1. Senju Hashirama (TAIK JUDI)

  • Pengasas kepada wujudnya Kampung Konoha setelah pertarungan sengit bersama lawan tradisinya, Uchiha Madara ini adalah seorang kaki judi.
  • Tabiat suka bertaruh, alhamdulillah terjangkit kepada cucu perempuannya, Tsunade.

2. Senju Tobirama (PEMIMPIN RASIS)

  • Seorang adik kepada Hokage pertama ini sangat rasis pada etnik Uchiha di kampungnya.
  • Beliau bertanggungajawab atas sifat kebencian yang melampau di kampungnya kepada etnik Uchiha dan bertindak meminggirkan etnik tersebut dari masyarakat lain.
  • Tobirama juga punca wujudnya jurus berbahaya, Edo Tensei.

3. Sarutobi Hiruzen (PEMAKAN HARTA ANAK YATIM)

  • Mengambil tanggungjawab mengasuh Naruto atas wasiat Hokage ke-4, malah Naruto membesar dalam suasana terasing, tidak mewarisi harta peninggalan ayahnya yang menjawat jawatan Hokage.
  • Lebih mengejutkan ibu-bapa Naruto, Kushina dan Minato ninja hebat yang telah menyelesaikan pelbagai misi dan pastinya upah setiap misi amat lumayan.
  • Harta ibubapa sepatutnya membolehkan Naruto cukup untuk hidup dan membesar dengan selesa dan bukan hanya makan ramen setiap hari.
  • Naruto beruntung kerana pemilik restauran Ramen sudi memberinya ramen percuma ketika Naruto tidak miliki cukup wang membeli ramen.
  • Sering timbul persoalan dari netizen kemanakah rumah Minato dan Kushina? Bukankah ianya patut diwarisi oleh anak mereka iaitu Naruto?

4. Senju Tsunade (PENGAMAL SUSUK)

  • Tsunade adalah satu-satunya Hokage wanita di Kampung Konoha ini terlihat jelita walhal berusia lanjut, ini kerana Tsunade menggunakan jurus ninja agar sentiasa kelihatan awet muda.
  • Tsunade juga mewarisi tabiat kaki judi seperti datuknya Hokage Pertama.

5. Hatake Kakashi (KETAGIHAN HENTAI)

  • Hokage interim yang kelihatan seorang pendiam dan baik ini memiliki hobi aneh iaitu membaca novel lucah 24 jam dalam seminggu.
  • Tabiatnya ini terlampau kronik sehingga membaca novel tidak bermoral tersebut di khalayak ramai dan hadapan muridnya yang bawah umur, malah lebih mengejutkan beliau membaca novel tersebut di hadapan anak muridnya yang berjantina wanita!

6. Uzumaki Naruto (PENGAMAL NEPOTISME)

– Ketika menjawat jawatan idamannya, Naruto membawa kenalan-kenalannya didalam barisan kabinet .

Artikel dinaikkan selepas mendapat keizinan daripada penulis asal, Aidil Azlan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.