Cakap pasal Nabi Nuh (as), semua ingat cerita pasal banjir besar dan bahteranya yang selamatkan hidupan muka bumi ni. Cerita ni terkenal dalam agama-agama Abrahamik seperti Islam, Yahudi, dan Kristian.

Tapi kalau korang tak tau, ada satu lagi teks purba yang ceritakan kisah serupa dengan banjir Nabi Nuh (as) ni.

Perkenalkan kepada korang Epik Gilgamesh, salah satu kisah paling purba yang pernah dicatat.

Epik Gilgamesh mengisahkan tentang Raja Gilgamesh yang awalnya dikenal sebagai seorang penguasa yang zalim.

Namun, segalanya berubah ketika dewa dan dewi Mesopotamia hantar Enkidu untuk menentangnya.

Setelah berhari-hari berlawan, Gilgamesh dan Enkidu akhirnya jadi sahabat dan melawan raksasa dan binatang suci yang dihantar oleh dewa-dewi.

Kisah ini mencapai klimaksnya bila Enkidu disumpah mati oleh dewi Ereshkigal. Kesedihan Gilgamesh atas kematian sahabatnya mendorongnya untuk mencari penawar kekal abadi.

Setelah melakukan perjalanan yang panjang, beliau bertemu dengan Ut-Napishtim, seorang manusia yang dikurniakan kehidupan kekal abadi oleh dewa Enki.

Ut-Napishtim ceritakan kepada Gilgamesh pasal banjir besar yang akan hancurkan dunia dan beliau diperintahkan untuk buat bahtera besar untuk selamatkan setiap jenis makhluk hidup.

Setelah banjir surut, Ut-Napishtim lepaskan beberapa burung untuk cari daratan, menandakan akhir dari banjir tersebut.

Jadi dalam kisah ni, ada beberapa elemen yang mirip dengan kisah Nabi Nuh. Pertamanya, Ut-Napishtim tu serupa Nabi Nuh. Kedua, kapal gergasi yang dibina beliau. Ketiga, kisah burung, cuma dalam versi Islam, ada riwayat yang menceritakan burung merpati kena sumpah kaki merah dan gagak disumpah makan sampah. Keempat, Ut-Napishtim hidup lama dan kekal abadi mirip dengan umur Nabi Nuh yang capai lebih 900 tahun.

Benda ni masuk akal sebenarnya sebab ada kajian yang menceritakan Nabi Nuh ni umat sebelum Mesopotamia, maka logiklah kisah Nabi Nuh ada dalam Epik Gilgamesh dari tamadun Mesopotamia.

Malah, Nabi Ibrahim tu sendiri orang Mesopotamia. Cuma kenapa kisahnya lain daripada kisah Nabi Nuh dalam 3 agama Abrahamik, kita tak tahu.

Kisah-kisah ni menunjukkan betapa kaya dan kompleksnya warisan budaya dan keagamaan yang tersebar di seluruh dunia.

Meskipun berasal dari budaya yang berbeza, kisah-kisah tersebut memiliki benang yang menghubungkannya.

Oleh: Azizul Farhan

___

Korang yang meminati budaya tamadun, mesti teruja nak baca TAMADUN UNTUK PEMULA. Buku ni akan jadi pintu untuk korang selam lagi banyak tamadun di dunia yang mempesonakan korang! Klik: https://shope.ee/9ewudsn58J


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply