Baru-baru ni tular pasal kenyataan Johan ‘Jojo’ Ghazali, prospek Muay Thai negara yang kata Muay Thai lebih “real” berbanding Silat Olahraga dalam konteks pertandingan sukan.

Tapi yang peliknya, benda ni mengundang kecaman daripada netizen.

Sebenarnya ada logiknya mengikut kata-kata Jojo ni. Lagipun dia hanya melihat dari konteks Silat Olahraga, bukannya silat yang sebenar-benar silat.

Eh ada beza ke Silat Olahraga ni?

Mestilah ada. Silat olahraga merupakan konsep yang diwujudkan bagi para pesilat bertanding mengikut peraturan supaya perlawanan jadi lebih adil dan selamat.

Para pesilat kena kutip mata melalui serangan seperti tumbukan, sepakan, kuncian, sapuan ataupun jatuhan. Setiap permainan akan diadili oleh seorang pengadil dan beberapa orang juri.

Pendek kata, Silat Olahraga ni taklah se”brutal” sampai boleh bawak mati bila bertanding.

Kalau kita nak cerita pasal Silat, Silat ni pun dah banyak cabang-cabangnya.

Di Malaysia, terdapat lebih kurang 150 jenis silat yang bernuansakan unsur semula jadi seperti flora dan fauna yang sangat dipengaruhi oleh animisme Melayu kuno.

Salah satunya adalah silat harimau yang menggabungkan pergerakan manusia dan serangan harimau.

Malah, silat juga berkembang sebagai seni mempertahankan diri yang merangkumi aspek fizikal dan spiritual.

Bentuk silat tertua yang masih wujud, Silat Tua (‘silat kuno’) yang berakar kuat dalam animisme berasal dari Pattani dan mengikut legenda tempatan, ia pernah diamalkan oleh Hang Tuah sendiri.

Apabila kebangkitan Islam pada abad ke-15 di bawah Kesultanan Melaka, falsafah Islam dan unsur-unsur tasawuf turut diserap dalam silat.

Berdasarkan data dari tahun 1975, terdapat 265 gaya Silat di Malaysia. Antara yang femes ialah Silat Seni Gayung, Seni Silat Cekak dan Seni Silat Lincah.

Silat Seni Gayung ni merupakan gaya gabungan yang menggabungkan unsur Silat Melayu dan gaya pertarungan Bugis.

Seni Silat Cekak pula asalnya dikembangkan di Kedah dan diamalkan oleh panglima kanan tentera Kedah dalam peperangan menentang Siam.

Silat Lincah pula dikatakan berasal dari satu lagi gaya lama Melaka yang dipanggil Silat Tarah, kononnya diamalkan oleh Hang Jebat. Silat Lincah ni menekankan pergerakan agresif dalam bertahan dan menyerang.

Jadi, apa pendapat korang? Silat lebih bagus dari Muay Thai?

Oleh: Azizul Farhan

___

Benda-benda yang korang jumpa di platform-platform media sosial ni betul ke semuanya berkaitan sejarah Melayu atau ia direka semata-mata?

Inilah masanya untuk korang dapatkan JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU I dan II untuk betulkan semula pandangan korang!
https://shope.ee/6ALDx8GYPJ
https://shope.ee/4Aa9ZToIe2


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply