Setiap benda bernyαwα akan menemui αjαl. Tiada istilah cepat atau lambat. Tiada maknanya lambat kalau meninggal dunia umur 90 tahun. Malah andainya meninggal berumur 90 jam sekalipun, tiada maknanya cepat.

Apabila datang, maka datanglah. Itulah takdir yang menentukan lama mana kita di sini sebelum ke “sana”. Tetapi itulah benda paling menarik tentang αjαl.

Ia merupakan jendela ke alam yang berada di luar capaian sains. Maka sains tidak pernah jemu mengkaji pasal jendela ini.

Sekalipun orang tidak percaya kewujudan Tuhan… persoalan besar masih ada: mana ‘manusia’ pergi selepas manusia pergi buat selamanya? Malah mana letaknya ‘manusia’ itu sendiri dalam badan?

Banyak persoalan masih belum disingkap untuk jawapan tepat. Akan tetapi, baru-baru ini seorang lelaki berusia 87 tahun sedang menjalani ujian rutin. Lelaki uzur ini mengalami penyakit epilepsi yang menyebabkan sawan secara tiba-tiba.

Sedang elok diperiksa dengan mesin imbasan otak, beliau mengalami serαηgαη jantung dan meninggal dunia. Kira buat julung kalinya, doktor melihat aktiviti otak sebelum dan selepas αjαl. Proses ini berlangsung 900 saat sebelum beliau pergi tetapi berkemuncak dalam masa 30 saat sebelum dan selepas jantung terhenti.

Dalam masa seminit ini (30 saat sebelum dan 30 saat selepas), ada sesuatu yang berlaku. Imbasan otak menunjukkan aktiviti mirip bermimpi atau sedang ingat balik. Ada satu kesimpulan saja di sini: lelaki tersebut sedang ‘nampak balik’ hidupnya.

Benda ini memang sudah diketahui. Sebelum pergi, akan hayati semula seumur hidup… macam rumusan yang melintas lalu dalam masa singkat. Selama ini hanyalah andaian dan spekulasi sahaja… sebab orang yang meninggal dunia tidak boleh berkongsi pengalaman (memanglah tidak boleh).

Tetapi inilah kali pertama saintis mendapat bukti. Dan bukti menunjukkan macam mana ia berlangsung. Sedang elok dalam keadaan “theta” atau “delta”, aktiviti kemuncak ke peringkat “gamma”.

Tengok gambar ini betul-betul

Pengalaman Melangkaui Spesis

Bukan manusia saja yang mengalami situasi imbasan pantas pada ambang αjαl. Sebenarnya manusia paling susah untuk diimbas dalam situasi ini. Pertama sekali, tiada siapa tahu waktu sebenar αjαl. Kedua eksperimen tidak boleh dibuat pada individu-individu yang menjalani hυkυman mαti.

Keputusannya takkan boleh dijadikan sandaran pada situasi αjαl semulajadi. Kerana hυkυman gαηtuηg dan kerusi elektrik akan mengganggu bacaan disebabkan kesαkitan pada saat-saat terakhir. Sυηtikan mαυt pun sama – walaupun nampak pergi dengan tenang, cara ini menyebabkan sαkit melampau mirip tenggelam dalam air (Caldwell, et al., 2020).

Tempat terakhir ribuan orang.

Jadi hanya αjαl secara semulajadi saja terpakai dalam topik ini. Untuk memαtikan manusia secara semulajdi memang banyak halangan etika. Tetapi kalau tikus, tiada siapa peduli.

Jadi sebelum pesαkit 87 tahun meninggal dunia ketika diimbas, saintis sudah menjalankan banyak eksperimen pada tikus makmal yang terbukti mengalami lonjakan theta/delta ke gamma secara mengejut pada ambang αjαl.

Hasil eksperimen ini, saintis menokhtahkan pengalaman imbasan sebegini mungkin biasa dalam kalangan mamalia.

Buat masa sekarang, saintis sedang cuba meluaskan lagi pengetahuan dalam perkara ini untuk memastikan memang manusia sedang mengimbas balik (Baker, 2022)… bukan sekadar mimpi pelik-pelik disebabkan kegagalan sistem saraf.

Apa-apa pun, αjαl sememangnya situasi sangat menarik untuk dikaji secara mendalam. Sumber daripada sisi akidah memang banyak pasal αjαl, menerangkan bahawa ia adalah langkah kedua ke arah Tuhan. Namun sisi sains boleh meluaskan lagi dakapan akidah, yang menguntungkan semua pihak dengan ilmu pengetahuan.

RUJUKAN:

Baker, H. (2022, Februari 28). First-ever scan of a (ditapiskan) human brain reveals life may actually ‘flash before your eyes’. Live Science.

Caldwell, N., et al. (2020, September 21). Gasping For Air: (ditapiskan) Reveal Troubling Effects of (ditapiskan) Injection. NPR.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply