Sedih tengok perangai orang kita yang berebut-rebut sehingga tolak-menolak untuk mencium hajarulaswad di rukun yamani. Berbaloi ke buat perkara haram, hanya untuk melaksanakan perkara sunat?
Jangan lupa, haram hukumnya menyakiti orang lain ketika bertawaf. Apa lagi, kita di hadapan Kaabah yang mulia. Lebih-lebih lagi kena jaga adab. Silap cara, amalan kita sia-sia dan tidak mendapatkan pahala.
Ada seorang perempuan yang pahalanya hangus.
Seorang pembantu perempuan menemui Saidatina Aisyah, “Aku telah tawaf sebanyak tujuh kali dan menyentuh rukun yamani sebanyak dua atau tiga kali.”
Isteri Nabi itu tidak kagum, malahan menegur, “Allah tidak memberikan ganjaran kepadamu, Allah tidak memberikan ganjaran kepadamu. Engkau telah bertolak-tolak dengan lelaki. Tidakkah cukup engkau bertakbir dan berlalu sahaja?”
Itu perempuan. Kalau lelaki?
Tahukah anda, Saidina Umar al-Khattab sendiri tidak sanggup bertolak-tolak. Sebabnya, Nabi Muhammad SAW pernah memberi pesanan, “Oh Umar! Sesungguhnya engkau seorang lelaki yang kuat. Janganlah engkau bersesak pada Hajar (hajarulaswad), lalu engkau akan menyakiti orang yang lemah. Jika engkau dapati kekosongan, maka engkau sentuhlah ia, jika tidak, maka engkau menghadaplah (kepada)nya, lalu engkau bertahlillah dan bertakbirlah.” (Musnad Ahmad no. 190)
Apa jadi kalau kita bawa orang perempuan bersesak-sesak?
Saidatina Aisyah tidak bersetuju. Aisyah melaksanakan tawaf di pinggiran Kaabah secara menyendiri dan tidak bercampur dengan kaum lelaki. Lalu ada seorang wanita berkata kepada beliau, “Oh Ummul Mukminin, ayuh kita pergi untuk mencium hajarulaswad.” Ummul Mukminin membalas, “Kamu saja yang pergi”. Sedangkan beliau enggan pergi. Pada zaman dahulu, kaum wanita keluar pada malam hari tanpa perlu bersesak-sesak.
Apa adab sebaiknya?
Ingat, apa tujuan kita buat umrah dan haji? Kalau dah nampak dekat rukun yamani itu, ramai orang sedang bergasak nak kucup hajarulaswad, maka takde keperluan untuk kita bawa orang perempuan ikut bergasak sekali.
Orang lelaki mithali, akan melindungi orang perempuan daripada terjebak dengan masalah, bukannya pergi cari masalah. Kan lebih elok kalau elakkan bergasak daripada awal. Kejarlah yang lebih penting, iaitu kesempurnaan ibadah pada pandangan Allah.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Adab kepada Allah, berkait dengan cinta kepada-Nya. Hayati adab seorang sufi dalam RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Klik: https://shp.ee/rj3c53d
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih