Tatkala usaha menghasilkan penawar dan vaksin Covid-19 giat dijalankan di seluruh dunia, ada sahaja LEMBU… Ya, lembu yang bersikap perkauman terhadap orang lain dalam aspek pengujian dan penghasilan vaksin.

Lembu yang dimaksudkan penulis ialah dua doktor ternama Perancis yang mencadangkan pengujian vaksin ke atas orang-orang Afrika yang fakir dan miskin serta menjadikan benua berkenaan sebagai makmal besar untuk menguji keberkesanan vaksin Covid-19.

Cadangan ini diutarakan oleh Jean-Paul Mira, ketua unit rawatan intensif Hospital Cochin di Paris dan Camille Locht, pengarah penyelidikan Institut Penyelidikan Kesihatan dan Perubatan Kebangsaan Perancis (INSERM). Kedua-duanya tampil dalam satu segmen rancangan yang disiarkan stesen televisyen Perancis LCI.

Dalam segmen itu, Mira berkata, “Jika saya mengutarakan idea provokatif ini, patutkah kita lakukan ujian vaksin Covid-19 di Afrika di mana tiada topeng, tiada rawatan dan tiada ICU? Ia seperti apa yang kita lakukan berkenaan AIDS. Kita cuba lakukan terhadap pelacur-pelacur kerana mereka amat terdedah dan tidak melindungi diri mereka.”

Locht bersetuju dan menambah, “Betul. Kami sedang memikirkan untuk membuat kajian sama di Afrika dengan menggunakan pendekatan sama dengan plasebo BCG (individu yang ada suntikan BCG dilihat tidak mudah dijangkiti Covid-19). Kami akan memikirkan kemungkinan tersebut dengan serius.”

Sekarang, jika anda merasa kenyataan dua doktor jahanam ini satu gurauan, boleh lihat sendiri video di bawah:

Sejak petikan video itu muncul di laman media sosial, kedua-dua Mira dan Locht menerima kecaman hebat baik orang ramai mahupun tokoh-tokoh terkenal. Misalnya, Senator Val-d’Oise dari Parti Sosialis Perancis Rachid Temal menyifatkan melayan orang-orang Afrika bak tikus makmal membuatkannya rasa nak muntah.

Figure 1: Komen Rachid Temal terhadap dua doktor keparat ini.

Sementara bekas penyerang Marseille dan Chelsea, Didier Drogba pula menyuarakan kecaman keras terhadap Mira dan Locht. Beliau menyifatkan kedua-duanya mempunyai sikap perkauman yang menebal dan menggesa menghentikan melabel Afrika sebagai sebuah makmal besar.

Figure 2: Ciapan Drogba berkenaan pandangan perkauman Mira dan Locht.

Kemarahan orang ramai terhadap dua figura ini menyebabkan beberapa pihak terpaksa menjelaskan pendirian mereka. Kumpulan penyelidikan INSERM menggelar perkara tersebut sebagai berita palsu dan menegaskan usaha vaksin Covid-19 ketika ini sedang giat dilakukan di Australia dan Eropah.

Tambah kumpulan itu lagi, jika ujian vaksin dibuat di Afrika, ia akan dibuat selari dengan dua benua berkenaan dan menyifatkan ia satu usaha global dalam memerangi wabak Covid-19. Namun, ia masih belum menjelaskan komen rasis yang dibuat Locht dalam segmen LCI itu.

Semasa artikel ini ditulis, INSERM masih belum membuat sebarang kenyataan terhadap isu ini. Manakala Mira pula menafikan dirinya seorang rasis dan menyifatkan pandangannya itu disalahtafsir ramai. Namun, beliau pada masa sama memohon maaf sekiranya pandangan itu mencetuskan kontroversi.

Yang pasti, usaha pengujian dan penghasilan vaksin Covid-19 ialah usaha kolektif semua pihak. Tidak perlu label perkauman sebegitu rupa. Ini kerana Covid-19 menjangkiti mangsanya tanpa mengira agama, fahaman politik, status kekayaan, kaum atau umur.

Dan perkara terakhir yang dimahukan ialah bila ada yang bersikap mementingkan diri sendiri dan rasis menjejaskan usaha kolektif ini.

RUJUKAN:

BBC. (2020). Coronavirus: France racism row over doctors’ Africa testing comments. https://www.bbc.com/news/world-europe-52151722

RFI. (2020). French medical experts slammed over ‘racist’ comments on Covid-19 testing in Africa. http://www.rfi.fr/en/africa/20200403-french-medical-experts-caught-slammed-over-racist-comments-on-covid-19-testing-in-africa


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.