Bila kita fikir pasal dinosaur, rata rata daripada kita akan bayangan dinosaur macam dalam filem Jurassic Park, tapi hakikatnya tak banyak dinosaur ni kulit bersisik macam biawak. Kulit dia sepatutnya berbulu pelepah macam burung sebab burung ni cucu cicit diorang. Ya, burung tu sebenarnya dinosaur. Tak percaya cuba tengok kaki burung unta ada tak rupa kaki dinosaur.

Benda ni mula disedari bila saintis buat kajian DNA haiwan reptilia dan mereka mendapati, burung dan buaya dianggap sebagai haiwan paling dekat sekali dengan dinosaur. Burung walaupun rupa dia tak sama macam biawak dan kura kura, dia sebenarnya sejenis reptilia. Sebab tu taik dia pun warna hitam putih macam cicak.

Cumanya, dulu saintis fikir dinosaur yang berbulu pelepah macam burung ni tak banyak. Benda ni berubah bila saintis di China terjumpa tapak arkeologi gunung berapi zaman dinosaur dulu. Macam Pompeii yang terpelihara artifak arkeologi dia sebab lava gunung berapi, benda yang sama jadi pada kawasan China ni. Jadi, diorang terjumpa banyak dinosaur yang sangat terpelihara fosilnya dan kebanyakannya ada bulu pelepah, termasuk dinosaur keluarga T-rex diorang jumpa!

Jadi benda ni sekaligus buat saintis dan arkeologis fikir balik, yang kebanyakan dinosaur rupa dia macam burung sebenarnya, bukan macam biawak jalan dua kaki.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply