Amerika Syarikat boleh tahan gila juga. Selalunya kalau orang tidak sudi membeli, kita kena move on saja. Yalah. Customer always right katakan. Namun dalam dunia korporat, lain pula jadinya: kalau pelanggan enggan beli, heret ke mahkamah dan paksa beli. Lain macam. Itulah drama yang sedang berlarutan antara Elon Musk dan Twitter. Kisahnya secara rasmi bermula pada 4 April tahun ini apabila Musk memiliki saham Twitter sebanyak 9.2 peratus.

Elon Musk.

Mungkin ada yang sangka jumlah saham ini sedikit. Sebenarnya 9.2 peratus adalah banyak. Musk sudah menjadi pemegang saham paling besar dengan jumlah pemilikan ini. Namun itu baru “secara rasmi”. Kalau tengok kronologi secara tidak rasmi, panjang lagi ceritanya. Boleh nampak masalah bermula selepas Donald Trump diharamkan daripada Twitter. Saban bulan Musk mula menaikkan ciapan anti-Twitter tentang isu-isu kebebasan bersuara (Duffy, 2022). Dan pada 27 Mac, Musk mula agresif sampai minta kata putus daripada Twitter:

  • Jual syarikat sepenuhnya kepada aku atau,
  • Aku akan lancarkan platform media sosial baru.

Lapan hari kemudian baru satu dunia tahu Musk sudah menjadi pemegang saham terbesar. Sebaik sahaja semua tahu, bukan main saham Twitter melambung tinggi. Ada percaturan di sebalik tabir dalam kalangan pembesar Twitter. Dan akhirnya Musk dipelawa masuk dalam Lembaga Pengarah. Tetapi ada syarat pula:

  • Musk boleh beli saham lagi. Had sampai 14.9 peratus sahaja.
  • Jangan kritik Twitter secara terbuka.

Musk tidak mahu masuk dalam Lembaga Pengarah. Beliau nekad ingin membeli syarikat sepenuhnya. Pada masa ini, gagasan pro-Trump boleh kata seronok jugalah.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kerana mereka menyangka Musk akan membebaskan Trump seperti yang dijanjikan. Bincang punya bincang, Musk akhirnya membuat tawaran terakhir pada 14 April: AS$54.20 setiap saham, yakni AS$43 bilion (Turner & Adler, 2022). Beliau takkan bayar guna duit sendiri. Sebaliknya beliau memohon pinjaman daripada tujuh gergasi kewangan terkemuka seperti Morgan Stanley dan Bank of America misalnya.

Peperangan Bermula

Ikutkan semua elok saja pada bulan April. Twitter sendiri menerima pinangan Musk. Tetapi proses masih panjang kerana kena buat permohonan pada perbadanan pemantauan bagai. Tengok pada perjanjian, Musk dikehendaki berhenti mengutuk Twitter tetapi macam biasa, beliau melanggar syarat ini (Nover, 2022). Banyak jugalah Musk kutuk:

  • Twitter penuh dengan spambot yang Musk akan buang.
  • Musk akan tukar ibu pejabat Twitter menjadi rumah gelandangan.
  • Musk akan potong gaji beberapa orang terkemuka.
  • Musk mengecam Vijaya Gadde, ketua besar dalam bahagian penapisan dan penguatkuasaan dasar syarikat (company policy).
Vijaya Gadde

Kerana kecaman Musk, ramai dalam kalangan pengguna Twitter menyerang Vijaya Gadde dengan bahasa begitu rasis (Dickson, 2022).  Masalah mula timbul pada 13 Mei apabila Musk mula berdolak dalih pasal hal spambot. Beliau meminta Twitter berlaku telus dulu pasal jumlah pengguna harian. Musk dimaklumkan 5 peratus daripada pengguna harian Twitter adalah pengguna akaun palsu. Atas sebab ini, usaha pembelian terus gagal.

Pihak Musk menuduh Twitter 1) enggan berlaku telus bab akaun palsu dan 2) enggan pecat pekerja-pekerja yang Musk mahu dipecat (Roumeliotis, 2022). Buat masa ini, tiada siapa di luar tahu apa yang betul dan apa yang palsu… melainkan Twitter dengan berani mengheret Musk ke muka pengadilan nekad mahu jual diri.

Tindakan Twitter sebenarnya atas dasar terdesak. Kerana sekarang di hadapan mahkamah, Twitter perlu memberi segala keterangan dan bukti tentang jumlah akaun palsu. Jika enggan, Musk pasti menang bergaya. Satu lagi, Twitter wajib mengemukakan saman. Kerana jika Twitter biar Musk pergi begitu saja, imejnya hancur disebabkan tuduhan akaun palsu ini. Pelabur sedia ada tentu sekali gusar kerana “eh, Musk tak kena saman ni mesti Musk cakap benda yang betul.”

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Dickson, E. (2022, April 27). Elon Musk previews what he’ll do with Twitter: serve up his employees for the far right’s racist abuse. Rolling Stone.

Duffy, K. (2022, April 5). Elon Musk asks Twitter users whether they’d like an ‘edit’button. Twitter’s CEO says results of the poll will be ‘important’. Business Insider.

Nover, S. (2022, April 27). Elon Musk already broke his agreement with Twitter. Quartz.

Roumeliotis, G. (2022, Julai 8). Elon Musk terminating Twitter deal. Reuters.

Turner, G., & Adler, M. (2022, April 14). Elon Musk makes $43 billion unsolicited bid to take Twitter private. Bloomberg.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply