Beberapa bulan sebelumnya, saintis berjaya menghasilkan antena terkecil di dunia dengan menggunakan DNA. Tidak seperti antena yang lebih besar digunakan untuk memancarkan gelombang radio, antena ini bertujuan untuk menyingkap rahsia protein yang sentiasa berubah-ubah.

DNA menjadi pilihan kerana ia 20,000 kali ganda lebih kecil daripada rambut manusia. Selain itu, ia juga mempunyai ciri pendarfluor – isyarat cahaya untuk merekod dan melaporkan kembali maklumat. Isyarat cahaya ini boleh digunakan untuk mengkaji pergerakan dan perubahan protein mengikut masa sebenar.

Protein merupakan molekul yang besar dan rumit yang menjalankan semua tugas penting dalam badan. Ini termasuk menyokong sistem imuniti badan dan mengawalselia fungsi organ.

Tetapi apabila ia menjalankan tugas-tugasnya tanpa berlengah, ia mengalami pelbagai perubahan dari segi struktur – berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Proses rumit ini dikenali sebagai proses dinamik protein. Dan saintis masih tidak mempunyai alat terbaik untuk mengukur proses ini.

Justeru, menerusi antena DNA ini, ia dapat membantu saintis mengetahui proses dan bentuk protein. Dan di sinilah kelebihan antena DNA terserlah iaitu menangkap bentuk protein yang bersifat jangka pendek. Antena yang dihasilkan oleh Universiti Montreal, Kanada ini dilihat boleh digunakan untuk pelbagai jenis aplikasi lain dan bersifat serba guna.

Salah satu aplikasi berpotensi untuk antena DNA ialah mengesan sejenis enzim iaitu enzim fosfatase beralkali. Menurut ahli kimia Universiti Montreal, Scott Harroun, enzim ini banyak dikesan dalam pelbagai penyakit termasuk pelbagai jenis kanser dan radang usus. Pengesanan enzim ini dibuat oleh antena DNA sambil dibantu oleh campuran ubat dan molekul biologi.

Bagi penulis kajian Alexis Vallee-Belisle, kewujudan antena DNA dilihat banyak membantu makmal-makmal di seluruh dunia. Ini kerana kebanyakan makmal menggunakan spektrofluorometer sekaligus membenarkan antena nano ini digunakan untuk mengkaji protein yang dijadikan sebagai fokus kajian. Ini termasuk mengenalpasti jenis terbaru dadah atau batu asas kepada pembangunan teknologi nano seterusnya.

Ketika ini, pasukan saintis Universiti Montreal berhasrat menubuhkan sebuah syarikat baru bagi mengkomersialkan antena DNA. Mereka berharap teknologi ini dapat dimanfaatkan oleh firma-firma lain sama ada firma farmaseutikal atau pasukan penyelidikan saintifik lain.

DNA amat popular sebagai blok binaan untuk pelbagai aplikasi baik dalam bidang saintifik mahupun teknologi. Ini disebabkan kandungan kimia DNA yang mudah untuk diprogramkan dan senang digunakan bila ia siap diprogramkan. Sebelum ini, ia turut dicadang sebagai tempat simpanan data.

Nota kaki

pendarfluor – pancaran sinaran daripada atom atau molekul yang terkena sinaran lain atau yang dibedil dengan zarah seperti elektron.

spektrofluorometer – alat yang mengukur ciri pendarfluor sesetengah bahan dalam sesebuah sampel bagi mengenalpasti kepekatan dan bahan kimia yang terkandung dalamnya.

RUJUKAN

Nield, D. (2022, 12 Januari). Scientists Built The World’s Tiniest Antenna, And It’s Made Out of DNA. Science Alert.

Sumber gambar: Caitlin Mooney

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply