Pengalaman pahit menyebabkan ramai ibu bapa hari ini lebih cakna pada sesuatu masalah. Tidak boleh dinafikan – media siaran, cetak dan sosial telah merencanakan satu dimensi baharu. Apa yang menjadi norma pada tahun 1970-an dianggap teruk 20 tahun kemudiannya. Dan apa yang menjadi kebiasaan pada tahun 1990-an tidak lagi diamalkan pada hari ini.

Ambil satu contoh: zaman dulu kanak-kanak selamba jalan kaki seorang diri. Kes culik yang berlarutan mempengaruhi tanggapan umum sekarang sampai jalan kaki seorang diri sudah dilihat dengan elemen bahaya.

Jadi kalau baca apa-apa pasal “bayi dihantar melalui pos”, jangan cepat hakimi. Itu memang norma zaman dulu, terutamanya di Amerika Syarikat. Pada zaman sebelum Perang Dunia Pertama, dunia lebih tertumpu sebelah Eropah. Pengaruh Amerika Syarikat memang ada. Cuma segala kiblat diplomasi dan percaturan geopolitik tiada dalam tangan White House. Tambah pula Woodrow Wilson berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Amerika Syarikat tidak masuk dalam Perang Dunia Pertama.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Pada zaman ini, Amerika Syarikat sudah lengkap dengan infrastruktur kereta api bergerabak yang banyak membantu dari segi perindustrian. Kereta api memudahkan pengangkutan penumpang dan kargo. Jadi Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (USPS) menguji kebolehan untuk menghantar barangan (parcel postage). Puas hati, mereka melancarkan perkhidmatan pos barangan pada 1 Januari 1913 (Gallagher, 2020).

Faham-faham sajalah akal orang Amerika Syarikat. Asal nampak peluang saja, mesti cari jalan punya. Pihak USPS dibayar untuk menghantar keranda (malas ambil tahu jika ada isi atau kosong), telur, anjing dan kanak-kanak. Begitu ramai kanak-kanak dipos sampai pihak perkhidmatan tidak tahu siapa yang pertama.

Ini gambar lakonan sahaja. Konsepnya jelas.

Tengok dalam rekod, budak pertama adalah seorang bayi yang dipos Jesse Beauge daripada Glen Este yang terletak dalam negeri Ohio. Destinasi anak ini adalah ke rumah neneknya, yang dalam lingkungan 1.6 kilometer jauh. Tambang pengeposan adalah AS$0.15 (nilai sekarang: AS$4.16)… tetapi Jesse bayar insurans sebanyak AS$50 (nilai sekarang: AS$1,387.04). Kalau fikir logik, memang menjengkelkanlah harga anak hanya AS$1,391.20 ikut nilai sekarang. Paling merisaukan, pihak USPS tidak simpan rekod untuk mengesahkan yang anak Jesse sampai ke destinasi

Lokasi Jauh Tidak Menjadi Penghalang

Perjalanan 1.6 kilometer tidaklah begitu membimbangkan. Mungkin tuntutan kerja menghalang Jesse Beauge untuk menemani anak sampai destinasi. Tetapi ada keluarga yang pos anak jauh daripada 1.6 kilometer. Edna Neff dipos daripada Pensacola ke rumah bapanya yang terletak di Christianburg. Masalahnya, Pensacola di Florida. Christianburg pula di Virginia. Jarak mencecah 1,100 kilometer.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Edna tidak dibungkus dalam kotak. Sebaliknya, beliau dibiar berjalan macam biasa… cuma ikut sistem macam penghantaran barangan. Begitu juga dengan May Pierstorff yang dihantar daripada Idaho pada tahun 1914 (Hendrix, 2017).

May Pierstorff

May siap dilekat setem pada bajunya dan macam biasa, tiada siapa tahu jika May selamat sampai di destinasi. Rekod simpanan tidak lengkap untuk tahu secara lanjut.

Melihat segala risiko, pihak USPS akhirnya membuat peraturan yang mereka takkan lagi pos manusia – budak atau dewasa. Tetapi macam biasa, peraturan ini tidak menjadi penghalang. Ada saja orang yang sengaja label benda lain tetapi pos manusia juga. Paling keji pada tahun 1980, William DeLucia label diri sebagai “Alat Muzik” tetapi keluar kotak selepas pesawat kargo berlepas.

Beliau membawa tangki oksigen dan makanan untuk mencuri barangan kargo sebelum bungkus diri balik dalam kotak.

RUJUKAN:

Gallagher, W. (2020). A Brief History of the United States Postal Service. The Smithsonian Magazine.

Hendrix, S. (2017, May 24). Mail that baby: A brief history of kids sent through the U.S. postal service. The Washington Post.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply