Hamba dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “slave”. Sekali dengar bunyinya sangat hampir dengan Slavs yang mendiami wilayah Eropah Timur. Sebab itu ada yang cakap perkataan “slaves” sebenarnya berasal daripada Slav.

Betul ke?

Semasa orang Islam menduduki Semenanjung Iberia pada abad ke-9, ramai orang Slav telah dijadikan hamba. Tujuan utama orang Slav dijadikan hamba adalah kerana deme kuat dan jujur.

Kalau ada perang je, orang Islam Iberia memang suka bawa orang Slav. Ada juga beberapa orang Slav yang berjaya menjadi pegawai tentera setelah menunjukkan potensi dalam perang.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ketika abad ke-10 pula, Otto The Great telah menawan begitu ramai orang Slav dan menjual mereka sebagai hamba. Dua kenyataan menjadi bukti bahawa perkataan “slave” berasal daripada Slav.

Tapi masalahnya orang Slav ni dianggap suka buat kacau dalam empayar Byzantine. Malah semasa pemerintahan Maharaja Justinian, orang Slav bagi kali serang Byzantine. Boleh dikatakan Slav ni macam orang gasar lah. Jadi mustahil deme yang ganas gini boleh jadi hamba.

Senang cerita, persamaan yang wujud antara “slave” dan Slav hanyalah satu kebetulan je. Sebab “slave” dikatakan berasal daripada perkataan slovo yang bermaksud “orang yang boleh dengar cakap kita”.

Ada juga yang cakap slave berasal daripada perkataan Indo-Eropah kuno iaitu slaous yang bermakna “orang”.

 

 

Buku HUJAN EMAS DI TANAH SLAVIK akan membuka mata korang pasal warna-warni Slavisme yang begitu berbudaya. Link Shopee buku ni di sini: https://bit.ly/slavikshopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply