Pada era kerajaan Yahudi di Baitul Maqdis, Kerajaan Judea merupakan sebuah kerajaan boneka yang dikawal oleh Empayar Rom. Empayar Rom pada ketika itu telah mengawal kerajaan ini. Penguasaan Kerajaan Rom ini telah mencetuskan ketidak puasan hati dalam kalangan penduduk Yahudi di dalam Kerajaan Judea ini. Justeru itu, lahir perasaan tidak puas hati atas kependudukan Rom yang dianggap penjajah ini.
Penentangan awal bermula dengan pemberontakan Yahudi pada pusingan awal. Pemberontak Yahudi pada ketika itu telah menumpaskan pasukan Rom di Judea dalam pertempuran Beth Horon pada tahun 66 Masihi. Pemberontakan ini merupakan pemberontakan pertama Yahudi menentang Kerajaan Rom pada ketika itu. Kemenangan di Beth Horon menyebabkan pihak Yahudi mengisytiharkan Kerajaan Judea merdeka dari kekuasaan Rom.
Kaisar Vespasian (69 – 79) telah memerintahkan agar Titus untuk menaklukkan Jurusalem dari kekuasaan dan pemberontakan Yahudi di sana. Pada tahun 70 Masihi, pasukan Rom yang dipimpin Titus telah tiba dihadapan benteng Jurusalem. Pengepungan keatas Jurusalem bermula. Titus menggunakan strategi pengepungan menggunakan menara pengepungan pada peringkat awal. Namun, strategi ini dipatahkan oleh pihak Yahudi dengan menggali terowong bawah tanah dan diruntuhkan terowong itu.
Hal ini menyebabkan menara pengepungan milik pasukan Rom rebah kebumi dek kerana tenggelam dalam terowong galian pasukan Yahudi. Titus menggunakan strategi lainnya iaitu mengepung kubu Jurusalem selama berbulan lamanya. Hal ini menyebabkan kebuluran dalam kalangan penduduk Yahudi. Tibalah suatu hari, binaan struktur terowong yang digali oleh Pihak Yahudi tidak kukuh menyebabkan terowong yang digali bawah benteng kota turut runtuh.
Hal ini menyebabkan benteng kota telah runtuh sebahagian besarnya. Peluang ini dimanfaatkan oleh Titus dengan menggunakan strategi Testudo untuk masuk kedalam benteng Yahudi. Akhirnya, pasukan Titus berjaya menerobos benteng Jurusalem.
Penaklukan Rom pun bermula dan penjarahan yang sangat dahsyat berlaku. Rumah ibadat Yahudi telah dibakar dan dimusnahkan. Marga Yahudi dibunuh secara beramai ramai dan dibunuh dalam rumah ibadat mereka.
Penaklukan ini memberi dampak kepada Yahudi, setelah daripada penaklukan ini, tiada lagi penempatan Yahudi di Filistin dan mereka mulai menyebar keluar dari Filistin. Kerajaan Rom telah melarang marga Yahudi untuk memasuki tanah ini. Kerajaan Rom telah membangun kota baru diatas tanah Yahudi ini dengan nama Aelia Capitolina pada tahun 135 Masihi.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Konservatif | Nasionalis | Pencinta 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻𝗶𝘆𝘆𝗮𝗵 dan 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺

Comments are closed.