Elmina, lokasi nahas pesawat terbaru menggemparkan dunia penerbangan Malaysia yang memakan korban seramai 10 orang turut mengorbankan Dato’ Sri Johari Harun, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai pada 17 Ogos 2023.

 

Namun 46 tahun sebelum itu, sebuah pesawat lain pernah juga terhempas di kawasan sama.

 

27 September 1977, Japan Airline Flight 715 terhempas di sebuah bukit di Estet Elmina yang ketika itu masih ladang getah mengorbankan 26 penumpang dan lapan anak kapal.

 

Ia merupakan insiden penerbangan kedua paling maut berlaku di Malaysia pada masa itu selepas insiden MH653 yang terhempas di Tanjung Kupang beberapa bulan kemudian.

 

Pesawat McDonnell Douglas DC-8 dengan 69 penumpang dan 10 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang sebelum menuju ke Singapura. 29 daripada penumpang merupakan warganegara Jepun dalam penerbangan itu.

 

Pesawat itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan telah singgah di Lapangan Terbang Kai Tak, Hong Kong. Dua jam selepas penerbangan, kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah memberitahu pesawat tersebut untuk mendarat di landasan 15.

 

Cuaca buruk melanda kawasan sekitar lapangan terbang. Krew penerbangan kehilangan penglihatan di lapangan terbang akibat cuaca buruk.

 

Pesawat JA8051 itu terbang di bawah paras minimum 750 kaki, kemudian pada 300 kaki sebelum terhempas di tepi bukit, 6.44 kilometer dari lapangan terbang menyebabkan ia rosak disebabkan impak hentaman dan kebakaran meletus, yang dapat dipadamkan kemudiannya.

 

Laporan penyiasatan DCA menyatakan ketika nahas, cuaca buruk di sekitar lapangan terbang dan pesawat berada pada sistem navigasi radio julat omni-arah frekuensi yang sangat tinggi untuk pendekatan pesawat.

 

Siasatan bagi menentukan punca kemalangan mendapati bahawa kapten menerbangkan pesawat di bawah altitud penurunan minimum tanpa melihat landasan dan meneruskan penurunan menyebabkan pesawat itu terhempas sebelum tiba ke lapangan terbang.

 

Kematian kru penerbangan di lapangan terbang disebabkan cuaca buruk yang turut menyumbang kepada kemalangan. Pegawai pertama tak mempersoalkan kapten kerana melanggar peraturan.

 

Sebuah tugu peringatan telah dibina di Tanah Perkuburan Jepun, Kuala Lumpur. Sisa-sisa nahas itu boleh ditemui di dalam tanah di sekeliling ladang itu sehingga 2011. Tanah tersebut bertukar kepada pembangunan bandar dan perumahan yang dibangunkan oleh Sime Darby Properties.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Dari kita dengar dari Youtuber teori konspirasi yang tidak ada satu sen pun ilmu penerbangan, lebih baik korang baca sendiri PENERBANGAN TERAKHIR: MH370 & MH17 yang ditulis oleh mantan Ketua Pengarah DCA iaitu Dato Sri Azharuddin sendiri. Dapatkan segera: bit.ly/3wPg0Lu


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply