Sedar ke tidak, beberapa diet Yahudi kalau kita tengok, dekat dah dengan Islam.

Apa nak pelik? Sesama agama samawi memang ada sikit persamaan. Yang jauh beza pada akidah sahaja. Yahudi sebenarnya agak cerewet bab makan. Bukan main bedal je. Rujukan diorang, kitab Torah. Orang Islam percaya kitab suci ini telah diubahsuai daripada kitab Taurat yang asal. Ikutkan orang Yahudi betul, diorang tak makan arnab dan babi. Ikan pulak kalau takde sisik atau sirip pun tak boleh. Rugi jugak tu, ikan keli goreng sedap kot. Sup belut lagi la terangkat. Burung pemangsa macam helang dan hering juga diharamkan. Replitia pun sama. Pengharaman ini diriwayat dalam 11th chapter of Leviticus. Macam Islam, reptilia yang makan bangkai seperti biawak yang ada kat negara kita dikira haram.

Punyalah cerewet, perkakas meja makan diorang mestilah tidak bercampur dengan bukan Yahudi. Sudu, garpu dan pisau terutamanya supaya tak terselit dengan jenis daging yang dilarang. Kalau kat Johor, ada sup tetel iaitu lemak lembu masak sup. Biasa campur dalam mee rebus atau dimakan begitu sahaja. Kalau Yahudi, diorang tak boleh makan ni. Pedal kambing dan lembu pun tak boleh. Tendon yang kat thigh pun haram. Padahal bahagian sedap tu. Larangan ni ada dalam 33d chapter of Genesis.

Islam dan Yahudi sama-sama menghukum darah sebagai najis. Binatang yang tak disembelih pun takkan disentuh. Kalau Islam ada kaedah sembelih korban, Yahudi ada tatacara Kosher. Tukang sembelih diorang mestilah mendapat tauliah daripada Rabbai. Barulah trusted. Islam melarang pisau tajam ditunjuk depan binatang korban. Yahudi pun serupa. Lembu atau kambing yang ketakutan masa disembelih akan dikira haram bagi Yahudi. Pasal lepas kosher sembelih, diorang kena check ada tak darah beku dekat jantung. Pasal haiwan kalau ketakutan, peredaran darahnya boleh terganggu.

Islam mengharamkan seksaan kepada haiwan korban. Yahudi pula mengharamkan mana-mana anggota tubuh haiwan yang hidup daripada dipotong. Kalau potong jugak, tak boleh makan. Kalau Islam menyuruh ihsan kepada haiwan dengan tidak boleh menyembelih anak lembu di hadapan ibunya, Yahudi pula melarang ibu dan anak lembu disembelih pada hari yang sama. Lepas sembelih, darah yang membasahi lantai tu kena ditabur pasir. Rujukannya Leviticus chapter xvii. Verse 13. Diorang punya ketat, kalau haiwan tu masa hidup ada tulang patah, pun tak boleh makan. Pasal diorang punya syadid takleh makanan ada darah, daging sembelihan akan direndam dalam garam selama sejam. Lepastu baru letak dalam periuk supaya darah keluar. Nak jaga takde darah, diorang hanya makan daging yang telah dipanggang.

Ikut catatan Islam, Nabi Ya’qub sebenarnya mengharamkan anak-anak Yahudi daripada makan daging unta dan susunya. Sebab ni dikatakan, nak tau spesis Yahudi yang disumpah jadi tikus; tikus tu takkan minum susu unta. Merujuk Exodus chapter xxii verse 19, Yahudi tak boleh makan daging, susu dan keju pada waktu yang sama. Jadi, bekas yang digunakan memasak daging takkan diguna untuk menyimpan susu. Tak boleh ada percampuran. Daging dan ikan juga tak boleh makan sekali. Tapi biasa dalam buffet, Yahudi ni main ngelat. Lepas makan daging, diorang akan makan buah atau roti sikit, baru makan ikan. So logik diorang, ni bukan dimakan waktu yang sama.

Seperti disebut dalam Surah al-Fatihah, kaum Yahudi ni dimurkai Tuhan pasal suka mengubah-ngubah hukum Taurat. Suka mempermain-mainkan hukum. Rabbai izinkan orang Yahudi minum arak wain. Cuma diorang syadid bab siapa yang buat. Wain buatan Yahudi je yang boleh diminum. Begitu pulak. Dah tu, wain akan dminum pada hari keramaian dan perkahwinan. Ada pulak doa minum wain. Diorang punya rujukan: Psal civ. Verse 15, “That wine maketh glad the heart of man.”

Sebenarnya, banyak pengharaman kepada Yahudi yang berat -berat ni, akan menjadi halal kalau diorang beriman dengan rasul akhir zaman, Nabi Muhammad SAW. Manakala Islam tetap haramkan makanan yang memang mudarat pada manusia macam arak, darah dan babi.

وَعَلَى ٱلَّذِینَ هَادُوا۟ حَرَّمۡنَا كُلَّ ذِی ظُفُرࣲۖ وَمِنَ ٱلۡبَقَرِ وَٱلۡغَنَمِ حَرَّمۡنَا عَلَیۡهِمۡ شُحُومَهُمَاۤ إِلَّا مَا حَمَلَتۡ ظُهُورُهُمَاۤ أَوِ ٱلۡحَوَایَاۤ أَوۡ مَا ٱخۡتَلَطَ بِعَظۡمࣲۚ ذَ ٰ⁠لِكَ جَزَیۡنَـٰهُم بِبَغۡیِهِمۡۖ وَإِنَّا لَصَـٰدِقُونَ﴿ ١٤٦ ﴾

• Abdullah Muhammad Basmeih:
Dan Kami haramkan atas orang-orang Yahudi segala binatang yang berkuku, dan dari lembu dan kambing pula Kami haramkan kepada mereka lemaknya, kecuali (lemak) yang ada pada belakangnya atau yang menyelaputi perkakas dalam perutnya, atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami balas mereka dengan sebab kederhakaan mereka; dan sesungguhnya Kamilah yang benar.

Al-An’am, ayat 146

فَبِظُلۡمࣲ مِّنَ ٱلَّذِینَ هَادُوا۟ حَرَّمۡنَا عَلَیۡهِمۡ طَیِّبَـٰتٍ أُحِلَّتۡ لَهُمۡ وَبِصَدِّهِمۡ عَن سَبِیلِ ٱللَّهِ كَثِیرࣰا﴿ ١٦٠ ﴾

• Abdullah Muhammad Basmeih:
Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah.

An-Nisa’, ayat 160


Cerita pasal makan ni, apa kata jamah pula makanan minda tentang tamadun Yahudi. Dapatkan Kitab Tamadun Yahudi di bit.ly/yahudishopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply