Bayangkan, anda ialah pengarah bahagian AI di syarikat teknologi paling berpengaruh dunia. Tugas anda? Membina sistem AI yang canggih, efisien, dan mampu menjimatkan kos.
Tapi beberapa bulan kemudian, anda terima surat yang anda dipecat. Dan tempat anda akan diganti… oleh AI.
Inilah yang berlaku kepada Gabriela de Queiroz, bekas Pengarah AI untuk Microsoft for Startups. Beliau antara lebih 6,000 kakitangan yang diberhentikan dalam pusingan terbaru pemotongan tenaga kerja Microsoft.
Ironinya, ini berlaku dalam masa yang sama Microsoft mengumumkan peningkatan besar dalam pelaburan AI termasuk $80 bilion untuk infrastruktur dan pembangunan AI menjelang tahun fiskal 2025.
Microsoft bukan satu-satunya. Meta, Amazon, Google semua sedang lalui fasa yang sama. Automasi, chatbot, sistem penjana kod, agentic AI dan semuanya bukan lagi “masa depan”, tapi realiti hari ini.
Di Microsoft sendiri, CEO Satya Nadella mendedahkan bahawa sehingga 30% daripada kod dalam projek syarikat itu kini ditulis oleh AI. Bukannya manusia.
Sektor yang paling awal terkesan ialah bidang teknikal dan pengaturcaraan. Ramai fikir, kalau kita kuasai AI, kita selamat.
Tapi kes Microsoft ni tunjuk realiti yang lebih kejam: kadang-kadang, kita bina sistem yang akhirnya menggantikan kita sendiri. Ini bukan lagi teori. Ini keputusan korporat yang boleh jimat kos, naik produktiviti dan minimumkan risiko.
Sebab tu makin ramai pakar mula bersuara: pekerjaan sektor formal akan makin sempit. Bila AI boleh buat kerja lebih cepat, tepat, dan tanpa cuti, syarikat takkan ragu untuk tukar manusia dengan mesin.
Itu logik bisnes. Dan yang tak bersedia, akan ditinggalkan.
Soalnya sekarang, apa yang tinggal untuk manusia? Jawapannya ialah adaptasi. Kita kena ubah cara kita lihat AI. Bukan sebagai pesaing semata, tapi sebagai alat.
Dalam dunia baru ini, AI bukan ganti kita tapi kita kena pandai guna AI untuk jana hasil. Buat servis. Bina produk. Urus klien. Dan akhirnya, AI akan jadi pekerja kita, bukan sebaliknya.
Realitinya memang pahit tapi siapa yang faham, dia akan dan kena juga cari jalan. Yang lain, akan terus tanya “kenapa kerja makin susah nak dapat?”
Siapa sangka dalam dunia yang kita cipta, kita pula yang bakal disingkir kalau tak sempat ikut rentaknya. Begitulah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.