Sebuah Hadis Rasulullah SAW yang menceritakan tentang empat penguasa dunia. Dua daripada penguasa dunia yang disabdakan oleh Rasulullah SAW mempunyai sejarah penguasaan mereka pernah menguasai Baitul Maqdis.

Riwayat dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, secara marfu’ (sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam),

ملك الأرض أربعة: مؤمنان وكافران؛ فالمؤمنان: ذو القرنين وسليمان، والكافران: نمرود وبختنصر، وسيملكها خامس من أهل بيتي

Raja bumi ada 4, dua mukmin dan dua kafir. Untuk dua raja mukmin, Dzulqarnain dan Sulaiman. Sedangkan 2 raja yang kafir: Namrudz dan Bukhtanshar. Dan bumi akan dikuasai seseorang dari ahli baitku. (Disebutkan Ibnul Jauzi dalam al-Muntadzam fi at-Tarikh)

Hadis ini menceritakan 4 penguasa ini merupakan antara penguasa yang terbesar pernah menguasai dunia pada eranya. Dua daripadanya merupakan Mukmin dan dua daripadanya kafir. Dua daripada mereka juga merupakan penguasa Baitul Maqdis iaitu Nabi Sulaiman AS dan Bukhtanasar.

Nabi Sulaiman AS merupakan penguasa Baitul Maqdis dan mewarisi takhta ayahandanya iaitu Nabi Daud AS. Baginda bukan sahaja dianugerahkan kemuliaan kerasulan malahan baginda dianugerahkan kemuliaan dalam menundukkan makhluk Allah atas Izin Allah SWT.

Baginda mampu mengawal Jin, Angin dan memahami bahasa haiwan. Kesemua kurnia ini merupakan anugerah Allah SWT buat Nabi Sulaiman dalam menguasai Baitul Maqdis pada ketika itu.

Berlalu zaman Nabi Sulaiman AS di Baitul Maqdis, Bani Israil di Filistin mulai berpecah dua sebahagiannya membentuk kerajaan Israil yang berpusat di Samaria dan sebahagiannya membentuk kerajaan Judah di Selatan dan berpusat di Jurusalem.

Maka datang seorang Raja dari Babylon yang dikenali sebagai Bukhtanasar/Nebuchadnezzar II yang kemudiannya menghancurkan penguasaan Bani Israil di Filistin.

Nebuchadnezzar II merupakan penguasa Empayar Babylon Kedua. Nebuchadnezzar II merupakan penguasa setelah Nabopolassar. Penguasaan Nebuchadnezzar II meluas dari ibu kotanya, Babylon kemudian mencakupi Syria dan menakluki Filistin.

Penaklukan Nebuchadnezzar II keatas Filistin ini merupakan petaka bagi Bani Israil kerana mereka telah dikeluarkan dari Tanah ini dan kesemua mereka di bawa ke Babylon bahkan sebahagian besar mereka telah kehilangan identiti mereka.

Pengusiran Bani Israil ini dikenali sebagai Pengusiran Kali Pertama dan penjarahan keatas mereka ini merupakan penjarahan yang pertama yang menimpa mereka setelah Bani Israil mengecapi nikmat berkerajaan di Filistin.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.