Gelombang terbaharu yang melanda di New York City terus menjadi satu fenomena yang amat bersejarah, baik dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat mahupun di seluruh dunia. Hal ini kerana tercatat satu sejarah baharu apabila pertama kali dalam sejarah Datuk Bandar New York, seorang ahli politik berhaluan sosialis demokratik memenangi jawatan tersebut.

Apa yang lagi mengejutkan, beliau juga merupakan seorang imigran serta seorang Muslim, menjadikannya yang pertama dalam sejarah New York! Ini satu berita yang amat mengejutkan serta menimbulkan pelbagai reaksi, baik positif mahupun negatif.

Tapi kejap, apakah kisah sebenar di sebalik seorang insan yang bernama Zohran Mamdani ini?
Zohran Kwame Mamdani telah dilahirkan di Kampala, Uganda oleh ibu bapanya yang berketurunan India.

Menariknya, ibu bapa mereka bukan calang-calang, kerana ibunya ialah Mira Nair, iaitu seorang pembuat filem yang terkenal di India. Ayahnya pula, Mahmood Mamdani merupakan seorang profesor yang berkhidmat di Universiti Columbia.

Zohran berpendidikan di sebuah sekolah awam iaitu Bronx High School of Science, di mana di situ, beliau telah menubuhkan bersama sebuah pasukan kriket pertama. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana muda dalam pengajian Afrika di Bowdoin College pada tahun 2014.

Zohran Mamdani telah diberikan kerakyatan AS pada tahun 2018 dan sebelum beliau berkecimpung dalam dunia politik, beliau telah berkhidmat sebagai seorang penganjur komuniti dan kaunselor pencegahan perampasan rumah. Dari sini, kita sudah lihat bahawa sejak dahulu lagi Zohran merupakan seorang yang sangat dekat dengan golongan bekerja, atau ‘working-class’ di mana secara berperingkat ia mempengaruhi pandangan dan pegangannya.

Hal inilah juga yang mendorongnya untuk masuk dalam politik, apabila pada tahun 2020, beliau telah dipilih mewakili Dewan Perwakilan New York di 36th District, mencatat sejarah sebagai orang Asia Selatan pertama, orang Uganda pertama, dan salah satu daripada tiga Muslim yang pernah berkhidmat.

Sebelum kita masuk kisah bagaimana beliau boleh menang jadi Datuk Bandar, tahukah korang yang Zohran juga pernah menjadi seorang rapper? Ya, selepas nama beliau mula tular, banyak muzik videonya telah keluar semula di Internet, menunjukkan satu sisi yang berlainan selain menjadi seorang ahli politik yang memenangi hati orang ramai.

Bertanding di bawah tiket Demokrat, Zohran Mamdani telah menjadi satu fenomena dunia apabila beliau berjaya mengalahkan dua wakil dominan yang lain, iaitu Andrew Cuomo di bawah tiket bebas dan Curtis Sliwa di bawah tiket Republican. Bukan itu sahaja, kepemimpinan beliau juga secara perlahan akhirnya diakui oleh orang ramai lebih-lebih lagi ahli dalam partinya sendiri.

Apakah rahsia kejayaan Zohran dalam berkempen menerajui jawatan Datuk Bandar? Senang, mudah dan akhirnya disayangi ramai. Strategi kempennya boleh dikatakan simple tetapi efektif dan telah menambat hati ramai orang.

Apa yang beliau buat? Beliau tahu di New York ramai imigran dan golongan bekerja, jadi mudahlah kerja beliau dengan melawat dan turun padang melihat apa yang terjadi, sekaligus menunjukkan apresiasinya kepada mereka. Bahkan, beliau sendiri seorang imigran, sudah tentu orang lain akan berasa dekat dan relate dengan beliau.

Itu satu, satu strategi lain yang telah memenangi hati orang ramai, bahkan masyarakat dunia yang lain ialah strategi ‘multi-lingual’. Bahasa apa je yang Zohran tidak pandai? Urdu, Hindi, Arab, bahkan Sepanyol pun beliau dah tunjuk bakatnya. Strategi inilah yang membuatkan orang suka dekatnya, menunjukkan tahap pendidikannya yang tinggi sekaligus layak menjadi seorang pemimpin.

Dalam isu hak asasi, tak payah cakaplah. Beliau sendiri yang mengetuai gerakan dan kempen ini bagi menentang rasisme dan Islamofobia. Beliau juga berani lantang bersuara tentang Gzzzz, menunjukkan solidariti kuatnya kepada saudara kita di plstn dan lantang mengkritik genos-da besar-besaran. Bukan macam orang lain, yang terlalu tunduk dan menjadi dungu di hadapan penjajah.

Kemenangan Zohran Mamdani terus dicanang-canang oleh orang ramai, walaupun dibenci oleh ramai juga. Ada yang kata bahawa New York akan menjadi bandar sosialis, bandar Islamis dan sebagainya. Mereka punya tiada modal sampai kritik Zohran makan nasi pakai tangan. Tapi kata Zohran, apa dia perlu hairan, yang penting lepas menang, Dhoom Machale lah solusinya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.