Kalau tengok citer P. Ramlee, mesti teringat adegan Kasim Selamat cungkil mata sendiri. Korang tau tak, perangai nekad macamni ada jugak pada seorang samurai Jepun bernama Date Masamune. Dia digelar Dokuganryu iaitu naga bermata satu dari utara.

Masa dia kecik, Masamune terkena penyakit smallpox. Jangkitan ni buatkan mata kanannya rosak. Dengan nekad, Masamune cungkil sendiri bebola matanya. Perbuatan ngeri ni buatkan ibunya rasa yang Masamune tak layak untuk mewarisi kepimpinan puak.

Ibu dia pun satu hal. Letak pulak nama adiknya, Kojiro sebagai pewaris kepimpinan. Wanita ni cuba jugak untuk memenjarakan dan meracun Masamune. Tanpa disangka-sangka, Masamune ambil keputusan drastik membunuh adiknya sendiri. Tujuannya bagi memastikan tiada nama lain yang layak merampas kepimpinan puak Date.

Dia terbukti seorang samurai buta sebelah mata yang taat.

Kepimpinan Masumane yang berjaya menguasai banyak kawasan Jepun telah merisaukan puak Hatakeyama. Diorang bercakap dengan ayah Masamune, Terumene supaya anaknya jangan langgar kawasan orang. Tapi bapak ni dah kenal sangat perangai anaknya, mengaku yang dia sendiri pun tak mampu control Masamune. Hatakeyama naik angin dan culik orang tua ni.

Apabila khabar bapaknya kena culik sampai ke telinga Masamune, dia bergegas cari siapa pelakunya. Mujur dia sempat mengejar dan terserampak dengan kumpulan penculik yang sedang mengikat ayahnya. Msa tu diorang tengah nak menyeberangi sebuah sungai. Orang tua tu pun menjerit minta tolong: “Bunuh mereka semua, jangan pedulikan nyawa aku!”

Masamune taat perintah ayahnya dan menyerang kumpulan penculik tu bermati-matian. Semua penculik tu jadi arwah di tangan Masamune, termasuklah bapanya sendiri ikut terbunuh. Lepas tu, Masamune balas dendam dengan mencari siapa keluarga penculik. Anak, bini, sepupu sepapat semua kena siksa dan dibunuh.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply