Pada tahun 332 SM, Alexander Agung telah memimpin pasukan Yunani dari Greek menaklukkan Jurusalem. Penaklukan Alexander ini tidak mendapat tentangan yang sengit dari pasukan Achaemenid pada waktu itu. Hal ini telah menyebabkan Alexander telah melakukan secara baik jajahan Jurusalem ini daripada melakukan sebarang penjarahan dan pembunuhan.
Kaum Yahudi telah diperlakukan secara baik pada era ini. Mereka diberikan kebenaran untuk mengamalkan amalan agama mereka. Pada era ini juga datangnya pengaruh Helenistik di Jurusalem dan hal ini akan menjadikan pertembungan antara dua agama ini pada masa terkehadapannya.
Menjelang kemangkatan Alexander Agung (323 SM), tanah Filistin ini ketiadaan pemimpin dan menyebabkan kekosongan pentadbiran. Kekosongan ini telah diambil oleh Ptolemeus. Ptolemy I Soter yang merupakan penguasa Mesir pada waktu itu telah mengambil keputusan untuk menaklukkan Jurusalem.
Penaklukan Ptolemy I Soter telah menjadi titik awal pendudukan Ptolemaic di tanah Jurusalem. Dinasti Ptolemaic ini sama seperti pentadbiran Alexander yang membenarkan puak Yahudi ini untuk tinggal secara aman di tanah Jurusalem. Dinasti Ptolemaic ini bertahan sehingga 323–198 SM.
Dinasti Ptolemaic ini sering bertembung dengan kerajaan di sekitarnya iaitu Seleucid yang berpengkalan di Syam. Pada tahun 198-200 SM telah berlaku sebuah pertempuran Panium yang melibatkan Raja Scopas of Aetolia dan Antiochus III the Great. Pertempuran ini telah menyebabkan peralihan kuasa di Jurusalem.
Dinasti Seleucid telah menguasai Jurusalem setelah menewaskan Ptolemaic dalam pertempuran ini. Dinasti Seleucid ini kemudiannya mentadbir Jurusalem dengan kuku besi. Rumah Ibadat Yahudi telah diambil alih oleh Seleucid dan menjadikannya sebagai altar ibadat Helenistik kepada Zeus. Tindakan ini seterusnya mencetuskan kemarahan Yahudi dan masyarakat setempat dan seterusnya membangkitkan kebangkitan tempatan.
Kebangkitan pemberontakan tempatan seperti Pemberontakan Maccabee telah menyebabkan bangkitnya masyarakat Yahudi di Jurusalem bagi mentadbir semula Jurusalem dan seterusnya menubuhkan Dinasti Hasmonean.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih