Pengisytiharan darurat yang dibuat oleh British terhadap Tanah melayu pada tahun 1948 sehingga 1960 telah merangkumi sebahagian penarikan hak – hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis dan terwujudnya langkah – langkah lain yang mana ia bertujuan untuk mengonkong kegiatan politik berhaluan kiri. Parti Komunis Malaya (PKM) turut terlibat sama dengan siri darurat yang berlangsung selama 12 tahun ini.
Sir Edward Gent, telah mengisytiharkan darurat pada Jun 1948 sebagai langkah untuk menghadapi serangan komunis yang telah menggugat keselamatan dan nyawa awam. Pada masa tersebut. Keganasan Parti Komunis Malaya dilihat makin menggila sehingga terjadinya siri pembunuhan yang melibatkan 3 orang pengurus warga eropah yang menjadi mangsa kerakusan komunis. Rentetan dari peristiwa tragis tersebut telah memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat diseluruh Tanah Melayu, juga Parti Komunis Malaya telah diharamkan sebulan selepas kejadian itu terjadi.
Titik sejarah ini dilihat meruncing apabila berlakunya peperangan secara terbuka antara Parti Komunis Malaya dan pihak kerajaan yang juga melibatkan semua rakyat di Tanah Melayu. Ketidakpuasan hati yang timbul akibat dari tidak mengenang jasa pihak British kepada Parti Komunis Malaya yang menabur bakti semasa penentangan Jepun berlaku sehingga Parti Komunis Malaya telah membentuk dasar yang baharu yang bersifat lebih agresif. Peristiwa mogok yang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malaya atas suara Persatuan Buruh Baru yang gagal dan telah melemahkan Parti Komunis Malaya sendiri sehingga parti itu telah melakukan keganasan bersenjata untuk mencapai apa yang mereka inginkan.
Direkodkan sebanyak 2,473 orang awam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan yang telah dimampatkan dengan 18 siri serangan komunis diestet – estet yang mana kerosakan pada rumah – rumah, kampung – kampung, estet yang merangkumi pejabat, kilang getah, tempat tinggal pekerja termasuklah 300,000 pokok getah telah dimusnahkan. Tindakan yang agresif ini mula berpanjangan apabila ekonomi negara pada masa itu mencapai titik lemah kerana berlakunya penyerangan dilombong – lombong sekitar negeri Perak, Selangor, Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu diantara tahun 1948 sehingga 1956.
Sabotaj yang dilakukan oleh pihak komunis terhadap perkhidmatan pengangkutan adalah sebanyak 387 kali dari tempoh darurat yang terjadi. Sebanyak 179 kali kejadian menggelincirkan kereta api, 127 kali kejadian tembakan kepada kereta api dan 19 stesen kereta api telah dirosakkan oleh mereka sehingga perkhidmatan pengangkutan terjejas teruk sehingga ada yang terkorban dan tercedara akibat sabotaj yang terjadi.
Pelbagai langkah – langkah membenteras komunis dilakukan seperti perkenalan konsep kawasan putih dan kawasan hitam, perintah berkurung, menguatkuasakan undang – undang darurat, sekatan jalan raya dan kawalan kampung, juga penubuhan jawatankuasa perang turut ditubuhkah. Penciptaan kad pengenalan telah banyak membantu dari segi membendung ancaman komunis itu sendiri. “Kad Beras” yang berfungsi sebagai bukti semasa catuan makanan digunakan untuk mendapatkan bekalan beras, memudahkan seseorang itu dikenali dan menyekat anggota – anggota Min Yuen dibawah Parti Komunis Malaya dari mendapatkan bekalan makanan.
Perang psikologi British terhadap komunis di Tanah Melayu adalah antara pendekatan dalam melemahkan komunis secara halus. Ratusan risalah propaganda anti komunis ditaburkan dikawasan hotspot komunis serta hampir 50 juta pamplet propaganda digugurkan pada 1949. Penggunaan audio yang dilengkapkan dengan sistem pembesar suara yang boleh didengari 3 batu jauhnya digunakan bagi menyebarkan propaganda anti komunis ini. Idea perang saraf/ psikologi yang digunakan oleh Tan Sri Too Chee Chew sendiri sangat bijak kerana warna pamplet yang disebar dibuat mengikut warna seperti pasir dan tanah bagi memudahkan ahli dibawah PKM yang ragu – ragu menyorokkannya dari pengetahuan ketua mereka.
Darurat yang terjadi selama 12 tahun ini telah memberi impak yang besar dari segi ekonomi, kestabilan negara, emosi yang memarut luka yang mendalam pada rakyat yang menghadapi getir perit rentetan dari peristiwa ini. Namun kelegaan dapat dihembuskan apabila kemerdekaan negara telah diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1957 oleh pihak British yang mana ia juga membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Artikel dikirimkan Nash Ishak untuk The Patriots.
RUJUKAN:
Sahul Hamid Mohamed Maiddin, “Sejarah Penubuhan dan Perkembangan Agensi Propaganda : Pengalaman Malaysia Sejak Darurat Sehingga Konfrontasi Malaysia – Indonesia” (1948 – 1965), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Disember 2017.
Zulhilmi Paidi & Rohani Ab Ghani, “Darurat di Tanah Melayu: Peristiwa dan Pengajaran Untuk Generasi Masakini dalam Konteks Ketahanan Nasional”, Julai 2010.
Rahamat Abu Kassim, “Darurat di Tanah Melayu : 1948 – 1960 : Strategi Parti Komunis Malaya (PKM) dan Pemerintah”, April 2008.
Ho Hui Ling’, “Kegagalan Gerakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) 1948 – 1960 : Satu Analisis”, Universiti Malaya, Vol 3, 2010.
Ho Hui Ling’, “Sir Henry Gurney dan Langkah – Langkah Pembenterasan Komunis di Tanah Melayu, 1948 – 1951”, 2010.
Mohd Kasri Saidon, “Era Darurat 1948 – 1960 : Strategi dan Perancangan Pihak Kerajaan Memerangi Ancaman Parti Komunis Malaya (PKM)”, International Journal of Law, Government and Communication, Julai 2019.
- S. Awbery & F. W. Dalley, “Pertubuhan Buruh dan Kesatuan Sekerja di Persekutuan Malaya dan Singapura, Kuala Lumpur”, 1948.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih