada dan tangannya merapat.

 

Melalui penemuan fosil manusia ini, saintis sana harus mempertimbangkan semula tahun bilakah manusia prasejarah tiba ke benua Amerika. González pula masih meneruskan penyiasatan di cenote itu jika menemui sebarang artifak atau fosil yang menyokong Penemuan Eve of Naharon ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply