Korang pernah jumpa sesiapa atau tonton tentang seseorang mempunyai kaki yang nampak membengkak seperti kaki gajah di mana-mana siaran tv?

 

Kalau tak pernah nampak, saya ceritakan sikit kisah manusia berkaki gajah ini. Sebenarnya manusia macam ni biasanya mengalami penyakit bernama Elephantiasis, atau nama perubatannya ialah ‘lymphatic filariasis’.

 

Elephantiasis atau penyakit undut gajah ini terjadi akibat jangkitan tiga spesis cacing halus: Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan Brugia timori. Nyamuk ialah perumah bagi tiga spesis cacing halus ini melalui suntikan ke kulit kita.

 

 

Cacing halus ini kemudian menyerang saluran sistem limpa. Sistem limpa bertugas membuang toksin yang diangkut oleh cecair limpa. Kalau cacing ni kacau laluan limpa, cecairnya akan berkumpul dan mula membengkak.

 

Anggota badan yang biasa cacing ini menyerang ialah bahagian sendi seperti lengan dan kaki. Bahagian testis dari organ pembiakan lelaki dan payudara juga menjadi ‘mangsa’ cacing parasit ini. Kawasan jangkitan mula membesar dan menghitam. Ada kes pesakit alami demam dan kesejukan.

 

Elephantiasis biasa terjadi di kawasan tropika seperti Amerika Selatan, Afrika, India, dan Asia Tenggara. Seramai 120 juta orang pesakit mempunyai penyakit undut gajah ini. Ya, penyakit ini bukan penyakit biasa! Kita harus peka dengan jangkitan cacing parasit ini.

 

Di Malaysia, jarang pesakit ada kes penyakit undut gajah. Mereka yang berpotensi menghidap penyakit ini ialah mereka yang telah lama tinggal dalam hutan, terdedah dengan serangan nyamuk, dan kurang menjaga kebersihan kawasan.

 

Rawatan hospital je boleh merawat Elephantiasis ini. Kalau korang lama dalam hutan dan ada simptom bahagian badan membengkak dan menghitam, jangan biarkan dan segera ke hospital!

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply