Pada era Khalifah Umar Al-Khattab menyaksikan kejatuhan empayar Rom dan Parsi ke tangan kerajaan Islam. Satu demi satu kota ini jatuh ke tangan pasukan Islam. Iskandariyyah di Mesir jatuh, Baitul Maqdis jatuh, Antakiah jatuh, Hirah jatuh dan pelbagai kota Rom dan Parsi tumpas ke tangan pasukan Islam. Parsi satu demi satu tumpas keseluruhannya ke tangan pasukan Islam.

 

Melihat hal ini, pihak penguasa Rom telah mengirim seorang utusan untuk menghentikan sebentar serangan pasukan Islam ini. Utusan ini kemudiannya tiba di Madinah, Ibu negara Kerajaan Islam Khulafa’ Al-Rasyidin. Ibu negara ini baginya tidak seperti sangkaannya, sebuah bandar yang gah dan mewah seperti metropolitan negaranya.

 

Utusan Rom ini kemudiannya berjalan menyusuri kota Madinah ini, bertanya kepada orang sekitar, “Di mana Istananya Raja Umar?”

 

Orang-orang kehairanan, dan bertanya semula “Siapa Raja Umar? “Kami mengenalinya sebagai Khalifah Rasulullah (Penerus Rasulullah SAW).” Ditanya lagi, “Di mana istananya Khalifah Umar?”

 

Orang-orang pun menyatakan bahawa Khalifah Umar tiada istana. Mereka menyarankan agar mencari Khalifah Umar di Masjid. Maka, beransurlah utusan Rom ini ke Masjid Nabawi untuk mencari Khalifah Umar Al-Khattab RAH. Setibanya di sana, dia mengalami kesukaran untuk mengecam siapa Khalifah Umar. Kemudian, dia bertanya lagi, “Yang mana satu Khalifah kalian.”

 

Seorang lelaki menunjukkan bahawa yang sedang tidur tengah hari di bawah pohon tamar berbantalkan lengan itu ialah Khalifah. Kepenatan barangkali. Alangkah terkejutnya utusan Rom ini bahawa di hadapannya itu seorang Khalifah.

 

Seorang yang telah meruntuhkan dua kuasa besar dunia kini sedang nyenyak berbaring di atas pasir yang tiada apa padanya seperti kemuliaan seorang Raja, Kisra mahupun Maharaja. Kemudiannya, utusan itu mengejutkan Khalifah Umar dan menyampaikan hajatnya.

 

Dalam perbualannya dia mengatakan, “Aku tidak pernah takut dengan mana mana raja dan pemerintah di dunia. Dan aku banyak menyaksikan kemuliaan dan kehebatan raja raja. Tetapi, aku tidak melihat engkau (Umar) seperti mereka. Kau telah menaklukkan kerajaan kami tetapi kau masih tidak ada satu kemuliaan seperti Maharaja kami.”

Inilah dia Raja kepada Rom dan Parsi. Walaupun dirinya seorang penguasa hebat, tetap dirinya adalah Umar. Setiap hari beliau menyesali dirinya atas sifatnya dahulu dan menangisi beban pemerintahannya.

 

Semoga Allah sentiasa merahmatimu wahai Khalifah Umar Al-Khattab RAH.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Leave A Reply