Barat selepas kebangkitan daripada zaman gelap, mereka mencatatkan pencapaian demi pencapaian yang sungguh mengagumkan dunia. Bila admin FJ begitu giat menulis tentang penerokaan angkasa, dan salah satu daripadanya ialah tragedi yang menimpa kapal angkasa Challenger, maka saya tertarik untuk naikkan kembali artikel yang pernah saya nukilkan ini, dengan sedikit penambahbaikkan.
Seperti mana nama kapal-kapal angkasa yang pernah dibina oleh NASA yang diambil sempena dengan kapal-kapal terkenal ketika Zaman Penerokaan yang digerakkan oleh Barat secara besar-besaran, maka penerokaan yang dibuat oleh Challenger turut diambil oleh NASA dengan menyematkan pada salah satu daripada kapal angkasa mereka.
Trend ini turut dapat dilihat pada Shuttle Discovery yang turut mengambil alih sempemna nama HMS Discovery. Shuttle Endeavour mengambil pula nama HMS Endeavour yang menjelajah Pasifik Selatan. Atlantis yang mengambil nama sempena dengan kapal RV Atlantis manakala kapal Columbia pula mengambil nama sempena dengan nama kapal peneroka Columbia pada zaman emas penerokaan dahulu.
Tetapi apa yang istimewanya tentang nama Challenger ini ya? Inilah yang saya mahu berkongsi dengan semua. Ekpedisi Challenger yang bertarikh pada 1872-76 Masihi sebenarnya ialah sebuah ekpedisi hebat yang menetapkan banyak asas dalam ilmu sains hari ini terutamanya dalam bidang oseanografi. Insan yang menjadi pencetus kepada ialah Charles Wybille Thomson dari University Of Edinburgh dan Merchiston Castle School dari Royal Society of London. Kapal HMS Challenger yang digunakan dalam ekpedisi ini dikatakan dilengkap dengan alat-alatan makmal yang sempurna berdasarkan teknologi ketika itu.
Maka sejarah pun bercerita bahawa ketika kapal ini memulakan perlayaran dari Portsmouth, England pada 21 Disember 1872, maka ianya adalah permulaan kepada sebuah penerokaan yang sangat hebat. Dari Portsmouth, maka kapal HMS Challenger dalam ekpedisi ini telah melakukan perlayaran sejauh 127 580 Kilometer. Sepanjang perlayaran yang maha panjang itu, kapal ini telah melakukan beberapa penemuan seperti 492 pengkuran kedalaman lautan, 133 kerja mengorek dasar laut, 263 buah kerja pemerhatian suhu air, melakukan penemuan sekitar 4717 spesies baru lautan.
Antara kejayaan hebat ekpedisi Challenger ini ialah penemuan dasar laut yang merupakan antara terdalam di dunia di sekitar Pulau Guam dan Palau. Dasar laut itu dinamakan sebagai Challenger Deep. Kru kapal tersebut berjaya mengukur kedalaman Challenger Deep sedalam 8184 meters. Ukuran moden pula mengatakan bahawa kedalaman Challenger Deep sebenarnya ialah 10 994 meter. Kemuncak daripada ekpedisi ini sehingga ada yang mendakwa bahawa asas-asas ilmu oceanografi hari ini dimulakan oleh Ekpedisi Challenger.
Menarik bukan?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih