Kalau korang dah tengok Indiana Jones Dial of Destiny yang terbaru di pawagam, mesti korang tau apa artifak yang nak diceritakan ni.

 

Dalam Indiana Jones, artifak ni boleh bawak kita merentas masa ibarat kereta Back to The Future. Tapi hakikatnya, artifak ni boleh dianggap sebagai komputer pertama dunia!

 

Saintis masih tak dapat faham fungsi artifak ni selepas beberapa dekad penyelam menemui artifak ni dari bangkai kapal Antikythera pada 1900 hingga 1901.

 

X-ray pada tahun 1970-an dan 1990-an mendedahkan bahawa artifak ni mesti ikut gerakan langit. Artifak ni boleh menjejak laluan Matahari, Bulan dan planet dengan tepat.

 

Saintis menggelarnya sebagai “komputer Yunani kuno.” Ada juga yang mendakwa ni artifak makhluk asing.

 

Pada 2006, Mike Edmunds dari Universiti Cardiff di Wales dan pasukannya menerbitkan imbasan CT yang mendedahkan lebih banyak maklumat tentang artifak ni.

 

Artifak yang menyerupai jam ni boleh paparkan masa cakerawala, matahari, bulan, bintang-bintang dan 5 planet yang boleh dilihat dengan mata kasar iaitu Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal.

 

Susah sebenarnya saintis nak kaji sebab hanya ada sebahagian sahaja yang ditemui dan sebahagian lagi mungkin musnah atau masih ada di dasar laut.

 

Antara bahagian Antikythera yang hilang ialah bahagian yang jadi penunjuk planet.

 

Antikythera ni mungkin berasal dari Pulau Rhodes dan tenggelam dalam perjalanan. Antikythera ni mungkin dicipta oleh Posidonius yang buat model langit yang serupa pada abad pertama SM.

 

Cicero, bangsawan Rom ada tulis tentang alat gangsa yang dibuat oleh Archimedes. Mungkin juga itu ialah Antikythera ciptaan Archimedes sepertimana yang dipaparkan dalam filem Indiana Jones.

 

Mungkin juga penciptanya ialah Hipparchus, seorang ahli astronomi yang mengkaji matematik di sebalik Antikythera. Beliau terkenal membuat ramalan berasaskan aritmetik orang Babylon dengan teori geometri yang disukai oleh orang Yunani.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Ketahui lebih lanjut berkenaan tokoh-tokoh sains bersama THE PHYSICISTS ODYSSEY di: https://bit.ly/ThePhysicistOdyssey


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply