Semalam, kita dikejutkan dengan pasukan bola sepak negara kita mampu seri dan malah mendahului permainan ketika melawan Korea Selatan, kuasa bola sepak Asia yang berada di kedudukan ke-25 dunia.

 

Korea Selatan juga antara pasukan regular dalam Piala Dunia. Kita berjaya berdiri sama tinggi dengan pasukan yang mampu membeduk Jerman dan Portugal di pentas tertinggi Asia.

 

Ibarat David vs Goliath.

 

Tapi tahu tak yang kita pernah juga pernah ada pertempuran ibarat David vs Goliath ni dalam sejarah Melayu?

 

Ketika zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah I, Melaka pernah bertempur dengan orang-orang Dai Viet yang sekarang kita kenal sebagai Vietnam.

 

Untuk pengetahuan korang, Pertempuran Lan Xang ni ada dicatatkan dalam catatan China.

 

Menurut Mao Qiling, Maharaja Le Dinasti Dai Viet, Le Thanh-Tong hantar 90,000 tentera untuk serang Lan Xang tetapi dikalahkan oleh tentera Melaka yang dihantar ke sana dengan seramai 30,000 orang terkorban.

 

Apa sebenarnya yang menjadi punca pertempuran ni berlaku?

 

Ia bermula apabila pada penghujung tahun 1469. Dalam Rekod Ming Shi Lu, Laksamana Bija Rana dalam pelayaran pulang ke Melaka setelah menghantar ufti ke Negeri China. Kapal beliau dilanda ombak ribut dan terkandas di negeri Dai Viet.

 

Laksamana Bija Rana bersama pegawai-pegawainya dibunuh, anak-anak kapal yang masih hidup di tacap tubuhnya dengan besi panas dan dijadikan hamba abdi manakala budak-budak yg mengikuti pelayaran tu dijadikan sida-sida di istana Dai Viet.

 

Pihak Melaka yang tak dengar khabar berita dari rombongan ufti sehingga musim angin monsun timur laut berakhir terpaksa tunggu pertukaran angin monsun barat daya tahun berikutnya.

 

Sekitar tahun 1471, Pihak Dai Viet menggerakkan armada tentera laut yang amat besar untuk menakluk Champa. Kerakusan Le Thanh-Tong membuak-buak dan ingin menakluk sehingga seluruh Indo-China dan Kepulauan Melayu.

 

Pihak Melaka masih tak tahu tentang pembunuhan Laksamana Bija Rana dan rombongannya hingga tahun 1475.

 

Sultan Mansur Syah mungkin dapat tahu disebabkan Shah Indra Berma, anak raja Champa yang jadi pelarian perang Champa-Dai Viet dan dilantik sebagai menteri.

 

Mungkin juga berita ni sampai melalui Menteri Jana Putra dan Tun Telanai yang melakukan hubungan diplomatik dengan Siam.

 

Sekitar tahun 1479, berlaku satu konflik diantara Kerajaan Dai Viet dengan Kerajaan Lan Xang yang berpunca dari permintaan Maharaja Le Than-Thong meminta helaian bulu seekor gajah putih yang dianggap suci.

 

Raja Lan Xang iaitu Chakrapat membalas dengan hantar kotak berisi tahi gajah.

 

Ni yang buatkan Maharaja Dai-Viet bengang dan kerahkan seramai 180,000 tentera untuk berperang dengan Lan Xang.

 

Disebabkan Dai-Viet berada di bawah naungan Dinasti Ming China, Melaka awalnya taknak serang Dai-Viet.

 

Pada bulan Ogos 1481, Ming Shu Lu catatkan seorang wakil dari Melaka iaitu Tuan Laksamana Diraja Hang Tuah tiba di kota Larangan China untuk penghantaran ufti.

 

Rombongan ufti pada tahun 1481 ni ada misi yang tersendiri iaitu memohon pihak China siasat pembunuhan Laksamana Bija Rana dan pegawai-pegawainya oleh kerajaan Dai-Viet.

 

Seterusnya, memohon China bertindak terhadap Dai-Viet atas penaklukan Champa serta memohon kebenaran untuk berperang dengan Dai-Viet kerana Dai-Viet berhajat untuk menyerang Melaka.

 

Melaka sebelum ni tak balas perbuatan kejam Dai-Viet atas sebab menghormati negara ufti yang tak dibenarkan berperang satu sama lain.

 

Setelah dua minggu, akhirnya rombongan ufti dari Dai-Viet sampai ke China.

 

Laksamana mulakan prosiding pendakwaan terhadap wakil Dai-Viet dihadapan Menteri Perang China iaitu Chen Yue sebagai Hakim.

 

Keputusan dibuat mengikut apa yang tercatat dalam Ming Shi Lu.

 

Pertama, kes pembunuhan Bija Rana terlalu lama. Jadi agak sukar untuk selidik dakwaan Melaka.

 

Kedua, Maharaja China hantar surat kepada Le Thang-Thong untuk tak ancam dan hormat negara naungan.

 

Ketiga, Melaka dibenarkan untuk menyiapkan tentera dan diberi kebenaran untuk berperang jika Vietnam benar-benar ingin serang Melaka.

 

Pada tahun 1481, Laksamana Hang Tuah dan pasukannya dihantar ke Turki untuk beli meriam terbaik kira-kira 3000 buah untuk bersiap sedia menentang angkatan bersenjata Dai-Viet.

 

Pada Jun 1482, Kerajaan Lanna laporkan kepada Ming China yang dioramg setuju bantu Lan Xang mengusir Dai-Viet. Diorang dah dapat bantuan dari arah selatan.

 

Dai-Viet hantar kira-kira 1 juta askar dengan lebih 4000 pegawai tentera dan jeneral. Askar-askar ni dilengkapi ‘arquebus’ dengan teknologi yang ditiru dari China.

 

Ketumbukan khas dari Melaka yang dibawa oleh Lanna melalui jalan darat merentasi Ayuthaya.

 

Sebenarnya, bukan semua adalah dari Melaka. Tentera Melaka dan panglima-panglima perang mereka menjadi ketua kempen dengan memimpin ketumbukan askar dari Ayuthaya, Sukhotai dan wilayah-wilayah lain.

 

Melaka bertugas sebagai perancang strategi disokong oleh wilayah-wilayah Ayutthaya, Lanna dan Lan Xang.

 

Akhirnya perang pun berlaku pada tahun 1483-1484. Dipendekkan cerita, seramai 90,000 tentera Dai-Viet bertemu dengan pasukan Melaka di Lan Xang.

 

Pertempuran yang dahsyat berlaku dan akhirnya 30,000 askar Dai-Viet terkorban dan hanya 600 pegawai tentera yang hidup dari sejumlah 4000 orang dari kalangan mereka berdasarkan apa yang dicatat dalam Ming Shi Lu.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Menarik tak? Kalau korang nak tahu, bukan Melaka sahaja kerajaan Melayu yang terkenal.

 

Korang boleh selam lebih dalam pasal kerajaan-kerajaan Melayu dalam KITAB TAMADUN MELAYU.

https://shope.ee/10dEKWJgEG


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply