Peristiwa Dunkirk yang kita kenali ialah satu operasi menyelamatkan 338,000 askar British dan Perancis dari di Dunkirk, Perancis yang berakhir pada 4 Jun 1940. Tahu tak korang, ada sebuah peristiwa yang mirip Dunkirk turut berlaku di Tanah Melayu.

 

Malayan Dunkirk, berlaku pada hujung Januari 1942 di Pantai Punggur dalam Pertempuran Senggarang. 2000 tentera British berjaya diselamatkan oleh pasukan Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Leftenan Ibrahim Alla Ditta yang dianugerahkan pingat Military Cross oleh King George VI, Leftenan Yazid Ahmad, 2nd Leftenan Mohd Ali Sharakat antara yang memainkan peranan sangat penting dalam membantu tentera British dalam Pertempuran Senggarang.

 

16 Januari 1942, pihak Jepun semakin mara sehingga ke Muar dan Batu Pahat. Batalion British dihantar ke Batu Pahat untuk menghalang kemaraan Jepun. Tapi mereka gagal.

 

Batalion bantuan dihantar oleh British ke Batu Pahat. Pertempuran berlaku dari 18 Januari hingga 23 Januari apabila Jepun berjaya mara ke sungai di utara Batu Pahat. British tukar kedudukan baru untuk tutup semua jalan pantai yang penting.

 

25 Januari, situasi semakin buruk dialami British dan British tak berjaya mempertahankan Batu Pahat. Arahan diterima supaya mengosongkan tanah besar Malaya dan berundur terus ke Singapura. Pengunduran bermula pada petang sehingga jam 10 pagi keesokkan harinya, Batalion British tiba di Senggarang, 15 batu di selatan Batu Pahat.

 

Halangan dengan menutup dan membakar jalan yang dilakukan British hanyalah usaha sia-sia selepas Jepun terus mara mengejar askar-askar British dari belakang.

 

Komander Briged takde pilihan lain. Beliau arahkan semua artileri dan kenderaan bermotor dimusnahkan dan kesemua askar perlu berundur dengan berjalan kaki.

 

Bentuk muka bumi paya bakau, parit dan paya menjadi mimpi ngeri kepada askar British yang keletihan untuk terus berundur. Mereka tiba di sebatang sungai namun tak mampu untuk menyeberang. Briged yang ketika ini dibawah perintah Leftenan Kolonel Morrison mengarahkan semua berpusing ke barat dan akhirnya tiba di pantai.

 

Ramai askar British yang tersesat dan terkeluar dari formasi menyertai Batalion British ke pantai. Jumlah tentera yang berundur bertambah sekitar 1500 orang. Kolonel Morrison berjaya hubungi Tentera Laut. 2 malam kemudian, kesemua askar British diselamatkan oleh HMS Scorpion dan HMS Dragon Fly dan berlayar ke Pelabuhan Singapura pada awal pagi 29 Januari 1942.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

PERANG DUNIA KEDUA ni konflik antarabangsa yang paling berdarah dalam sejarah. Korang boleh baca buku PERANG DUNIA KEDUA ni dan mudah didapati di link shopee ni: https://bit.ly/perangduniakedua


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply