Pilihan Raya Negeri Sabah telah melabuhkan tirainya. Keputusan pilihan raya tersebut menyaksikan Gabungan Parti Sabah yang dianggotai Perikatan Nasional dan parti-parti lokal Sabah berjaya merampas negeri itu daripada Parti Warisan.

Dalam ramai-ramai wakil rakyat yang dilantik, ada seorang wakil rakyat itu dahulunya merupakan Raja Pecut Negara sezaman  Rabuan Pit, iaitu Datuk Ellron Alfred Angian.

Nama Ellron mula dikenali semasa Sukan SEA 1979 di Jakarta yang menyaksikan beliau menduduki tempat keenam di dalam acara 100 meter. Pada Sukan SEA 1983 di Manila, beliau berjaya menduduki tempat kelima.

Ketika Sukan Asia 1982 di New Delhi, Ellron berjaya layak ke pusingan final bersama jaguh negara, Rabuan Pit.  Turut bersama ialah jaguh pecut Thailand dan SEA, Suchart Jaesuraparp dan Sumet Promna, sprinter Indonesia, Purnomo dan dari Jepun, Yoshihiro Shimizu.

Maka, Malaysia ada 2 wakil di final acara tersebut. Satu kejayaan besar yang jarang dicapai. Pada hari final, Rabuan berlari di lorong ke 5 diapit oleh Sumet Promna (L4) dan Shimzu (L6). YB Ellron pula di lorong ke 8,.

Satu taktik telah dirancang dan Ellron perlu melakukan sedikit pengorbanan. Sebagai pelari kedua negara dan di lorong ke 8, tiada harapan diletakkan kepadanya. Maka dia perlu berkorban untuk negara.
Pada starting pertama, Ellron dengan segaja melakukan fault start. Pada ketika itu, fault start pertama tidak disingkirkan. Semua pelari berasa gementar. Tindakan Ellron melompat keluar dari starting block sebelum pist01 dit3mb4k membuatkan semua peserta lebih berhati-hati semasa pelepasan kedua.
Apabila pelepasan kedua dibuat, Rabuan telah memecut laju kehadapan meninggalkan pelari lain dari mula hingga akhir. Kejayaan Rabuan memecut awal berjaya menyekat pelari lain dari memotongnya hingga saat akhir.
Rabuan hampir dipotong oleh pelari di lorong pertama dari Korea. Keputusan dibuat secara photo finish dan Rabuan lebih dulu tiba ke garisan penamat. Mungkin Rabuan di tempat kedua jika ada 5 meter lagi.

Pengorbanan YB Ellron membuatkan dirinya menjadi pelari terakhir tiba di garisan penamat namun yang manisnya, Malaysia berjaya merangkul pingat emas 100m Sukan Asia dan Rabuan dinobatkan Raja Pecut Asia.

Sekitar 90an, Ellron mula menceburi bidang politik melalui PBRS. Pada PRU 1995, Ellron telah diletakkan sebagai calon di Parlimen Keningau. Lawannya pada ketika itu, Tan Sri Joseph Pairin Titingan. Beliau tewas di dalam PRU tersebut.

Pada 2006, beliau telah dikurniakan Darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk oleh TYT Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah.

Pada PRU 2008, Ellron sekali lagi diletakkan sebagai calon di DUN Sook dan berjaya memenangi kerusi tersebut sekali gus menyaksikan beliau menjadi atlet pertama yang berjaya menjadi wakil rakyat.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut sehingga lah ke hari ini. Pasca PRN Sabah 2020, beliau dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Hajiji Mohd Nor.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Datuk Ellron Afred Angian! Semoga pembangunan Sukan Sabah dapat dimantapkan lagi di bawah pentadbiran beliau.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.