Ijab dan kabul mempertemukan 2 insan dalam satu ikatan yang fitrah. Fitrah semenjak penciptaan Adam dan Hawa. Lalu Allah abadikan ikatan ini dalam satu nas yang sangat indah..
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
An-Nisa’, QS, 4 : 1
——————————
“….yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya..”
Mengingatkan kita kembali kepada fitrah penciptaan Hawa dari rusuk kiri Adam dan peranan suami dan isteri itu.
– Rusuk kiri itu rapat dengan tangan.. Untuk suami menjaga, melindungi, mencari nafkah, membelai dan menjadi petunjuk kepada isteri..
– Rusuk kiri itu rapat dengan hati.. Supaya si suami jelas siapa yang memenuhi ruang hati dan disayangi.
– Rusuk kiri itu pelindung hati.. Supaya isteri selalu beringat, suami itu penggeraknya hati. Sihat hati itu, sihat lah suami.. Sakit hati itu, maka sakit lah suami.
– Rusuk kiri itu fitrahnya bengkok.. Untuk suami selalu menjadi petunjuk kepada isteri. Bengkok tidak boleh diluruskan dengan keras, ianya patah.. Suami perlu sentiasa memastikan jalannya lurus, supaya sentiasa memimpin tangan isteri..
– Rusuk kiri fitrahnya bengkok.. Untuk isteri mengingati, kadang-kala jangan terlalu keras. Takut si suami ikut bengkok bersama kerana menjaga hati isteri.
—————————————-
“….dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak..”
Suatu ikatan yang melahirkan lebih banyak insan. Mengingatkan kita kepada, insan yang baik dicipta oleh ibubapa yang baik.
Tanggungjawab ikatan bukan sekadar terletak pada saat ijab dan kabul, tetapi ianya berterusan dibawa ke generasi yang seterusnya.
—————————————-
“….. yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain..”
Saling meminta antara satu sama lain itu menunjukkan kepentingan suami kepada isteri.. dan isteri kepada suami. Saling-melengkapi, kerana itulah saling meminta antara satu sama lain.
Ia juga menunjukkan pengorbanan. Di mana perhubungan ijab dan kabul ini terjalin di atas dasar pengorbanan.
– Bagaimana isteri berusaha mendahulukan keluarga, memastikan suami dan anak-anaknya terjaga.
– Dan bagaimana suami berkorban apa saja untuk isteri dan anak-anak tercinta.
“Yang menentukan kebahagiaan kehidupan dunia ialah isteri dan yang menentukan kebahagiaan di Jannah kelak ialah suami.
Isteri pengorbanannya lain. Suami pengorbanannya lain. Jangan disamakan. Fitrah penciptaan itu memang tak sama antara Rijal dan Nisa’.”
———————————-
“….dan (peliharalah) hubungan silaturrahim..”
Mengingatkan lagi akan tanggungjawab suami dan isteri terhadap hubungan kekeluargaan yang makin besar. Keluarga suami menjadi keluarga isteri.. dan keluarga isteri menjadi keluarga suami.. Perlu dijaga hubungan silaturrahim. Tidak boleh diantara keduanya menidakkan keluarga satu sama lain..
———————————-
Indah diabadikan kerukunan rumahtangga, melalui ijab dan kabul. Allah SWT firmankan di dalam ayat ini menunjukkan betapa pentingnya ikatan itu..
Peranan dan tanggungjawabnya besar. Jika besar, ianya pasti berat.. Dan apabila ia berat, ingatlah pesanan ini…
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..”
Isteri itu amanah.. Perkahwinan itu ibadah..
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih