Baru-baru ini, sekumpulan pakar arkeologi China menemui dua patung Buddha bersaiz kecil yang diperbuat daripada tembaga era Dinasti Han Timur. Mereka percaya dua buah patung ini dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.
Salah satu daripadanya ialah Shakyamuni yang menunjukkan Buddha berdiri di atas sebuah platform. Sementara satu lagi patung ialah untuk Lima Tathagatas yang merujuk lima kualiti Buddha pertama. Ia lebih tua 200 tahun daripada patung Buddha terawal yang ditemui sebelum ini. Disebabkan ia dibuat mengikut gaya Gandhara, tidak mustahil ia sezaman dengan artifak-artifak Buddha yang ditemui di Taxila, Pakistan beberapa tahun sebelumnya.
Patung-patung ini ditemui di barat laut wilayah Shaanxi – lokasi sama ten.te.ra terakota bersaiz manusia ditemui pada 70-an. Ekskavasi yang dijalankan dari Jun tahun lepas hingga November tahun ini menemui 3,648 buah makam lama dari era Negeri-Negeri Berpe.ra.ng (Wa.rr.ing States) hinggalah Dinasti Qing. Ia dijalankan di kawasan perkuburan Hongduyuan di utara Chang’an (kini Xi’an) – bekas ibu kota untuk Dinasti Han dan Dinasti Tang.
Menurut ahli arkeologi Li Ming yang mengetuai projek tersebut, perkuburan tersebut merupakan perkuburan berprofil tinggi yang hanya boleh diatasi oleh makam maharaja China. Ini kerana kebanyakan yang dikebumikan di sini ialah kerabat diraja, pegawai kanan istana dan bangsawan-bangsawan – di mana semuanya direkodkan dalam buku-buku sejarah.
Setakat ini, lebih 16,000 buah artifak berjaya dikeluarkan termasuk dua patung Buddha yang dinyatakan. Lima Tathagatas merujuk kepada lima kualiti Buddha pertama iaitu Aksobhya, Amitabha, Amoghasiddhi, Ratnasaṃbhava, dan Vairocana Sementara Shakyamuni pula merujuk kepada perlambangan tradisional Shakyamuni Buddha – satu tangan memegang mangkuk sementara satu lagi tangan menyentuh tanah. Pakar arkeologi percaya patung-patung ini hanya muncul selepas era Kerajaan Ke-16.
Selain dua buah patung Buddha ini, Li Ming dan rakan-rakan pengkajinya turut menemui lebih 80 buah cermin yang diperbuat daripada gangsa. Walaupun ia telah ditanam bersama pemilik mereka lebih 2,000 tahun lalu, ia masih boleh memantul imej dengan baik. Kesemua cermin ini dibuat pada era Dinasti Han Barat dengan setiap cermin berukuran tiga hingga lapan inci.
Kebiasaannya, cermin ini ditanam di sebelah kepala si ma.ti. Salah satu cermin mempunyai inskripsi Cina yang berbunyi jia chang fu gui yang bermaksud rumah kemakmuran. Ini jelas menunjukkan perkuburan Hongduyuan dikhaskan untuk penduduk berstatus golongan atasan menerusi penemuan cermin-cermin unik ini.
RUJUKAN
Liberatore, S. (2021, 13 Disember). Archaeologists uncover oldest Buddha statues ever found in China: 2,200-year-old copper ornaments found during excavation of royal tombs linked to the Eastern Han Dynasty. Daily Mail.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih