Pada 11 Mei lepas, Ratu Elizabeth II mengisytiharkan pembukaan Parlimen. Dalam perasmian yang dilangsungkan sepenuhnya mengikut tradisi warisan Inggeris, terdapat tradisi yang nampak ‘kurang ajar’ jika tidak difahami sejarahnya.

Berbeza daripada sistem Parlimen Malaysia, Singgahsana baginda terletak di House of Lords (Dewan Negara). Maka, sejurus baginda mencemar duli dan bersemayan di situ, baginda akan mengisyaratkan wakilnya untuk pergi ke House of Commons demi memaklumkan para menteri dan ahli-ahlinya supaya datang ke House of Lords untuk sembah menghadap mendengar titah baginda.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Wakil Ratu ini sebenarnya bukan dari Istana mahupun calang-calang sisinya. Jawatan beliau dikenali sebagai Black Rod, sempena cokmar (mace) hitam yang dipegang beliau semasa bertugas. Pejabat yang ditubuhkan sejak tahun 1350 oleh institusi diraja ini dipertanggungjawabkan untuk mengurus segala hal-ehwal Istana Westminster yakni Parlimen UK. Sejak 2018, ia diamanatkan kepada Sarah Clarke, wanita pertama yang menyandang jawatan ini.

Kembali kepada sesi Pembukaan Parlimen, sebelum Black Rod sempat tiba ke dalam House of Commons, pintu tersebut akan dibanting (slammed) secara kasar di depannya, seolah olah kehadiran beliau tidak dialu-alukan. Demi menyempurnakan amanah Ratu, Black Rod ‘terpaksa’ mengetuk pintu House of Commons dengan cokmarnya, meminta izin untuk masuk.Setelah 3 kali ketukan kuat, barulah beliau dibenarkan masuk.

Selepas disampaikan titah Ratu, barulah para menteri dan segala isi House of Commons berganjak daripada tempat duduknya untuk berarak ke House of Lords. Setiap ahli parti penyokong dan pembangkang akan berjalan seiringan bersama sambil bersembang. Sebenarnya mereka dibenarkan membuat ‘bising’ dalam perjalanan. ????

Jadi, apakah yang sebenarnya berlaku? Mengapa House of Commons dibenarkan bersikap ‘biadap’ terhadap wakil Ratu, dan Black Rod ini pulak kena ‘merayu’ untuk masuk? Nak faham adat resam ini, kita perlu korek apa yang telah berlaku di Parlimen pada tahun 1642:

Krisis politik yang melibatkan hubungan antara House of Commons dengan Raja Charles I semakin meruncing. Oleh sebab bertekad untuk menahan 5 ahli Commons tersebut yang dipercayai penghasut utama, pada 4 Januari 1642, baginda bersama-sama para pegawai bersenjata terjah masuk ke dewan House of Commons, namun kelima-lima ahli yang dikehendaki tersebut telahpun menghilangkan diri sejak awal lagi.

Insiden ini menjadi salah satu asbab yang membawa kepada P.erang. Saudara Inggeris (1642–1651).
Peristiwa ini kemudian berubah menjadi sebuah tradisi istiadat yang dinamakan “Royal summons of the Commons to the Lords’ chamber” (Perintah Diraja kepada Ahli Dewan Rakyat untuk ke Dewan Negara). Ia menjadi lambang bahawa House of Commons bebas daripada campur tangan Raja, seiring dengan sistem Raja Berpelembagaannya.

Berbeza daripada zaman permulaannya yang menggunakan perabot besar untuk memecah masuk pintu, ia kini diganti dengan ketukan batang cokmar sebagai lambang dan formaliti sahaja. Tambahan lagi, House of Commons adalah satu-satunya dewan di mana Raja United Kingdom dilarang masuk. Tidak hairanlah mengapa Black Rod pula yang diutuskan ke situ!

Uniknya, upacara ini turut diamalkan di beberapa negara lain yang masih dinaungi monarki UK sebagai alam Komanwel (Commonwealth realm), seperti Kanada, Australia, dan New Zealand, walaupun aturcaranya tidaklah ‘sekasar’ UK seperti babak pembantingan pintu.

Agar dapat lebih memahami istiadat ini, disertakan di bawah beberapa video secara kronologi. Selamat menonton! :

• Filem Cromwell tahun 1970. Lakonan semula insiden Raja Charles I merempuh masuk ke House of Commons.
[Charles I enters the House of Commons]
Medea’s Biggest Fan
https://youtu.be/FFkKm_4FOFE

• Rakaman pertama istiadat pembukaan Parlimen UK. Istiadat bahagian pintu House of Commons dibanting tidak dirakam.
[Queen Opens Parliament Aka State Opening of Parliament (1958)]
British Pathé
https://youtu.be/6GWiQ7b28Ws

• Rakaman pertama istiadat membanting pintu House of Commons sebelum ketibaan Black Rod.
[To Westminster – The Queen – Technicolour (1966)]
https://youtu.be/YQgL6fBJHwo

• Minit 15.56 : Permandangan pintu House of Commons dibanting dari dalam.
[State Opening of Parliament and The Queen’s Speech – 11th May 2021]
UK Parliament
https://youtu.be/JPzcBAMGvgs

• Rakaman penuh istiadat pembukaan Parlimen UK, dengan aksi Black Rod.
[The Queen’s Speech begins ???? The State Opening of the Parliament 2021 ???????? BBC]
BBC
https://youtu.be/M7xeBtnUFEY

• Perihal Black Rod di House of Commons, Australia.
[People of Parliament – John – Usher of the Black Rod]
Parliament of Western Australia
https://youtu.be/wUA5ksb22VM

• Istiadat ketibaan Black Rod di House of Commons, New Zealand.
[Acting Gentleman Usher of the Black Rod]
inthehouseNZ
https://youtu.be/sUy5lH9Ztd4

• Minit 2.25 : Ketibaan Black Rod ke House of Commons, Kanada.
[Speech from The Throne to Open the 43rd Parliament]
cpac
https://youtu.be/J7WRWNVaGKk
.
RUJUKAN:

Chisholm, Hugh, ed. (1911). “Black Rod” . Encyclopædia Britannica. 4 (11th ed.). Cambridge University Press. pp. 24–25.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Semenjak kembali kepada ad-Dīn dan melanjutkan pengajian di Universiti Perguruan Beijing (北京师范大学), kajian Islām di China menjadi penyemarak minatnya terhadap sejarah. Walaupun salasilahnya bersambung daripada Guǎngdōng, China, dirinya lebih giat menyambung titik-titik perpaduan di Nūsantara.

Comments are closed.