Asia Tenggara pernah bergegar pada 16 Februari 1861. Kalau cakap pasal gegaran, memang Sumateralah lokasinya. Tetapi gempa yang berlaku dijangka mempunyai magnitud sebanyak 8.5 skala Rikter.
Tanah lain yang jauh turut merasainya, contohnya Tanah Melayu yang hanya seberang Selat Melaka.
Semua kampung di pesisiran Kepulauan Batu lµm.at angkara gempa besar ini. Pesisiran pantai Sumatera sepanjang 500 kilometer telah dihen.tam tsunami tujuh meter tinggi. Ribuan nya.wa melayang pada hari Sabtu itu.
Malape.taka dah.syat ini mendapat perhatian saintis. Lama mereka bergelut untuk faham – kenapa gempa ini berlaku? Jawapan yang mudah memanglah pergerakan plat tektonik. Cuma banyak persoalan masih belum terjawab.
Setelah berzaman mengkaji, sekarang mereka sudah ada jawapan. Gempa ini tidak berlaku secara mengejut. Walaupun sudah biasa dengan kejadian gempa, Sumatera sebenarnya mengharungi satu proses perubahan yang panjang.
Gempa pertama menimpa Sumatera pada tahun 1829… tetapi mungkin tidak dirasa. Ia berulangan berkali-kali (juga barangkali tidak dirasa), sampailah hari yang mal.ang itu (gempa besar 1861).
Ada satu benda semua akan salah faham di sini: banyak gempa berlaku antara 1829 hingga 1861. Bukan banyak gempa; satu gempa saja. Untuk memudahkan pemahaman, gempa 1829 adalah gempa sama yang berlaku pada 1861.
Selama 32 tahun, bumi Sumatera tidak berhenti gegar.
Memahami Konsep Luar Biasa Ini
Sebuah bangunan sentiasa mempunyai ris.iko rµntµh. Ris.iko ini akan dinilai terlebih dahulu dengan melihat keadaan semasa. Bangunan yang re.tak seribu tentu sekali akan diutamakan, berbanding bangunan elok.
Proses re.tak itu pula tidak berlaku sekelip mata. Ia mengambil masa agak lama, mungkin tahun mungkin dekad. Jadi persoalannya, bila sebenarnya sebuah bangunan rµntµh? Pada hari kejadian… atau pada hari bangunan mula re.tak?
Analogi ini mungkin berfalsafah. Namun itulah apa yang berlaku. Dalam bahasa saintifik, gempa bumi berlaku apabila tenaga tersimpan (dalam bumi) keluar secara tiba-tiba, disebabkan pergerakan rek.ahan geologi (geological faults). Dalam bahasa mudah, ada bahagian dalam bumi terganggu.
Dalaman bumi Sumatera sudah terganggu sejak 1829 lagi, berterusan sehingga 1861 apabila tenaga tersimpan dihambur secara mengejut.
Jadi “bangunan” sudah ret.ak selama 32 tahun akhirnya ran.ap. Konsep ini adalah “slow-moving earthquake” yang bantu saintis faham tentang cara Bumi bergerak (Tsang, et al., 2015).
Gempa jenis ini melepaskan tek.anan tektonik secara berperingkat… sedangkan “sudden earthquakes” terjadi secara mengejut.
“Slow-moving earthquakes” mungkin jauh lebih merbah.aya. Kerana ia melepaskan tek.anan yang sudah lama terkumpul (Wei-Haas, 2021). Bagaikan seorang yang pendam tiba-tiba melet.µp.
Mungkin Bakal Berlaku Nanti
Seorang pengkaji bernama Rishav Mallick daripada Universiti Teknologi Nanyang Singapura sedang meneliti pergerakan tektonik di bumi Pulau Enggano, bersebelahan Sumatera yang menghadap Lautan Hindi.
Pulau ini semakin tenggelam, satu petanda yang “slow-moving earthquake” sedang berlaku. Mallick menggunakan terumbu karang sebagai sumber penelitian.
Fitrahnya, terumbu karang seperti Porites akan tumbuh tinggi tetapi takkan menyentuh permukaan air. Jika aras laut meningkat, Porites akan tumbuh lagi.
Kalau aras laut turun, bahagian Porites yang keluar daripada air akan ma.ti (dan bahagian lain akan bercambah dan menjadi tinggi). Mudah kata, Porites menjadi pengukur semulajadi dan saksi alam.
Sebelum 1829, Pulau Simeulue tenggelam 1-2 mm setahun (berdasarkan dapatan daripada terumbu karang). Tiba-tiba, pulau tersebut tenggelam sampai 10 mm setahun (menandakan “slow-moving earthquake” sudah bermula). Kenaikan aras laut kekal pada kadar 10 mm/tahun sampailah 1861 apabila gempa besar berlaku.
Memandangkan aras laut di sekitar Pulau Enggano sedang meningkat, saintis tidak pelik jika sejarah berulang.
RUJUKAN:
Tsang, L.H., et al. (2015). A 15 year slow-slip event on the Sunda megathrust offshore Sumatra. AGU Pubs.
Wei-Haas, M. (2021, Mei 29). An earthquake lasted 32 years, and scientists want to know how. National Geographic.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih